Hudson's Bay Company

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hudson's Bay Company
Compagnie de la Baie d'Hudson
Dinamakan sempenaTeluk Hudson Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahSyarikat awam[1]
Didagangkan sebagaiTSXHBC
IndustriPeruncitan, retail sale in non-specialised stores, perdagangan Sunting ini di Wikidata
DitubuhkanLondon, England
2 May 1670 (353 tahun yang lalu) (2 May 1670)
PengasasMédard des Groseilliers
Pierre-Esprit Radisson Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabat8925 Torbram Road, Brampton, Ontario, Kanada
Tokoh penting
Hasil CAD5.223 bilion (2014)
Pendapatan bersih CAD258.1 juta (2014)
Jumlah aset CAD12.23 bilion (2018)
PemilikNRDC Equity Partners (48%)
Bilangan kakitangan70,000 Sunting ini di Wikidata
Pembahagian
Anak syarikatHudson's Bay, Puget Sound Agricultural Company, Simpsons Sunting ini di Wikidata
Tapak webwww.hbc.com
Facebook: hudsonsbay Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Hudson's Bay Company (HBC; Perancis: Compagnie de la Baie d'Hudson - "Syarikat Teluk Hudson") ialah sebuah kelompok dagang peruncitan di Kanada; ia tidak sahaja menjalankan kedai-kedai di sana tetapi juga di Amerika Syarikat serta beberapa negara di Eropah iaitu Belgium, Belanda dan Jerman. Syarikat utama kelompok ini ialah Hudson's Bay,[2] namun terdapat juga divisyen lain termasuk Galeria Kaufhof, Home Outfitters, Lord & Taylor dan Saks Fifth Avenue. Syarikat ini beribupejabat di Brampton, Ontario;[3] ia turut disenaraikan dalam Bursa Saham Toronto di bawah singkatan "HBC".

Ia mulanya menjalankan suatu monopoli perdagangan bulu di sebahagian besar kawasan Amerika Utara yang dikenali sebagai Tanah Rupert. Pada tahun 1670, ia dikurniakan suatu piagam diraja oleh Kerajaan England lalu menjadikan ia suatu kerajaan de facto selama hampir 200 tahun hingga 1869 di mana keseluruhan tanah milik ia dijual kepada kerajaan Kanada sebagai salah satu daripada syarat termaktub dalam suatu perjanjian pertukaran.[4][5] Syarikat ini beralih tumpuannya kepada penjualan barangan runcit yang pelbagai dari bulu haiwan ke perabot mahal di beberapa gudang serata Kanada pada pertengahan abad ke-19,[6][7][8] lama-kelamaan berkembang menjadi pasar raya yang banyak didapati dan dimiliki syarikat ini kini.[9]

Sejarah syarikat[sunting | sunting sumber]

Abad ke-17 - permulaan serta pengurniaan piagam diraja[sunting | sunting sumber]

Pierre-Esprit Radisson dan abang iparnya Médard des Groseilliers (Médard de Chouart, Sieur des Groseilliers) mendapat tahu dari kaum Cree adanya kawasan yang banyak haiwan buruan mendapatkan bulu haiwan di bahagian-bahagian utara dan barat Tasik Superior, serta suatu "laut beku" di jauh utara lagi.[10] Mereka meminta bantuan daripada kerajaan Perancis agar dapat menempatkan suatu pusat perdagangan di sana. Walau bagaimanapun, gabenor pada ketika itu Marquis d'Argenson menolak keras mereka meneroka kawasan terpencil itu - menurut sejarawan Peter C. Newman, penerokaan ini dikhuatiri d'Argenson akan menyebabkan tumpuan perdagangan bulu di Sungai St. Lawrence semakin berkurangan.[10] Radisson and Groseilliers tetap dengan rancangan mereka meneroka dan memburu di kawasan teluk itu; mereka berjaya mendapatkan bulu haiwan yang bermutu (pada 1669) namun dirampas dan didenda kerajaan Perancis Baru kerana kesalahan memburu tanpa izin kerajaan.[11]

