Hubungan Amerika Syarikat–Cuba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hubungan Cuba-Amerika Syarikat)
Hubungan Cuba—Amerika Syarikat
Map indicating locations of Cuba and Amerika Syarikat

Cuba

Amerika Syarikat


Hubungan Cuba dan Amerika Syarikat sebernanya telah dijalinkan pada awal abad ke-19 lagi. Cuba dan Amerika Syarikat juga mempunyai kepentingan masing-masing sejak sebelum gerakan kemerdekaan negara. Amerika yang telah dijajah oleh British telah merdeka pada hujung abad ke-18 manakala Cuba pula pada penghujung abad ke-19 yang telah dijajah oleh Sepanyol dan dibantu oleh Amerika Syarikat.

Pada penghujung Perang Amerika-Sepanyol, Sepanyol yang kalah terpaksa menandatangani penyerahan hak penguasaannya dalam Perjanjian Paris termasuk Cuba untuk diberi kepada Amerika. Cuba yang mendapat kemerdekaan bersyarat dengan campur tangan Amerika Syarikat. Amerika Syarikat juga berhak untuk campur tangan hal pentadbiran di Cuba jika perlu diberi pajakan kekal di Pangkalan Tentera Laut Teluk Guantanamo. Sejak itu, Amerika Syarikat memainkan peranan penting berkaitan politik dalaman dan dasar luar Cuba.

Kemuncul Jeneral Fulgencio Batista sebagai Presiden Cuba membawa era kerjasama rapat antara kerajaan Cuba dan Amerika Syarikat. Entiti Amerika Syarikat terus berkembang dan memiliki banyak hartanah di Cuba. Malahan rejim Batista mengalah dengan kekuatan Amerika menyebabkan rakyat Cuba hidup dalam kesusahan. Cuba yang baru sahaja merdeka daripada penjajahan Sepanyol akhirnya telah jatuh ke tangan Amerika Syarikat.

Putus hubungan[sunting | sunting sumber]

Fulgencio Batista, seorang Presiden Cuba yang amat rapat dengan Amerika Syarikat menyebabkan Amerika Syarikat turut campur tangan dalam hal pentadbiran Cuba.

Revolusi Cuba merupakan konflik pemberontakan yang diketuai oleh Fidel Castro terhadap rejim Batista semakin serius. Keputusan Amerika Syarikat menghentikan bantuan kepada kerajaan Cuba secara mendadak dilihat membantu revolusi Castro. Castro yang menekankan sosialisme mengambil semua hartanah dan merampas hak pengurusan syarikat milik Amerika Syarikat. Ini menyebabkan hubungan dua negara ini menjadi semakin tegang hingga Amerika Syarikat menyekat perdagangan ekonomi dengan Cuba.

Kemudian, Cuba menjalinkan hubungan dengan Kesatuan Soviet. Tindakan ini menyebabkan Amerika Syarikat menarik balik pengiktirafan kerajaan Cuba dan menutup pejabat kedutaan di Havana. Cuba juga disingkirkan dari Pertubuhan Negara-Negara Amerika. Selepas itu, banyak negara dari Amerika Latin turut memutuskan hubungan dengan Cuba.

Krisis peluru berpandu Cuba[sunting | sunting sumber]

Kapal udara milik Amerika Syarikat memintas kapal pengangkut Kesatuan Soviet yang membawa senjata ketika menuju ke Cuba.

Amerika Syarikat dengan sedaya upaya untuk menjatuhkan rejim Castro tetapi usaha itu hanya menggalakkan anti-Amerikanisme. Pada tahun 1962, Kesatuan Soviet memberi cadangan untuk menempatkan misil nuklear di Cuba. Disebabkan bimbang dengan penjajahan Amerika Syarikat, Castro menerima cadangan Soviet. Bagaimanapun, prapembinaan tapak misil di Cuba dapat dikesan pesawat peninjau Amerika Syarikat lalu mencetuskan Krisis Peluru Berpandu Cuba.

Amerika Syarikat mengenakan kuarantin di sekitar perairan Teluk Guantánamo untuk menghalang kemasukan lebih banyak alatan persenjataan Soviet dan semua angkatan tenteranya berjaga-jaga. Krisis ini semakin memuncak apabila kapal Soviet yang menuju ke Cuba dikepung dan pesawat peninjau Amerika Syarikat ditembak jatuh. Kejadian ini hampir mencetuskan perang nuklear di antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet. Namun, keadaan kembali tenang apabila Soviet menarik balik penempatan stesen misil sebagai balasan janji Amerika Syarikat tidak akan menjajah Cuba melalui perutusan surat-menyurat dan komunikasi di antara dua kuasa besar ini. Justeru, krisis peluru berpandu atau misil Cuba ditamatkan.

Tanda perubahan[sunting | sunting sumber]

Sistem sosialis di Cuba memberi kesan kepada ramai rakyatnya hingga terpaksa melarikan diri ke Amerika Syarikat, Mexico dan negara jiran yang lain dengan menggunakan bot kecil atau rakit melalui jalan laut. Kejatuhan Kesatuan Soviet turut meruntuhkan Ekonomi Cuba. Justeru, kerajaan Cuba terpaksa menukar strategi untuk memulihkan ekonomi negara. Tumpuan diberikan pada pelaburan asing dan industri pelancongan. Kebelakangan inim kerajaan Cuba melaksanakan pembaharuan untuk meningkatkan pendapatan negara. Amerika Syarikat juga memeri kelonggaran dalam beberapa polisi berkaitan sekatan perdagagangan dan meminda larangan perjalanan ke Cuba.

Kini, hubungan antara Amerika Syarikat dan Cuba dipulihkan pada 20 Julai 2015.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Kembara Khazanah Cuba, m/s 136-137

US, Cuba re-establish diplomatic relations, reopen embassies [1]