Hubungan Malaysia–Sri Lanka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hubungan Malaysia-Sri Lanka)

Hubungan Malaysia-Sri Lanka terasa 'senyap' berikutan krisis politik dan keselamatan di Sri Lanka. Sri Lanka lebih dikenali sebagai Ceylon di kalangan masyarakat Melayu. Malaysia dan Sri Lanka mempunyai iklim yang sama iaitu iklim Khatulistiwa. Suhu panas di Sri Lanka disejukkan oleh laut di sekelilingnya. Suhu panas di Malaysia disejukkan oleh bayu laut dari Selat Melaka, Laut China Selatan dan Laut Sulu.


Melayu Sri Lanka[sunting | sunting sumber]

Seorang bapa dan anak Melayu Sri Lanka, kurun-19

Terdapat 50,000 penduduk Melayu berugama Islam di Sri Lanka yang pergi dan dibawa ke sana era penjajahan Belanda dan era British. Mereka mengamalkan ajaran Ahli Sunah Waljamaah - mazhab Hanafi.Kebanyakan umat Islam India dan Pakistan bermazhab Mazhab Hanafi . Sebahagian besar mereka berasal dari pulau Jawa, Indonesia. Antaranya merupakan buangan politik iaitu ketua-ketua yang mengancam VOC dan askar yang disabitkan dengan kesalahan jenayah antara tahun 1658-1796 di Batavia (Jakarta). Orang tempatan merujuk diri mereka sebagai Jawa dan Melayu. Sementara orang Sri Langka memanggil mereka 'Ja-minissu'

Era Belanda ini, terdapat 2200 askar-askar Melayu di pulau-pulau milik Belanda.Askar Melayu ini terlibat menyerang tentera British di Galle (1640), mengepung Colombo (1656) dan menawan Jaffna (1658). Askar Melayu ini diserap menjadi askar British apabila British berjaya menewaskan Belanda pada 1796.Kapten Tranchell (1856 " 1857) telah mengembara ke Brunei, Lubuan, Pahang dan Kelatan bagi mendapatkan tenaga sokongan. Terdapat 131 banduan berkhidmat dengan VOC di Sri Lanka. Kajian Hussainmiya (1987) mendapati beberapa hikayat beredar di kalangan masyarakat Melayu Islam Sri Lanka seperti Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Isma Yatim dan Hikayat Indera Kuraisy.[1] Kini mereka berbahasa Singhala di rumah. Nama mereka mengunakan istilah Islam Arab seperti Jaya, Bongso, Tumarto, Kitchil, Kuttilan, Kuncheer dan Singa Laksana.

Pada Ogos 1985 , simposium Melayu Sedunia telah diadakan di Colombo ditaja oleh kerajaan Malaysia dan Gapena. Pada 1988 , kerajaan Malaysia menemuduga guru-guru Bahasa Melayu untuk dihantar ke Sri Lanka.DBP pernah menghantar guru dan pensyarah bahasa Melayu ke China, Sri Lanka, Thailand, Myanmar, dan India sejak 2001 . Dikatakan terdapat 70,000 orang mampu bertutur bahasa Melayu di sri Langka.[2]

British membawa buruh Ceylon[sunting | sunting sumber]

Ramai orang Ceylon dibawa oleh paladang British untuk bekerja sebagai penanam teh di Cameron Highland dan penoreh getah di seluruh Malaysia. Ini kerana British pernah menjajah India, Sri Langka dan Malaysia. Seni bina bangunan kerajaan di Komanwel British hampir sama .


Pelaburan Langsung Asing[sunting | sunting sumber]

Setiausaha Hal Ehwal Luar Sri Lanka Dr Palitha T. B. Kohona menyatakan Pelaburan Langsung Asing (FDI) Malaysia merangkumi kira-kira 30 peratus daripada keseluruhan FDI di negaranya. FDI Sri Lanka mencecah sekitar AS$812 juta, dengan Malaysia merupakan pelabur terbanyak terutama telekomunikasi.

Proses damai di Sri Lanka[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mei 2007,Setiausaha Parlimen Kementerian Luar Negeri Ahmad Shabery Cheek menjelaskan bahawa Malaysia menyokong inisiatif damai tajaan oleh Norway, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun di Sri Lanka. Tiada permintaan dari kerajaan Sri Langka dan Malaysia tidak mahu mencampuri proses damai tersebut kerana Tamil Malaysia akrab dengan Tamil Sri Lanka dan Tamil Nadu . Perjanjian gencatan senjata ditandatangani di Oslo, Norway pada Februari 2002. Negara India juga gagal sebagai orang tengah dengan menghantar pasukan keamanan ke negara itu dari tahun 1987 hingga 1990 dan tentera India ditarik balik.Perdana Menteri India ,Rajiv Ghandhi dibunuh oleh pejuang LTTE. [3]

Pemimpin LTTE berada di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Jun 2008 Menteri Luar Malaysia berjanji sedia membantu kerajaan Sri Langka. Tentera Sri Lanka telah menangkap pengganas LTTE di Wattala, Sri Lanka merampas 2.7kg bahan letupan berkuasa tinggi jenis C4. Mereka sedang menunggu arahan daripada beberapa warga Malaysia, menerusi telefon, untuk melancarkan serangan ke atas Colombo.[4]

K. T. Pathmanathan, lelaki Tamil Sri Lanka, selalu datang ke Malaysia dan Selatan Thailand menggunakan pelbagai nama samaran. Pengganas LTTE mendapatkan senjata dan dana untuk kegunaan LTTE .[5]

Akaun Bank Malaysia diperalat[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Ogos 2008 , Akhbar National Post, Kanada menyiarkan "Report of Financial Documents World Tamil Movement of Ontario" yang disediakan oleh polis Canada . Laporan polis Kanada itu menyatakan C$1.9-juta dipindahkan ke akaun bank di Kuala Lumpur untuk disalurkan ke LTTE. Bank tersebut ialah Toronto Dominion, Bank of Nova Scotia, Royal Bank, CIBC dan National Bank of Canada.Pemegang akaun Canada mengirim wang secara kerap ke akaun Malaysia, Singapura dan Britain.Pada 2005 WTM berhenti mengirim wang ke Malaysia menerusi akaun Royal Bank.