Radisson dan Groseilliers tidak berputus asa lalu cuba menghubungi sekumpulan peniaga Inggeris di Boston, Massachusetts bagi mendana penerokaan mereka. Percubaan pertama mereka bersama para peniada ini gagal apabila kapal mereka melanggar air batu padat di Selat Hudson, namun seorang pegawai pesuruhjaya mendapat tahun rancangan Radisson dan Grosseillers lalu membawa kedua-dua menggalang dana di London pada 1665 ketika Maut Hitam melanda dengan dahsyatnya.[10] Di sana, mereka berdua berkenalan dengan Putera Rupert dari Rhine yang turut memperkenalkan mereka kepada pupunya, Raja Charles II.[12]

Sebuah syarikat bernama The Governor and Company of Adventurers of England Trading into Hudson's Bay ("Gabenor dan Kelompok Peneroka England Berdagang di Teluk Hudson") disyarikatkan pada 2 Mei 1670 dengan suatu piagam diraja kurniaan Raja Charles II.[4] di mana piagam tersebut menetapkan hak milik ke atas semua kawasan yang ada sungai mengalir turun ke Teluk Hudson di utara benua Amerika Utara berkeluasan 1.5 juta batu persegi (3.9 x 106km2) - kawasan tersebut diberi nama "Rupert's Land" sempena Putera Rupert dari Rhine, gabenor pertama syarikat ini yang dilantik baginda Raja England.

Abad ke-18[sunting | sunting sumber]

Abad ke-19 - pelepasan milik tanah[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1869, syarikat ia memutuskan menyerahkan hak milik Tanah Rupert kepada kerajaan Britain setelah mendapat tawaran pembelian daripada pemerintah Amerika Syarikat sebanyak 10 juta dolar Kanada yang ditolak syarikat tersebut.[13] Kerajaan Britain mengurniakan hak milik tanah tersebut kepada Kanada dengan pinjaman sebanyak £300,000 sebagai pampasan rugi kepada HBC,[5] malah HBC turut mendapat satu perdua puluh kawasan subur untuk pendudukan serta geran pemilikan tempat dagangan ia.[14] Kawasan ini dikenali sebagai Wilayah Barat Laut yang dibawa masuk pemerintahan Kanada di bawah Akta Tanah Rupert 1868 (Rupert's Land Act 1868) serta dikuatkuasakan Parlimen United Kingdom, provinsi Manitoba turut dimasuukan ke dalam Gabungan Kanada pada hari yang sama.[5]

Abad ke-20[sunting | sunting sumber]

Perang Dunia Pertama mengganggu pengubahsuaian dan pemulihan besar-besaran kedai perdagangan runcit yang dirancang pada tahun 1912. Selepas perang, syarikat itu menghidupkan semula aktiviti perdagangan bulu dan hartanah, dan mempelbagaikan operasinya dengan menceburi perniagaan minyak.[6][15] Syarikat itu mengasaskan Hudson's Bay Oil and Gas Company (HBOG) pada tahun 1926 dengan Marland Oil Company (yang bergabung dengan Conoco pada 1929). Walaupun syarikat itu mempelbagaikan ke dalam beberapa kawasan, perniagaan gedung serbanekanya adalah satu-satunya bahagian operasi syarikat yang masih tinggal, dalam bentuk gedung serbaneka di bawah jenama Hudson's Bay.[16] Syarikat itu juga menubuhkan jawatan perdagangan baharu di Artik Kanada.

Abad ke-21[sunting | sunting sumber]

Pada 16 Julai 2008, syarikat ini dijual kepada NRDC Equity Partners, sebuah firma ekuiti swasta di Purchase, New York.[17][18] Ia dialihkan pemilikannya di bawah sebuah syarikat pemegangan bawahannya, Hudson's Bay Trading Company pada musim gugur tahun 2008.

