Hubungan Macedonia Utara–NATO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Perjanjian Kemasukan NATO Macedonia Utara
Protocol to the North Atlantic Treaty on the Accession of the Republic of North Macedonia[1]
Bahasa Macedonia: Протокол кон Северноатлантскиот договор за пристапување на Република Северна Македонија
  Negara ahli yang ratifikasi perjanjian   
  Macedonia Utara
JenisPerjanjian kemasukan
Ditandatangani06 Februari 2019 (2019-02-06) di Brussels, Belgium
Berkuat kuasa
27 Mac 2020
SyaratPerjanjian berkuatkuasa bagi penyertaan selepas pengesahan oleh semua ahli NATO semasa. Keahlian Macedonia Utara bermula selepas deposit instrumen penyertaanya dan setelah perjanjian tersebut berkuatkuasa.
Pengesah
29 / 29
Pemegang simpanan
Amerika Syarikat
BahasaInggeris dan Perancis
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Macedonia Utara adalah negara ahli Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Pada tahun 1995, negara ini menyertai Perkongsian untuk Keamanan. Ia kemudian mula mengambil bahagian dalam pelbagai misi NATO, termasuk Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa dan Misi Sokongan Tegas di Afghanistan. Pada sidang kemuncak Bucharest 2008, Yunani memveto bagi menghalang undangan Macedonia untuk menyertai; Walau bagaimanapun, negara ahli NATO bersetuju bahawa negara itu akan menerima jemputan apabila resolusi pertikaian penamaan Macedonia dicapai.[2] Berikutan perjanjian pada bulan Jun 2018 untuk menamakan semula negara itu kepada Macedonia Utara, wakil-wakil negara anggota NATO menandatangani protokol mengenai kemasukan Macedonia Utara ke dalam NATO pada 6 Februari 2019.[3] Selama 13 bulan ke depan, semua 29 negara anggota NATO telah meratifikasi protokol tersebut. Protokol kemasukan ahli berkuatkuasa pada 19 Mac 2020, membenarkan Macedonia Utara mendepositkan instrumen penyertaanya dan dengan itu menjadi sebahagian dari negara ahli NATO pada 27 Mac 2020.

Proses penyertaan[sunting | sunting sumber]

Peristiwa Tarikh
Perkongsian untuk Keamanan 15 November 1995[4]
Rancangan Tindakan Ahli 19 April 1999[5]
Jemputan bagi penyertaan 11 Julai 2018[6]
Protokol kemasukan 6 Februari 2019[3]
Perjanjian berkuatkuasa 19 Mac 2020[7]
Keahlian penuh 27 Mac 2020[8][9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Protocol to the North Atlantic Treaty on the Accession of the Republic of North Macedonia" (PDF). Jabatan Negara Amerika Syarikat. 19 Mac 2020.
  2. ^ Lungescu, Oana (2 April 2008). "Nato Macedonia veto stokes tension". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2008. Dicapai pada 12 Mei 2008.
  3. ^ a b "NATO Allies sign Accession Protocol for the future Republic of North Macedonia". NATO (dalam bahasa Inggeris). 6 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Februari 2019. Dicapai pada 6 Februari 2019.
  4. ^ "Signatures of Partnership for Peace Framework Document" (dalam bahasa Inggeris). NATO. 10 January 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2018. Dicapai pada 9 February 2015.
  5. ^ "Membership Action Plan (MAP)". NATO. 10 Jun 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 April 2015. Dicapai pada 9 Februari 2015.
  6. ^ "Brussels Summit Declaration" (dalam bahasa Inggeris). NATO. 11 July 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2018. Dicapai pada 11 July 2018.
  7. ^ Protocol to the North Atlantic Treaty on the Accession of the Republic of North Macedonia
  8. ^ Mehta, Aaron (24 Mac 2020). "North Macedonia to officially join NATO on Friday". Defense News.
  9. ^ "North Macedonia Joins the NATO Alliance". Jabatan Negara A.S (dalam bahasa Inggeris). 27 Mac 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]