Gerakan Tamil Sedunia (WTM) berpangkalan di Toronto dituduh membayar gaji gerila Tamil Tigers Sri Lanka.Laporan kewangan 'rahsia' 83 muka surat oleh polis anti-pengganas Canada menyatakan penyokong Tamil Tigers mengumpul wang di Kanada bagi membeli senjata untuk gerila. Ia merupakan taktik penjenayah untuk membersihkan wang haram.Penyokong diseru menandatangani borang untuk membenarkan wang dikeluarkan dari akaun bank mereka setiap bulan.WTM mengumpul wang dari jualan kuih, cucian kereta, jualan surat khabar, barang dan festival.Oleh itu WTM dikategorikan kumpulan pengganas sama seperti Al-Qaeda, Hamas dan Hezbollah.[6]

Pada 6 Februari 2008,Unit Perisikan Kewangan (FIU) Bank Pusat Sri Lanka (CBSL) menandatangani memorandum persefahaman dengan FIU Bank Negara Malaysia bagi berkongsi maklumat mengenai sebarang pembiayaan secara haram kepada badan-badan pengganas.Memorandum itu ditandatangani oleh Timbalan Gabenor CBSL Dr Ranee Jayamaha dan rakan sejawatannya dari Bank Negara Malaysia Datuk Zamani Abdul Ghani.

Bantuan kepada pelarian Tamil[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Mei 2009, Menteri luar Sri Lanka Rohitha Bogollagama mengucapkan terima kasih kepada Datuk Anifah Aman berhubung bantuan AS$100,000 (RM350,000) untuk kem-kem pelarian Tamil di utara Sri Lanka. Terdapat 190,000 pelarian mendirikan beribu-ribu khemah di Vaviniya ,200 km di utara Colombo. Pasukan MERCY Malaysia diizinkan membuka klinik di Menik Farm di Vavuniya. Tentera Sri Lanka dan LTTE telah berperang selama tiga dekad dan hanya berakhir selepas pengasas LTTE, Velupillai Prabhakaran dan pemimpin kanannya terbunuh di zon peperangan.[7]

Hindraf dan LTTE[sunting | sunting sumber]

Pemimpin Hindraf P. Wytha Moorthy berbincang dengan Perdana Menteri India Manmohan Singh dan Pranab Mukherjee untuk mendapatkan simpati terhadap nasib Tamil di Malaysia. Pemimpin Hindraf iaitu R. Kengadharan, P. Utayakumar, M. Manoharan, V. Ganabatirau dan K. Vasantha Kumar, ditahan pada 13 Disember 2007 mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Perhimpunan haram telah diadakan di Kuala Lumpur pada 25 November 2007.[8]

Cubaan PDRM mengaitkan Hindraf dengan LTTE adalah mala fide dan mereka menafikan sebarang pembabitan dengan pergerakan pengganas LTTE yang berpusat di Sri Lanka.Tida usaha untuk mendapatkan sokongan LTTE .[9]

Parti pembangkang India, Bharatiya Janata Party (BJP), yang tebal semangat perkaumannya, memaksa kerajaan India melakukan campur tangan berikutan tunjuk perasaan anjuran Hindraf di Kuala Lumpur. Kemudian Menteri Luar India Pranab Mukherjee berlembut dengan menjelaskan bahawa setiap kerajaan mempunyai cara tersendiri untuk menentang keganasan.Ketua Menteri Tamil Nadu M. Karunanidhi, tidak lagi berminat dengan perjuangan Hindraf kerana ia boleh menjejaskan hubungan antara Malaysia dan India.

Perhimpunan menyokong LTTE[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Mei 2009, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Jamshah Mustapa berkata tiada sebarang permit yang dipohon untuk mengadakan perhimpunan di Batu Caves menyokong LTTE. Sekadar upacara keagamaan atau pun sembahyang tidaklah menjadi kesalahan . Tersebar SMS menyokong LTTE dan menyeru perhimpunan di Batu Caves pada 24 Mei 2009 bagi mengutuk serangan tentera Sri Lanka terhadap minoriti etnik Tamil di negara Sri Lanka, yang majoriti penduduknya berbangsa Sinhala.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Orang Melayu: The story of Sri Lanka's Malay folks by Asiff Hussein (Explore Sri Lanka)
  2. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-18. Dicapai pada 2009-03-18.
  3. ^ Malaysia Tidak Bercadang Bantu Sri Lanka Tangani Konflik
  4. ^ Warga M'sia Dikaitkan Dengan LTTE? M'sia Sedia Bekerjasama Dengan Sri Lanka Jika Dakwaan Benar
  5. ^ LTTE Peroleh Senjata Dari Rantau Ini?
  6. ^ Bank Malaysia Digunakan Bagi Salur Dana LTTE
  7. ^ Sri Lanka Hargai Bantuan Malaysia Kepada Pelariannya
  8. ^ India Mula Jauhi Isu Hindraf
  9. ^ "Seorang Lagi Tahanan ISA Mohon Dibebaskan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-10. Dicapai pada 2007-08-10.
  10. ^ Jangan Terpedaya SMS Penyokong LTTE Adakan Perhimpunan