Hubungan Kuwait–Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Hubungan Malaysia-Kuwait merujuk kepada hubungan ekonomi dan politik di antara kedua-kedua negara. Malaysia terletak di Kepulauan Melayu yang mempunyai ramai penganut berugama Islam. Sementara Kuwait sebuah negara kecil berhampiran dengan Arab Saudi dan Iraq / Iran yang 100 % berugama Islam dan mengamalkan budaya Islam yang ketara.

Kuwait bermaksud "kota yang dibina berhampiran air" dalam bahasa Arab, mengamalkan sistem pemerintahan Raja Berperlembagaan dan mempunyai enam wilayah iaitu Al Ahmadi, Al Farwaniyah, Al Asimah, Al Jahra, Hawalli dan Mubarak Al-Kabeer. Kuwait merupakan negara terkaya mengikut pendapatan perkapita dunia, adalah sebuah negara perindustrian yang merangkumi perkapalan, pembinaan, simen, penyahgaraman air, material pembinaan dan perkhidmatan kewangan. Petroleum, produk petro-kimia, baja dan perkhidmatan kewangan menjadi eksport utama negara itu manakala produk makanan, tekstil dan perkakasan jentera diimport dari Jepun, India, China, negara Eropah, Korea Selatan.[1]

Pejabat kedutaan Kuwait[sunting | sunting sumber]

Kedutaan Kuwait terletak di di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Hubungan diplomasi antara Malaysia dan Kuwait pada suatu ketika amat baik sekali terutama hubungan perdagangan petroleum. Kerajaan Kuwait sering menawarkan bantuan kepada rakyat Malaysia.

Duta Malaysia ke Kuwait ialah Datuk Ashaary Sani . Pada 2008, terdapat 150 rakyat Malaysia berkhidmat di Kuwait dalam sektor swasta dan kerajaan.

Serangan Iraq ka atas Kuwait[sunting | sunting sumber]

Malaysia dan Kuwait merupakan bekas jajahan British. Selepas Perang Dunia 1, Empayar Ottoman diserang dan dijajah oleh British. Pada 2 Ogos 1990, Iraq yang dipimpin oleh Presiden Saddam Hussein menjajah Kuwait dan menukar pemerintah dari Jaber Al-Sabah kepada Hassan al-Majid. Amerika Syarikat dan 34 negara lain berjaya mengeluarkan tentera Iraq dari Kuwait pada 26 Februari 1991. Pelbagai alasan diberikan oleh Iraq bagi mewajarkannya menyerang Kuwait mendapat sambutan rakyat Malaysia. Ramai rakyat Malaysia menyokong Iraq dan tidak menyokong Kuwait kononnya Kuwait memang milik Iraq, Kuwait duri dalam daging di Timur Tengah dan rapat dengan Barat. Sejak itu bangunan kedutaan Kuwait di Jalan Tun Abdul Razak yang baru dibina tidak / kurang berfungsi.

Kerjasama ekonomi[sunting | sunting sumber]

Pada 2007, Kuwait merupakan rakan dagangan Malaysia keenam terbesar di Timur Tengah mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM2.62 bilion dengan nilai eksport ke Kuwait sebanyak RM573 juta manakala nilai import dari negara Teluk itu sebanyak RM2.04 bilion. Sehingga September 2008, nilai dagangan berjumlah RM2.32 bilion. Ia merangkumi nilai eksport negara ke Kuwait sebanyak RM967.3 juta dan import dari negara itu pula bernilai RM1.35 bilion. Eksport terbesar Malaysia ke Kuwait pada 2007 ialah mesin dan peralatan, barangan makanan, produk tenusu, produk kayu-kayan dan perabot manakala import Malaysia pula adalah rangkaian produk petroleum.

Kuwait bersaing dengan Dubai di UAE dan Arab Saudi. Mulai 2007, Kuwait Finance House telah membuka pelaburannya di Kuala Lumpur dan mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia.[2] Datuk Salman Younis ialah pengarah urusan Kuwait Finance House (Malaysia) Bhd.

Hubungan sosial[sunting | sunting sumber]

Terdapat 146 rakyat Malaysia bermastautin di Kuwait. Mereka aktif dalam Persatuan Malaysia di Kuwait. Ada antara mereka bekerja sebagai guru, pengurusan bank, doktor, jurutera serta terdapat 16 pelajar Malaysia masing-masing di peringkat universiti dan menengah. Sultan Mizan bertemu mereka dalam jamuan di Sheraton Kuwait. [3]

Lawatan Yang di-Pertuan Agong ke Kuwait[sunting | sunting sumber]

Yang di-Pertuan Agong ,Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah melakukan lawatan 3 hari ke Kuwait dengan pesawat khas pada 30 November - 2 Disember 2008 . Pesawat Malaysia mendapat di Terminal Amiri, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuwait . Baginda menemui Amir Kuwait Sheikh Sabah Al-Ahmad Al-Jaber Al-Sabah di Istana Bayan . Sultan Mizan melawat Muzium Tareq Rajab, Pusat Sains Kuwait, Menara Kuwait, The Sadu House dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak Al-Kharafi. Turut serta ialah Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor selaku menteri pengiring. [4] Sultan Mizan berbincang dengan Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Nasser Al-Mohammad di Istana Shuwaikh .[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]