Hubungan Malaysia–Mesir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hubungan Malaysia - Mesir)
Hubungan Mesir–Malaysia
Peta menunjukkan lokasi Egypt dengan Malaysia

Mesir

Malaysia
Bendera Malaysia
Bendera Malaysia
Bendera Mesir
Bendera Mesir

Hubungan Malaysia - Mesir memang nyata wujud melalui penubuhan pejabat kedutaan masing-masing. Malaysia dan Mesir sama-sama negara Islam Sunni. Mesir bersempadan dengan Israel dan Palestin dan berkongsi Laut Mediterranean dan Laut Merah dengan Arab Saudi dan lain-lain.

Sektor pelancongan[sunting | sunting sumber]

Pelancong dari Malaysia melawat piramid dan Sphinx di sepanjang Sungai Nil.Piramid paling tinggi ialah Cheo setinggi 146.6 meter di Giza.Bangunan tinggi menjadi simbol ketinggian tamadun dan kuasa sesuatu bangsa.

Perang Arab Israel[sunting | sunting sumber]

Presiden Mesir , Gamal Abdul Nasser dikagumi kerana berani berperang dengan Israel dalam usaha membebaskan Terusan Suez dan sebahagian Semenanjung Sinai 1967 dan merebut semula Baitulmaqdis. Terusan Suez pernah disekat semasa perang dengan Israel. Ekoran itu, Israel memindahkan kontena menggunakan jalan darat dari pelabuhan Eilat di Selat Tiran terus ke pelabuhan Asdod di Laut Mediterannean tanpa perlu melalui Terusan Suez.[1]

Perjanjian damai Mesir-Israel di Kem David, Amerika syarikat mencetuskan kegemparan dunia Islam. Ramai ulama Mesir menyokong perjanjian ini, ramai juga yang menentang keras zehingga Presiden Mesir ,Anwar Sadat ditembak mati dalam ulang tahun kemerdekaan Mesir.

Presiden Hosni Mubarak tidak bersuara lagi mewakili dunia Islam. Kerjasama ekonomi antara Mesir dengan Israel dan Amerika semakin rancak. Ekonomi , pertahanan dan persenjataan Mesir bergantung kepada Israel dan Amerika.

Kerjasama antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Malaysia, Mesir dan lain-lain turut menyertai kumpulan D-8. Presiden Nasser menjadi juara Pergerakan Negara-Negara Berkecuali ([[NAM]) yang turut disertai oleh Malaysia. Dari 2009-2012 Hosni Mubarak menjadi pengerusi NAM.[2]

Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali yang diadakan di Sharm El-Sheikh ,Mesir pada 14 Julai 2009. NAM merayu Hamas ,PLO dan Fatah berdamai sebagaimana rencana Mesir. [3]

Kerjasama ekonomi[sunting | sunting sumber]

Sejak 2004, Proton Egypt mengedarkan kereta nasional buatan Malaysia, Proton Gen2 dan Proton Persona. Habib Ibrahim Habib menyatakan 800 buah kereta Proton berjaya dijual. 4000 buah lagi dijangka dapat dijual.

anak syarikat milik penuh Tanjong, Suez Gulf Power S.A.E dan Port Said Power East, menceburi bidang tenaga di Mesir.

Mesir berusaha menarik pelabur Malaysia dengan tarikan pasaran 450 juta penduduk di Timur Tengah. Neveen Omran El Shafei dari Pihak Berkuasa Am untuk Pelaburan dan Zon Bebas (GAFI) Mesir menyatakan pelabur Malaysia setakat 0.2 % sahaja.[4]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ramai pemimpin politik dan agama di Malaysia pernah belajar di Universiti al Azhar , Mesir. Universiti ini adalah universiti tertua di dunia. Al-Azhar mewujudkan satu sistem pendidikan bermula dari pusat asuhan lagi, maahad sekolah rendah dan menengah sampai anak-anak didik mereka masuk Universiti Al-Azhar, bukannya dalam bidang usuludin dan syariah sahaja . Di sinilah lahirnya reformis Syeikh Muhammad Abduh, Rasyid Ridha dan pejuang jihad Sayyid Qutb serta kumpulan Ikhwan Muslimin.

Pada 31 Januari 2009, seramai 32 hafiz Al-Quran Malaysia mengikuti kursus perubatan di Mesir dan dijangka pulang untuk berkhidmat sebagai doktor pada 2012. [5] Kini , pelajar Malaysia tidak sahaja belajar agama Islam, syariah dan bahasa Arab di Mesir tetapi juga jurusan perubatan.

Viva Palestina[sunting | sunting sumber]

Pada 2 September 2009, Azlan Muhammad Sharif dari Global Peace Malaysia ditahan selama tiga hari tiga malam di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir. Pengarah Bantuan Kecemasan dan Kemanusiaan ke Gaza itu mengetuai misi menghantar bantuan kewangan sumbangan kerajaan dan rakyat Malaysia bagi meringankan bebanan rakyat Palestin pada bulan Ramadan dan menyambut ketibaan Aidilfitri.[6] Nota bantahan dihantar melalui Duta Mesir ke Malaysia, Hani Abdel Kader. Nota bantahan itu turut diserai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Pertubuhan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Pencerdasan Ummah (WADAH) dan Future Global Network.

Pada 7 Januari 2009, penghantaran bantuan amal kepada penduduk Gaza yang diusahakan oleh Viva Palestina tidak mendapat restu kerajaan Mesir. Pelajar Malaysia yang turut menyertai konvoi [[]] telah ditahan dalam lokap selama 15 jam. Isteri Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Rosmah Mansor telah menghubungi Susan Mubarak agar membebaskan rakyat Malaysia itu.

Pada 7 Januari 2009, Dewan Pemuda PAS Pusat diketuai Nasrudin Hassan menghantar memorandum kepada Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman di pejabat Wisma Putra. Memorandum itu mendesak kerajaan Malaysia mengkaji semula hubungan dua hala di antara Malaysia dengan Mesir. Kerajaan Mesir turut membina tembok sebagaimana Israel, bagi menghalang terowong penghubung di Gaza seolah-olah sengaja menghalang rakyat dan umat Islam Palestin daripada mendapat bekalan makanan, ubat-uabatan dan kewangan. Dengan ini, Mesir bersekongkol dengan Israel mengepung dan mengurung penduduk Palestin. Pendirian Mesir tidak selari dengan ketetapan dan prinsip Pertubuhan Persidangan Negara-negara Islam (OIC) yang termaktub untuk menjaga dan membela nasib umat Islam Palestin.

Pada 8 Januari 2009, parti PAS mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Mesir di Kuala Lumpur selepas sembahyang Jumaat. [7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]