Hubungan Jerman–Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Jerman-Malaysia
Peta menunjukkan lokasi Germany dengan Malaysia

Jerman

Malaysia

Hubungan Malaysia-Jerman ditakrifkan sebagai suatu hubungan antarabangsa di antara Jerman dan Malaysia. Jerman telah mempunyai kedutaannya yang tersendiri terletak di Kuala Lumpur, manakala Malaysia mempunyai Pesuruhjaya Tingginya di Berlin.

Hubungan politik[sunting | sunting sumber]

Kali terakhir Canselor Jerman melawat Malaysia adalah ketika era pemerintahan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad, beliau telah menjemput Canselor Jerman pada masa itu, Gerhard Schröder, untuk melawat Malaysia pada Mac 2002.

Pada Mei 2005, Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi telah melawat Jerman atas sebab hubungan politik, diplomatik dan ekonomi yang telah terjalin erat buat sekian lama, selain Tun berhasrat untuk melawat Schröder. Pada pertemuan yang berlangsung di Jerman itu, mereka telah membincangkan hubungan dan perkongsian penting antara dua negara khususnya yang melibatakan hal berkaitan dunia Muslim.

Pada September 11, 2006, Abdullah Ahmad Badawi telah bertemu dengan Canselor Jerman yang menjawat pada masa itu, Angela Merkel untuk pertama kalinya dalam suatu sesi pertemuan dan percakapan dua mata yang berlansung sempena Persidangan Asia-Eropah (ASEM) di Helsinki, Finland.

Diantara lain, pertemuan dua mata turut diadakan bersama Canselor Persekutuan di Persidangan ASEM dekat Hanoi, Vietnam pada Oktober 2004 bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi dan lawatan rasmi ke Kuala Lumpur oleh Menteri Luar Jerman, Joschka Fischer pada February 2005.

Hubungan perdagangan[sunting | sunting sumber]

Malaysia telah menjadi rakan perdagangan utama Jerman di antara negara-negara ASEAN sejak beberapa tahun yang lalu. Hubungan perdagangan pada tahun 2006 telah mencatatkan perolehan sehingga 7.6 billion euro, meningkat 9.67% berbanding tahun sebelumnya.

Jerman banyak mengimport produk elektrik, mesin pejabat, Lemak sayuran, minyak dan lemak industri, produk getah dan bahan asas kimia dari Malaysia, manakala Jerman pula mengeksport mesin berat, kenderaan bermotor dan kapal terbang, bahan berat and produk farmaseutikal kepada Malaysia. Di Simpang Renggam, syarikat pengeluar jentera berat dan pengangkutan Scania yang berasal dari Jerman telah membina sebuah kilang pembuatan jentera dan kenderaan yang bertaraf antarabangsa. Jerman juga telah lama mengeksport tong sampah berjenama SSI Schaffer ke Malaysia dan telah terdapat sebuah kilang pembuatan tong sampah miliknya di Johor.

Pelancongan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2001, terdapat lebih 70,400 pelancong dari Jerman telah sampai ke Malaysia, dimana ia telah mencatatkan ketibaan pelancong kedua terbesar dari benua Eropah selepas United Kingdom. Hal ini telah berjaya melengkap bilangan pelancong asing ke Malaysia yang melebihi 12.8 juta orang pelancong pada tahun 2001, 25% peningkatan berbanding tahun 2000.[1]

Hubungan antara budaya[sunting | sunting sumber]

Cawangan The Goethe-Institut di Kuala Lumpur.

Hubungan kebudayaan antara Jerman dan Malaysia telah sekian lama berkisar diluar pengaruh bahasa dan pendidikan. Goethe-Institut, sebuah institut kebudayaan Jerman telah membuka cawangannya di Kuala Lumpur. Terdapat banyak Persatuan Malaysian-Jerman di Pulau Pinang. Kursus bahasa Jerman telah banyak diajar di Malaysia sebagai suatu bahasa keperluan industri di Malaysia. Terdapat dua universiti negeri di Malaysia yang menawarkan kursus lanjutan Ijazah Sarjana Muda di Jerman.

Dalam bidang industri pengajian tinggi, terdapat lebih kurang 30 koperasi pendidikan telah menandatangani perjanjian persefahaman antara Jerman dan universiti Malaysia dalam bidang sains bersekutu. Sehingga sekarang, terdapat lebih daripada 700 rakyat Malaysia yang bertuah mendapat biasiswa kerajaan seperti biasiswa JPA untuk melanjutkan pengajian ke Universiti Jerman, khususnya dalam melanjutkan pengajian dalam bidang teknikal. Khidmat Pertukaran Akademik Jerman (GAES) telah berjaya mengekalkan pusat maklumatnya di Kuala Lumpur. Terdapat juga pusat pendidikan bertaraf antarabangsa yang dibuka di Malaysia seperti Institut Jerman-Malaysia (GMI).

Sebilangan program televisyen dari Deutsche Welle, stesen televisyen Jerman, telah dapat ditayangkan di Astro (Measat Broadcasting), satu-satunya pembekal rancangan TV Satelit Malaysia. Terdapat juga beberapa kontrak persefahaman dalam memacukan industri muzik, teater dan sektor perfileman antara kedua-dua negara. Malaysia dan Jerman juga telah mengadakan kesepakatan dalam usaha memperbaiki struktur muzium, misalnya Jerman telah membantu dalam memberikan bantuan kewangan dalam proses mengadakan pusat restorasi wilayah dalam Muzium Kesenian Islam di Kuala Lumpur.

Terdapat juga beberapa yayasan politik yang membantu dalam usaha mengangkat sosiokebudayaan, pendidikan dan projek media di Malaysia. Sebagai permisalan, Yayasan Konrad Adenauer telah membuka pejabat urusannya di Kuala Lumpur manakala Yayasan Friedrich Naumann dan Friedrich Ebert juga merupakan yayasan yang aktif di Malaysia.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Templat:PDF Ministry of International Trade and Industry Malaysia. Retrieved on 2008-09-01.

Sumber[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]