Hubungan Malaysia–Palestin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Hubungan Malaysia-Palestin
Malaysia-Palestine Relations
Hubungan Persekutuan Malaysia–Palestin
马来西亚-巴勒斯坦关系
العلاقات الماليزية الفلسطينية
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Palestine

Malaysia

Palestin
Misi diplomatik
Kedutaan Malaysia, Kaherah (untuk Palestin)[1]
Kedutaan Malaysia, Amman (untuk Palestin)[2][3]
Kedutaan Palestin, Kuala Lumpur[4]
Duta
Duta Mohd Haniff Abd RahmanDuta Besar Anwar H. Al Agha
Bendera Malaysia
Bendera Palestin

Hubungan Malaysia dan Palestin (Bahasa Melayu: Hubungan Persekutuan Malaysia – Palestin); (Jawi: هوبوڠن مليسيا–ڤلسطين, (Bahasa Arab: العلاقات الماليزية الفلسطينية), (alealaqat almaliziat alfilastinia)); (Cina: 马来西亚-巴勒斯坦关系; (Mǎláixīyà-bālèsītǎn guānxì)), merujuk kepada hubungan dua hala antara kedua-dua negara Malaysia dan Palestin. Hubungan Malaysia – Palestin erat kerana masjid ke-3 suci dalam Islam Masjid Al-Aqsa berada di Baitulmuqaddis, Palestin.

Hubungan dua hala Malaysia dan Palestine merupakan hubungan dua hala yang erat.[5] Pada Tahun 2012, terdapat kira-kira 3,000-5,000 pelajar Palestin di Malaysia,[6] dengan banyak rakyat Palestin juga memilih Malaysia sebagai negara untuk perlindungan sementara.[7][8] Berkenaan dengan pendudukan Israel di Wilayah Palestin, Malaysia dengan tegas memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin dan telah menyokong perjuangan rakyat Palestin.[9] Malaysia juga enggan mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara sehingga perjanjian damai dicapai untuk merealisasikan penyelesaian dua negara.[10][11]

Kunjungan antara negara[sunting | sunting sumber]

Ke Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Julai 1984, Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin, Yasser Arafat dan 15 orang anggota rombongan berkunjung ke Malaysia bertemu Perdana Menteri Mahathir Mohamad, Menteri Luar Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail dan Tan Sri Ghazali Shafie. Kunjungan muhibah diadakan bertujuan menghargai peranan Malaysia yang konsisten mempromosikan ehwal Palestin[12].

Pada Oktober 2007, Presiden Mahmoud Abbas berkunjung ke Kuala Lumpur menemui Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)[13].

Pada 26 Mei 2010, beliau sekali lagi berkunjung ke Malaysia bertemu Perdana Menteri Najib Razak dan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin.[14]

Ke Palestin[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Januari 2013, Perdana Menteri Najib Razak berkunjung ke Genting Gaza untuk "lawatan kemanusiaan" dan turut bertemu dengan menteri kabinet Palestin di Bandar raya Gaza[15] Ketibaan beliau disambut Perdana Menteri Ismail Haniyeh[16]. Dalam lawatan tersebut, Najib turut dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dari Universiti Al-Aqsa di Khan Yunis[17].

Pembunuhan Fadi Mohammad al-Batsh di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 21 April 2018, jurutera Palestin, pensyarah dan anggota Hamas, Fadi Mohammad al-Batsh (Bahasa Arab: فادي محمد الباتش) ditembak oleh dua lelaki dengan menaiki motosikal semasa menuju ke masjid untuk solat subuh. Menurut media Israel, al-Batsh adalah pakar ketepatan roket dan dron, yang baru-baru ini telah menerbitkan bahan mengenai pengembangan dan pemancar dron untuk mengawal dron. Sebagai tindak balas, Hamas mengeluarkan kenyataan untuk mengesahkan al-Batsh ialah sebahagian daripada mereka dan menyalahkan kematiannya ke "tangan pengkhianatan". Kaum keluarganya menyalahkan Israel kerana membunuh al-Batsh. Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi telah mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia akan menyiasat kemungkinan ejen asing yang terlibat dalam pembunuhannya. Zahid menggambarkan penyerang itu sebagai dua lelaki yang berasal dari Eropah atau Timur Tengah yang menunggang motosikal BMW 1100cc yang berkuasa.[18][19][20] Israel setakat ini menafikan terlibat dalam pembunuhan al-Batsh.[21]

Inisiatif bantuan kepada Palestin[sunting | sunting sumber]

Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin[sunting | sunting sumber]

Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) telah ditubuhkan oleh Kementerian Luar Negeri di bawah Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61) pada 6 September 2002[22]. Penubuhan akaun ini adalah bertujuan untuk mengumpulkan dan menyelaraskan segala sumbangan kemanusiaan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin, seterusnya menyalurkan sumbangan tersebut melalui kaedah-kaedah yang difikirkan bersesuaian oleh Kementerian Luar Negeri. Satu jawatankuasa di peringkat kementerian telah ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Luar Negeri[22].

