Hubungan Palestin–United Kingdom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hubungan Palestin - United Kingdom tidaklah begitu baik. United Kingdom/Britain yang menaja penubuhan negara Israel di bumi Palestin pada tahun 1948.[1] United Kingdom memiliki konsulat di Baitulmaqdis yang "menyediakan perkhidmatan awam dan mempromosi kepentingan British di Baitulmaqdis dan Palestin". Pihak Berkuasa Palestin diwakili di London oleh Manuel Hassassian, Wakil Umum Palestin ke United Kingdom.

Bendera Palestin
Bendera Palestin
Bendera United Kingdom
Bendera United Kingdom

Negara Israel di tanah Palestin[sunting | sunting sumber]

Perjanjian Versailles 1919 ditandatangani pasca konflik besar 1914-1918.Ho Chi Minh yang turut hadir tidak senang dengan order baru pimpinan Woodrow Wilson itu. Hasilnya kerajaan Turki Uthmaniyah runtuh pada 1918 dan dibahagi-bahagikan . Sebelum itu Arab Revolt 1916 berlaku iaitu penipuan besar British terhadap orang Arab agar tidak menyokong Turki, dengan janji kemerdekaan kepada bangsa berbahasa Arab jika Turki dapat dikalahkan. Melalui Deklarasi Belfour 1917 , negara Israel dibentuk dan penduduk Yahudi dari seluruh dunia berhijrah beramai-ramai ke Palestin. Kemudian , peranan Britain diambilalih oleh Amerika Syarikat apabila Britain relatif lemah. Tahun 1948 negara Israel diisytiharkan. Masyarakat Palestin dianiaya apabila tanah air mereka diberikan kepada masyarakat Yahudi untuk membentuk sebuah negara Israel.

Negara Islam seperti Mesir, Arab Saudi, Kuwait, Jordan dan lain-lain tidak menyokong Palestin kerana mereka dikawal oleh AS. Negara Islam yang kuat seperti Iran atau Turki digesa merintis organisasi baru menggantikan Liga Arab atau OIC.[2]

Masyarakat Palestin kini berasal dari keturunan puak Kaniyah. Sementara Yahudi bersama Nabi Musa berasal dari Mesir yang dihalau oleh Firaun sehingga ke Laut Merah.

Demonstrasi anti Israel[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Mei 2010,masyarakat pelbagai kaum di London menyatakan bantahan terhadap serangan Israel ke atas Palestin Freedom Flotilla, di Gaza. Turut serta ialah aktivis dari Persekutuan Persatuan Pelajar Islam (FOSIS) di Kings College London. Mereka berhimpun secara aman di luar kediaman Perdana Menteri United Kingdom di No. 10 Downing Street pukul 2 petang. Mereka membawa kain rentang berbunyi 'Israel - State terrorist', 'Free Palestine', 'End Israeli Occupation' dan 'Stop Israeli's War Crimes in Gaza'.

Aktivis pro Palestin dalam kapal Turki, MV Mavi Marmara disumbat dalam Penjara Ella, Beersheba di selatan Israel.

Antara yang hadir ialah Kate Hudson (Pengerusi Campaign for Nuclear Disarmament) , Jeremy Corbyn (Ahli Parlimen parti Buruh untuk kawasan Irlington North), Salma Yaqoob (tokoh wanita Islam yang juga Pengerusi Birmingham Stop the War Coalation), Tariq Ali (aktivis anti peperangan) dan Craig Murray (mantan Duta Britain ke Uzbekistan).[3]

Bantuan RM86.4j untuk Gaza[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Jun 2010, Britain akan memberi 19 juta pound (RM86.4 juta) untuk pelarian Palestin di Genting Gaza dan sekali lagi menggesa Israel menarik balik sekatan ke atas wilayah Palestin itu. Bantuan itu untuk pembinaan sekolah dan klinik kesihatan untuk pelarian Palestin di Gaza. Pada 2006, Britain menandatangani perjanjian bantuan 100 juta pound dengan Agensi Bantuan dan Perkhidmatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Pintu sempadan ke Gaza hendak dibuka bagi memghantar makanan, perubatan , pembinaan dan pelbagai kemudahan lain. Setiausaha Pembangunan Antarabangsa, Andrew Mitchell menyatakan 70 % penduduk Gaza bergantung kepada UNRWA. Selain itu mereka bergantung kepada penyeludupan melalui terowong.[4]

Bantuan itu diberikan setelah komando Israel merampas dan menghalang 9 kapal 'Gerakan Pembebasan Gaza' di Laut Mediterranean. 9 aktivis pro Palestin ditembak mati dalam kapal MV Mavi Marmara.

Rujukan[sunting | sunting sumber]