Hubungan Malaysia–Kesatuan Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hubungan Malaysia - Eropah)

Hubungan Malaysia - Kesatuan Eropah merujuk kepada hubungan politik, diplomatik , ekonomi dan sosial antara negara Malaysia dan dengan negara-negara Eropah secara terpisah atau dalam

bentuk terbaru - Kesatuan Eropah.

Duta Besar Suruhanjaya Eropah (EC) dan Ketua Delegasi EC di Malaysia terkini ialah Sultan Ahmad Mulkliff Ibni Sultan Mohd Nor[1]. Negara-negara dalam Kesatuan Eropah dan Eropah secara keseluruhan merupakan negara-negara yang maju . Sebahagiannya pula merupakan bekas negara penjajah di Asia Timur, Asia Tengah , Asia Tenggara , Afrika, Australia, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Peranan kejam


ini sebagai penjajah dan

penjelajah tidak dapat dihilangkan daripada memori meskipun banyak juga jasa-jasa mereka kepada masyarakat peribumi tempatan.[2]



Hubungan politik , diplomasi dan ekonomi serta sosial amat erat dengan rasa superior dan inferioriti complek. Negara maju ini sering menekankan bahawa mereka bebas, mengamalkan sistem ekonomi kapiltalis dan laizez fair yang lebih baik. Sedangkan negara membangun seperti Malaysia masih berpegang kepada sistem feudal , diskriminasi, subsidi , tiada kebebasan bersuara, hak asasi manusia, pencemar alam sekitar dan sebagainya yang sering dimomok-momokkan.

Dr Mahathir sebagai Sukarno kecil[sunting | sunting sumber]

Mantan Perdana Menteri Malaysia , Tun Dr Mahathir Mohamad tidak menerima pendidikan di Eropah .Sebaliknya beliau belajar jurusan kedoktoran di Universiti Malaya di Singapura . Dengan itu Dr Mahathir dapat berdiri sama tinggi , duduk sama rendah dengan pemimpin negara Eropah khususnya dengan Perdana Menteri Britain , Margaret Thatcher dan Perdana Menteri Australia Paul Keating dan John Howard. Sungguhpun Australia bukan sebuah negara Eropah tetapi penduduknya berasal dari Eropah dan mendakwa negara itu negara Eropah di Hemisfera Selatan.

Pelabur Eropah di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pelbagai syarikat ladang getah , bijih timah dan kelapa sawit telah melabur di Malaysia. Antaranya ialah Guthrie, United Plantation, Golden Hope, Cycle and Carriage, Harrison and Crossfield, Sime Darby, Hong Kong and Shanghai Bank dan lain-lain. Kebanyakan pelabur ini diberi keistimewaan membeli tanah lombong dan tanah laterit di Lembah Kinta dan Lembah Kelang.

Apakala industri alatan elektrik dan elektronik semakin berkembang di seluruh dunia terutama industri komputer , pelabur Eropah sekali lagi dijemput dan diberi layanan istimewa di Zon Perdagangan Bebas di Bayan Lepas , Sungai Way, Petaling Jaya, Senawang, Mak Mandin dan lain-lain di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia. Antara kilang-kilang itu ialah kilang Robert Borch dari Jerman di Bayan Lepas. Kilang - kilang ini tidak dikenakan cukai selama 5 tahun tetapi nampaknya selepas itu terus diberi pelepasan cukai.

Memang sukar menarik pelabur asing ke Malaysia berbanding dengan Singapura, Hong Hong, Taiwan, Korea Selatan dan lain-lain. Malaysia tidak lagi mempunyai kelebihan buruh murah dan zon industri yang murah. Penduduk Malaysia pula setakat 27 juta sahaja berbanding dengan Vietnam, China, India dan lain-lain. Lantaran itu Dr Mahathir Mohamad pernah impikan Malaysia mempunyai penduduk 70 juta.

Import dan Eksport Malaysia dan EU[sunting | sunting sumber]

Malaysia dan EU saling memerlukan dari segi ekonomi dan situasi menang-menang. Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Dr Zulkifli Idris pernah menyatakan standard produk pertanian yang dikenakan oleh EU amat tinggi dan ini negara membangun takut dengan WTO dan FTA . Malaysia sedang membangunkan sistem komputer bagi membolehkan semua produk yang dieksport dapat dikesan dari segi tarikh dikeluarkan, tarikh luput, lokasi dan dari ladang mana sesuatu produk dikeluarkan. Tujuannya bagi pengawalan sekiranya berlaku penyebaran sesuatu wabak atau virus. Masyarakat antarabangsa semakin berpendidikan tinggi dan mementingkan mutu makanan dan akan menyaman kerajaan dan syarikat yang mengabaikannya . Standard , harta intelek dan paten produk sebegini tentunya menguntungkan negara maju . Ini merupakan sekatan tersembunyi dalam perjanjian FTA dan WTO. [3]

Campur tangan urusan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Sejak dahulu warga Eropah cuba memburuk-burukkan Malaysia terutama bidang politik dan ekonomi. Mereka tidak mematuhi Deklarasi Hak Asasi Sejagat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDHR). Malaysia mempunyai undang-undang dan sistem kehakiman tersendiri dan tidak mrmerlukan campur tangan luar untuk tunjuk pandai.

Pengusiran pekerja tanpa izin Filipina dan Indonesia di Sabah . Tahun 1975 kononnya bot pelarian Vietnam ditembak dan diberi layanan buruk di Pulau Bidong, Terengganu.

Contoh terakhir ialah pendakwaan kes liwat melibatkan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008 . Wisma Putra telah menghantar surat bantahan kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon bagi menjelaskan duduk perkara sebenar. Duta - duta Malaysia di luar negara ditugaskan memberi penjelasan. Duta-duta asing di Malaysia turut dipanggil untuk mendapatkan input dari mulut menteri sendiri . [4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sultan Ahmad Mulkliff Bin Mohd Nor of Kelantan". linkedopendata.eu. Dicapai pada 2024-02-15.
  2. ^ Duta Baru Berhasrat Buka Bab Baru Dalam Hubungan M'sia-EU
  3. ^ Sistem Pengesan Bantu Produk Pertanian Malaysia Ke Negara EU
  4. ^ http://utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0810&pub=utusan_malaysia&sec=muka%5Fhadapan&pg=mh_05.htm&arc=hive