Gabenor[sunting | sunting sumber]

Senarai kronologi Gabenor Hudson's Bay Company:[19]

  1. 1670–82  Putera Rupert dari Rhein[20][21]
  2. 1683–85  James Stuart, Duke of York – meletakkan jawatan sebagai gabenor untuk menjadi James II, Raja England.[22]
  3. 1685–92  John Churchill, Earl of Marlborough[23][24]
  4. 1692–96  Sir Stephen Evance[25]
  5. 1696–1700  Sir William Trumbull[26]
  6. 1700–12  Sir Stephen Evance
  7. 1712–43  Sir Bibye Lake[27]
  8. 1744–46  Benjamin Pitt[28]
  9. 1746–50  Thomas Knapp[29]
  10. 1750–60  Sir Atwell Lake[30]
  11. 1760–70  Sir William Baker[31]
  12. 1770–82  Sir Bibye Lake, Jr.[32]
  13. 1782–99  Samuel Wegg[33]
  14. 1799–1807  Sir James Winter Lake[34]
  15. 1807–12  William Mainwaring[35]
  16. 1812–22  Joseph Berens[36]
  17. 1822–52  Sir John Henry Pelly pada 1826, Simpson menjadi gabenor untuk wilayah Kanada.[37]
  18. 1852–56  Andrew Wedderburn Colvile[38]
  19. 1856–58  John Shepherd[39]
  20. 1858–63  Henry Hulse Berens[40]
  21. 1863–68  Sir Edmund Walker Head[41]
  22. 1868–69  John Wodehouse
  23. 1869–74  Sir Stafford Henry Northcote[42]
  24. 1874–80  George Joachim Goschen[43]
  25. 1880–89  Eden Colvile[44]
  26. 1889–1914  Donald Alexander Smith[45][46]
  27. 1914–15  Sir Thomas Skinner[47]
  28. 1916–25  Sir Robert Molesworth Kindersley
  29. 1925–31  Charles Vincent Sale
  30. 1931–52  Sir Patrick Ashley Cooper – gabenor pertama yang melawat operasi HBC di Kanada.[48]
  31. 1952–65  William "Tony" Keswick
  32. 1965–70  Derick Heathcoat-Amory
  33. 1970–82  George T. Richardson
  34. 1982–94  Donald S. McGiverin
  35. 1994–97  David E. Mitchell
  36. 1997–2006  L. Yves Fortier
  37. 2006–08  Jerry Zucker
  38. 2008  Anita Zucker – gabenor wanita pertama.
  39. 2008–present  Richard Baker

