Hubungan Australia–Israel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Hubungan Australia-Israel
Peta menunjukkan lokasi Australia dengan Israel

Australia

Israel

Hubungan Australia - Israel memang erat kerana kedua-dua negara ini pernah dikuasai oleh British.

Halau diplomat Israel[sunting | sunting sumber]

Pada 24 Mei 2010, kerajaan Australia menghalau diplomat Israel selepas siasatan mendapati pasport Australia digunakan oleh perisik Mossad Israel untuk membunuh pemimpin Hamas di sebuah hotel di Dubai, UAE. Komander tentera Hamas Mahmoud al-Mabhouh dibunuh sebaik sampai dari Damsyik, Syria. Siasatan polis Dubai mendapati seramai 32 orang terlibat dalam pembunuhan pada 19 Januari 2010.

Menteri Luar Australia Stephen Smith memberi masa seminggu kepada diplomat Israel keluar dari pejabatnya di Canberra. Australia bimbang tindak balas dari negara Islam dan Arab jika tindakan tidak diambil. Ramai pelarian Islam terutama dari Iraq dan Afghanistan berhijrah ke negara itu. Kemarahan pengganas Islam semakin meningkat di negara hemisfera selatan itu. Pemegang pasport Australia tentu akan diperiksa lebih ketat, bimbang penyamaran perisik Mossad.

Pada Mac 2010, Britain menghalau seorang diplomat Israel berhubung insiden pembunuhan terancang Mahmoud al-Mabhouh. Negara Jerman, perancis dan Ireland turut mengambil tindakan yang sama. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]