Hubungan Malaysia–Mexico

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hubungan Malaysia–Mexico
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Mexico

Malaysia

Mexico

Hubungan Malaysia–Mexico ialah hubungan dua hala antara Malaysia dan Mexico. Kedua-dua negara adalah ahli bersama dalam Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pada Ogos 1966, diplomat dari Malaysia dan Mexico bertemu di Washington, DC, Amerika Syarikat untuk membincangkan kemungkinan mewujudkan hubungan diplomatik. Pada 27 Mac 1974, hubungan diplomatik telah diwujudkan secara rasmi antara kedua-dua negara.[1] Pada mulanya, kedua-dua negara tidak mempunyai misi diplomatik residen. Mexico ditauliahkan ke Malaysia daripada kedutaannya di Jakarta, Indonesia manakala Malaysia ditauliahkan ke Mexico daripada kedutaannya di Washington, DC Pada 1985, Mexico membuka konsulat kehormat di Kuala Lumpur.[1] Pada Oktober 1985, selepas pertabalan Sultan Iskandar Johor; kedua-dua negara memulakan perbincangan untuk membuka misi diplomatik residen di ibu negara masing-masing. Pada Oktober 1991, Mexico membuka kedutaan di Kuala Lumpur.[1] Pada tahun 1992, Malaysia membuka kedutaan di Bandar Raya Mexico.[2]

Pada September 1991, Perdana Menteri Mahathir Mohamad mengadakan lawatan rasmi ke Mexico, dan menjadi ketua kerjaan Malaysia pertama melawat Mexico. Semasa lawatannya ke Mexico, beberapa perjanjian telah ditandatangani antara kedua-dua negara, khususnya sokongan Malaysia kepada Mexico untuk menyertai Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik.[1] Pada November 1998, Presiden Mexico Ernesto Zedillo mengadakan lawatan ke Malaysia untuk menghadiri sidang kemuncak APEC ke-10 yang diadakan di Kuala Lumpur. Pada Oktober 2002, Timbalan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi mengadakan lawatan ke Los Cabos, Mexico untuk menyertai Sidang Kemuncak APEC ke-14.

Pada 2014, kedua-dua negara meraikan 40 tahun hubungan diplomatik.[3] Kedua-dua negara telah bekerja rapat sebagai ahli pengasas Perkongsian Trans-Pasifik.

Perjanjian dua hala[sunting | sunting sumber]

Kedua-dua negara telah menandatangani beberapa perjanjian dua hala seperti Perjanjian mengenai kerjasama bersama antara syarikat Malaysia dan Mexico dalam penulenan minyak sawit (1991); Perjanjian Pengangkutan Udara (1992); Perjanjian mengenai Pembayaran Kredit dan Timbal Balik antara Bank Negara Malaysia dan Bank Mexico (1991); Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Telekomunikasi (1994) dan Memorandum Persefahaman dalam Kerjasama Pertanian (1994).[1][2]

Hubungan perdagangan[sunting | sunting sumber]

Pada 2018, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara berjumlah AS$9 bilion. [4] Eksport utama Malaysia ke Mexico termasuk: litar elektronik bersepadu, telefon dan komputer. Eksport utama Mexico ke Malaysia termasuk: telefon; kereta untuk tujuan pelancongan; besi dan keluli diproses.[2] Syarikat multinasional Mexico seperti Cemex dan Gruma beroperasi di Malaysia.[5] Terdapat 22 syarikat Malaysia yang beroperasi di Mexico.[2]

Malaysia merupakan salah satu rakan import utama untuk Mexico, [6] dan sejak 1992, kedua-dua negara telah menjadi rakan kongsi dalam hubungan perdagangan.[7] Mexico terlibat dalam pelbagai jenis perniagaan dengan Malaysia, terutamanya dalam bidang pendidikan dan Malaysia mempunyai rancangan untuk melibatkan diri dalam lebih banyak perniagaan dengan Mexico di bawah Perkongsian Trans-Pasifik (TPP).[8][9]

Misi diplomatik residen[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Manual de Organización de la Embajada de México en Malasia" (PDF) (dalam bahasa Sepanyol). Secretariat of Foreign Affairs (Mexico). 2010. Dicapai pada 26 February 2018.
  2. ^ a b c d Bilateral relations between Mexico and Malaysia (in Spanish)
  3. ^ México y Malasia celebran el 40 aniversario de relaciones diplomáticas (in Spanish)
  4. ^ "Mexican Ministry of the Economy: Malaysia (in Spanish)". Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2019. Dicapai pada 14 March 2018.
  5. ^ Gruma inaugura planta en Malasia (in Spanish)
  6. ^ "Mexico Major Trade Partners". Bridgat. Dicapai pada 27 January 2014.
  7. ^ "Malaysia Mexico's base to expand its trade". New Straits Times. 21 October 1992. Dicapai pada 27 January 2014.
  8. ^ "Mexico Keen To Enhance Trade Relations With Malaysia". Bernama. South-South Information Gateway. 13 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 January 2017. Dicapai pada 27 January 2014.
  9. ^ "Mexico and Malaysia Agree to Deepen Trade Relations". Secretariat of Economy (Mexico). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2014. Dicapai pada 27 January 2014.
  10. ^ Embassy of Malaysia in Mexico City
  11. ^ Embassy of Mexico i Kuala Lumpur