Sekretariat Aid4Palestine[sunting | sunting sumber]

Susulan peristiwa Perang Pedang Al-Quds, Sekretariat #Aid4Palestine telah ditubuhkan pada 13 Mei 2021 oleh Pejabat Duta Khas Perdana Menteri Malaysia ke Timur Tengah. Penubuhan sekretariat ini adalah bertujuan menyelaras jaringan badan bukan kerajaan dan masyarakat sivil di Malaysia yang menggerakkan kempen kesedaran rakyat terhadap perjuangan Palestin. Sekretariat ini juga ditubuhkan bertujuan sebagai penyelarasan kutipan dana yang akan dilakukan melalui kaedah pendanaan awam[23]. Sekretariat ini turut melantik dua orang Duta Muhibah Aid4Palestine[24], iaitu Nadir Al-Nuri, rakyat Malaysia tunggal yang menetap di Gaza dan Abu Ayesh An-Najjar, Pengarah Hubungan Antarabangsa, Kementerian Pendidikan Gaza untuk memudahkan penyaluran sumbangan kepada Palestin khususnya di Gaza. Aid4Palestine menyalurkan bantuan kewangan untuk pembaikan dan pembangunan semula bangunan tinggi di Gaza yang musnah akibat serangan tentera Israel; dan menyalurkan sumbangan untuk bantuan kecemasan dalam bentuk pek makanan dan rawatan mangsa yang cedera ketika serangan[25].

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ https://www.kln.gov.my/web/egy_cairo
  2. ^ https://www.kln.gov.my/web/jor_amman
  3. ^ https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/510803/malaysia-buka-kedutaan-untuk-palestin-metrotv
  4. ^ https://palestineembassy.com.my/
  5. ^ "Official Website of State of Palestine in Malaysia". Embassy of the State of Palestine. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Mei 2012. Dicapai pada 20 November 2012.
  6. ^ name="AsiaOne.com"
  7. ^ "Palestinians pick Malaysia to look for refuge". New Straits Times. 28 Julai 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Julai 2012. Dicapai pada 20 November 2012.
  8. ^ "Palestinian Student Feels At Home Celebrating Ramadan In Malaysia". Astro Awani. Malaysian Digest. 14 Jun 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2016. Dicapai pada 12 Disember 2017.
  9. ^ name="AsiaOne.com"
  10. ^ "Malaysia Furthers Efforts to Support Palestine". theCHOICE.my. 19 Jun 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Oktober 2013. Dicapai pada 20 November 2012.
  11. ^ "Implement two-state solution, says Anifah". New Straits Times. PressReader. 3 August 2017. Dicapai pada 12 December 2017.
  12. ^ "Arafat arrives in Malaysia". United Press International. 23 Julai 1984. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  13. ^ BUNN NAGARA (22 Oktober 2007). "Peace with Israel possible, says Abbas". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2021. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  14. ^ "Rundingan Damai Palestin-Israel Asas Bagi Lebih Banyak Kemajuan Untuk Dicapai - Najib". mStar. 28 Mei 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2021. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  15. ^ BERNAMA (23 Januari 2013). "Lawatan Najib Ke Gaza Bawa Sinar Harapan Buat Penduduk Palestin". mStar. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  16. ^ BERNAMA (22 Januari 2013). "Najib tiba di Gaza, Perdana Menteri M'sia pertama lawat Palestin". Astro Awani. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  17. ^ "Najib Razak". Facebook. 15 Mei 2021. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  18. ^ "Murdered Palestinian engineer was 'senior member' of Hamas". The Guardian. Associated Press. 21 April 2018. Dicapai pada 24 April 2018.
  19. ^ "Hamas rocket engineer killed in Malaysia; family blames Israel". The Times of Israel. 21 April 2018. Dicapai pada 24 April 2018.
  20. ^ "Malaysia releases sketches of suspects in Fadi al-Batsh killing". Al Jazeera English. 24 April 2018. Dicapai pada 24 April 2018.
  21. ^ "Fadi al-Batsh killing: Israel dismisses involvement". BBC News. 22 April 2018. Dicapai pada 24 April 2018.
  22. ^ a b Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Malaysia bagi Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa (7 Februari 2020). "Laporan Prosiding JK Pilihan Khas Hubungan dan Perdagangan Antarabangsa: Hubungan Dua Hala antara Malaysia dan Palestin" (PDF). Parlimen Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-07-03. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  23. ^ ROSALINDA MD. SAID (13 Mei 2021). "Malaysia gerak kempen #Aid4Palestine". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-05-13. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  24. ^ "Sumbangan berjaya disalur kepada penduduk Gaza". Harakahdaily. 29 Mei 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-01. Dicapai pada 3 Julai 2021.
  25. ^ Yusmizal Dolah Aling (27 Jun 2021). "Pembaikan semula bangunan di Gaza guna sumbangan orang Malaysia". HMetro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-06-27. Dicapai pada 3 Julai 2021.

Pautan luaran[sunting | sunting sumber]