Hubungan Malaysia–Ukraine

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Duta Besar Ukraine ke Malaysia Olexander Nechytaylo bertemu Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad di Kuala Lumpur, 16 Oktober 2018.

Hubungan Malaysia-Ukraine terjalin menerusi Kedutaan Malaysia di Kiev. Ukraine merupakan sebuah negara yang baru merdeka pada 1991 selepas Kesatuan Soviet berpecah. Malaysia mendapat kemerdekaan dari penjajah British pada 1957 pimpinan Tunku Abdul Rahman.

Chuah Teong Ban adalah Duta Malaysia di Ukraine.

Pro Amerika[sunting | sunting sumber]

Sebagaimana Malaysia, Ukraine juga berpihak kepada Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU) dan berhasrat menyertai EU tidak lama lagi. [1] Pada 25 Mei 2014, pemberontak pro-Rusia mengisytiharkan Donetsk keluar daripada Ukraine dan membentuk Republik Rakyat Donetsk. Wilayah Lugansk juga bertindak keluar daripada Ukraine membentuk Republik Rakyat Lugansk. Pada 6 Mac 2014, Semenanjung Crimea dan Sevastopol telah mengisytiharkan keluar daripada Ukraine dan menyertai Persekutuan Rusia apabila Parlimen Crimea mengundi usul untuk menyertai Rusia. Pungutan suara di kalangan penduduk Crimea juga mahu menyertai Rusia.[2]

MH17 ditembak jatuh[sunting | sunting sumber]

Pesawat MH17 ditembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Grabovo, wilayah Donetsk, Ukraine. Amerika Syarikat mendakwa pelancar BUK melancarkan peluru berpandu ke arah MH17. Peluru berpandu itu buatan Rusia dan mungkin digunakan oleh pemberontak pro-Rusia. Ukraine mempunyai 60 buah pelancar BUK dan Rusia mempunyai lebih 350 buah.

Ketua keselamatan Ukraine, Valentyn Nalivaychenko mendakwa Rusia yang bertanggungjawab berdasarkan perbualan telefon antara dua pegawai risikan Rusia yang berjaya dipintas. Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menafikan tentera Ukraine terlibat. Insiden ketiga ini selepas pesawat Angkatan Tentera Ukraine jenis AN-26 dan SU-25 ditembak jatuh di wilayah Rusia.

Sebaliknya Presiden Rusia, Vladimir Putin menyalahkan Ukraine kerana mengagalkan perjanjian damai. Beliau bagaimanapun tidak menafikan kumpulan pemberontak pro-Rusia bertanggungjawab menembak jatuh pesawat MH17.[3]

Insiden Sukan Paralimpik 2020[sunting | sunting sumber]

Selain daripada isu MH17, satu lagi isu berkenaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 timbul, menyebabkan hubungan ini sedikit terjejas. Pada 31 Ogos, atlet lontar peluru Malaysia, Muhammad Ziyad Zolkefli sepatutnya memenangi pingat emas dan memecahkan rekod dunia dalam acara itu bagi kategori T20. Walau bagaimanapun, atlet dari Ukraine, Maksym Koval membantah keputusan ini, menyebabkan Ziyad ditarik balik pingat emasnya. Situasi ini menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia, sehinggakan beberapa serangan siber dilancarkan penggodam dari Malaysia, menyasarkan beberapa laman web dari Ukraine, termasuk akaun Instagram Koval sendiri.

Apa yang lebih memburukkan keadaan ialah kenyataan Duta Besar Ukraine ke Malaysia, Olexander Nechytaylo yang dilihat mempertahankan keputusan asal pihak penganjur yang menarik balik emas milik Ziyad. Kenyataan ini ternyata hanya memburukkan keadaan dan dilihat cuba menegangkan hubungan antara dua negara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]