Pergi ke kandungan

Hubungan Kazakhstan–Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hubungan Malaysia - Kazakhstan semakin penting selepas Kazakhstan merdeka dari Soviet Union pada 1989 . Pemimpin kedua-dua negara saling berkunjung.

Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan ialah Datuk Ahmad Rasidi Hazizi.

Kerjasama ekonomi

[sunting | sunting sumber]

Kazakhstan mempunyai 16 juta penduduk , merdeka dari Soviet Union 20 tahun lalu.Pada 2010, Kazakhstan penting di Asia Tengah kerana eksport Malaysia ke Kazakhstan sekitar AS$106 juta (RM319 juta). Import dari Kazakhstan sebanyak AS$760,000 (RM2.28juta). Apabila terbentuk Kesatuan Kastam di antara Kazakhstan, Belarus dan Rusia membabitkan lebih 180 juta penduduk, peluang ekonomi boleh diteroka.

Sebagai negara majoriti Islam dan terletak di Laluan Sutera , Kazakhstan adalah negara ke-9 terbesar dunia . Luas negara itu 2.9 juta km persegi.

Pada 2011, Lebih 2,000 pelajar Kazakhstan menuntut di Universiti Malaysia Petronas di Tronoh dan lain-lain.Syarikat petroleum Malaysia ,Petronas akan membangunkan sektor minyak dan gas di Kazakhstan.

Tahun 2010, lebih 9,000 pelancong Kazakh mengunjungi Malaysia.Penerbangan dua kali seminggu menggunakan Air Astana dari Kuala Lumpur ke Almaty dan sebaliknya diadakan.

Kerjasama negara Islam

[sunting | sunting sumber]

Malaysia dan Kazakhstan turut meanggotai Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).Lantaran itu Malaysia komited untuk berkongsi pengalaman dan menghulurkan bantuan teknikal kepada Kazakhstan. Pada Jun 2011, Astana menjadi tuan rumah Forum Ekonomi Islam Dunia (WIEF) ke-7 pada 8 Jun 2011 .Sejak penubuhannya pada 2005, forum itu menjadi platform untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan bisnes di kalangan usahawan Muslim dan syarikat-syarikat di dalam OIC. WIEF turut disertai oleh Presiden Djibouti, Ismail Omar Guelleh; Perdana Menteri Bahrain, Putera Khalifa bin Salman Al Khalifa; Perdana Menteri Tajikistan, Oqil Oqilov; Naib Presiden Indonesia, Prof Dr Boediono dan Presiden Islamic Development Bank, Dr. Ahmed Mohamed Ali Al Madani.

Pengerusi Yayasan Forum Ekonomi Islam Sedunia, Tun Musa Hitam menganggap WIEF dapat memupuk perkongsian rentas sempadan yang kukuh antara anggota Komanwel Negara-Negara Merdeka (CIS) dan negara-negara lain di dunia, khususnya negara-negara Islam yang lain. [1]

Kuala Lumpur menjadi tuan rumah WIEF ke-6 pada Jun 2010.