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Spears, John (17 October 2012). "Hudson's Bay Co. to go public again". Toronto Star. Dicapai pada 25 Oktober 2012.
  2. ^ Shaw, Hollie (6 March 2013). "The Bay gets a new logo for first time in almost 50 years". Financial Post. Dicapai pada 20 August 2013.
  3. ^ "Contact Us". Hudson's Bay Company. Dicapai pada 14 October 2017.
  4. ^ a b "The Royal Charter of the Hudson's Bay Company". HBC Heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 October 2015. Dicapai pada 5 October 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ a b c "Our History: Business: Fur Trade: The Deed of Surrender". HBC Heritage. Dicapai pada 6 Oktober 2015.
  6. ^ a b "Our History: Overview". HBC Heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 October 2015. Dicapai pada 5 October 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "Our History: Timelines: Early Stores". HBC Heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2015. Dicapai pada 6 October 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ "Our History". Hudson's Bay Company. Dicapai pada 6 October 2015.
  9. ^ "Hudson's Bay Company History". Funding Universe. Dicapai pada 2 September 2012.
  10. ^ a b c Newman, Peter C. (1985). Company of Adventurers: Vol I. Viking. m/s. 64. ISBN 978-0-6708-0379-8.CS1 maint: ref=harv (link)
  11. ^ "Our History: People: Explorers: Radisson and des Groseilliers". HBC Heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2015. Dicapai pada 7 October 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ Newman 1985, m/s. 65.
  13. ^ "John A. Macdonald". Canada History. Access HT. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 April 2007. Dicapai pada 17 November 2013. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  14. ^ "Hudson's Bay Company". The Canadian Encyclopedia. Dicapai pada 16 November 2018.
  15. ^ "Our History: People: Builders: Burbidge". HBC Heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 September 2015. Dicapai pada 6 October 2015.
  16. ^ "Hudson's Bay Company History". Funding Universe (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2 September 2012.
  17. ^ Bell, Kevin (1 September 2012). "NRDC Buys Hudson's Bay, Says Lord & Taylor to Expand (Update2)". Bloomberg. Dicapai pada 16 Julai 2008.
  18. ^ Friend, David (16 July 2008). "New owner to spruce up Bay". Toronto Star. Dicapai pada 16 July 2008.
  19. ^ "Our History: People: Governors". HBC Heritage (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 September 2015. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  20. ^ "Our History: People: Governors: His Highness Prince Rupert of the Rhine". HBC Heritage (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2015. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  21. ^ "Rupert, Prince" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 September 2015. Dicapai pada 6 Oktober 2015.
  22. ^ Miller, John (2000) [1978]. James II (ed. revised, 3rd). New Haven, Connecticut: Yale University Press. m/s. 44. ISBN 978-0-3000-8728-4. |access-date= requires |url= (bantuan)
  23. ^ "Our History: People: Governors: John, Lord Churchill (later 1st Duke of Marlborough)". HBC Heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2015. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  24. ^ "Churchill, John" (PDF). Hudson's Bay Company Archives (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 September 2015. Dicapai pada 6 Oktober 2015.
  25. ^ "Evance, Stephen (c.1655–1712), of the 'Black Boy', Lombard Street, London". History of Parliament Online. Dicapai pada 6 Oktober 2015.
  26. ^ Courtney, William Prideaux (1899). "Trumbull, William (1639-1716)" . Dalam Lee, Sidney (penyunting). Dictionary of National Biography. 57. London: Smith, Elder & Co. m/s. 265–267.
  27. ^ "Lake, Bibye (Sir)" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 March 2016. Dicapai pada 6 Oktober 2015.
  28. ^ "Pitt, Benjamin" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 September 2015. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  29. ^ "Knapp, Thomas" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 March 2016. Dicapai pada 7 October 2015.
  30. ^ "Lake, Atwell (Sir)" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 March 2016. Dicapai pada 6 Oktober 2015.
  31. ^ "Baker, William (Sir)" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 August 2017. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  32. ^ "Lake, Bibye" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 6 October 2015.
  33. ^ "Wegg, Samuel" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 6 Oktober 2015.
  34. ^ "Lake, James Winter (Sir)" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 March 2016. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  35. ^ "Mainwaring, William" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 August 2017. Dicapai pada 7 October 2015.
  36. ^ "Berens, Joseph" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 5 March 2016. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  37. ^ "Our History: People: Governors: Sir John Henry Pelly, Bart". HBC Heritage. Dicapai pada 7 October 2015.
  38. ^ "Colville, Andrew" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 18 May 2015. Dicapai pada 6 October 2015.
  39. ^ "Shepherd, John" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 March 2016. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  40. ^ "Berens, Henry Hulse" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 Ogos 2017. Dicapai pada 7 October 2015.
  41. ^ "Head, Edmund Walker" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 September 2015. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  42. ^ Sanders, Lloyd Charles (1895). "Northcote, Stafford Henry" . Dalam Lee, Sidney (penyunting). Dictionary of National Biography. 41. London: Smith, Elder & Co. m/s. 194–199.
  43. ^ "Goschen, George Joachim" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 September 2015. Dicapai pada 7 October 2015.
  44. ^ Templat:Cite DCB
  45. ^ "Our History: People: Governors: Donald A. Smith". HBC Heritage. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2015. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  46. ^ "Smith, Donald Alexander" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 September 2015. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  47. ^ "Skinner, Thomas" (PDF). Hudson's Bay Company Archives. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 23 September 2015. Dicapai pada 7 Oktober 2015.
  48. ^ Newman, Peter C. (2004). Here Be Dragons: Telling Tales of People, Passion and Power. Toronto: McClelland & Stewart. m/s. 591. ISBN 978-0-7710-6792-1. |access-date= requires |url= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]