Hudson Meek
Hudson Meek | |
|---|---|
| Kelahiran | Hudson Joseph Meek 5 Ogos 2008 Birmingham, Alabama, U.S. |
| Meninggal dunia | 21 Disember 2024 (umur 16) Birmingham, Alabama, U.S. |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2014–2024 |
Hudson Joseph Meek (5 Ogos 2008 - 21 Disember 2024) merupakan seorang pelakon dari Amerika Syarikat, yang sangat terkenal dengan lakonannya sebagai Baby (Muda) dalam filem Baby Driver pada 2017.
Kehidupan kerjaya
[sunting | sunting sumber]Meek dilahirkan pada 5 Ogos 2008, kepada Derek Meek dan Lani Wells di mana dia tinggal di pinggir bandar Birmingham di Vestavia Hills. Dia dan abangnya mula berlakon sejak kecil lagi. Dia juga seorang Pembaptis.
Pada tahun 2014, dia muncul dalam filem Lifetime iaitu The Santa Con. Dia kemudiannya muncul dalam episod reboot MacGyver, dan sebagai Baby versi muda dalam filem Baby Driver (2017). Dia juga berlakon dalam Found (2023) dan The School Duel (2024). Dia dilakonkan sebagai Chris Piper dalam filem 90 Minutes in Heaven (2015).
Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada 19 Disember 2024, Meek terjatuh dari kenderaan yang sedang dalam perjalanan di Vestavia Hills dan dibawa ke Hospital UAB, di mana dia meninggal dunia akibat kecederaannya pada 21 Disember, pada usia 16 tahun.[1][2][3]
Selepas kematiannya, Biasiswa Memorial Hudson J. Meek telah ditubuhkan, dan akan dianugerahkan setiap tahun kepada pelajar Sekolah Tinggi Vestavia Hills.[4][5]
Filemografi
[sunting | sunting sumber]Filem
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Nota |
|---|---|---|---|
| 2014 | The Santa Con | Wiseman | Telefilem; tidak dikreditkan |
| 2015 | 90 Minutes in Heaven | Chris Piper | |
| The List | Group Home Child | Tidak dikreditkan | |
| 2016 | Half Pint | Jack | Filem pendek |
| Providence | Pembuli | ||
| Momma Jenny & the Brooks Boys | Wilis Jr. | Filem pendek | |
| 2017 | Baby Driver | Baby (Muda) | |
| 2024 | The School Duel | Sirius |
Siri Televisyen
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Tajuk | Watak | Nota |
|---|---|---|---|
| 2018 | MacGyver | Son | Episode: "Dia de los Muertos + Sicarios + Family" |
| I Did NOT See That One Coming! | Hudson | 1 Episod | |
| Union | Orphan 1 | ||
| 2022 | Legacies | Tiberius | Episode: "Was This the Monster You Saw?" |
| 2023 | Found | Teenage Sir | Episode: "Missing While Scamming" |
| 2024 | Genius | Arnold | Episode: "MLK/X: Graduation" |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Baby Driver Actor Hudson Joseph Meek Dead at 16". E! Online. December 25, 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada December 26, 2024. Dicapai pada December 26, 2024.
- ^ Killian, Sarah (December 23, 2024). "Vestavia Hills teen dies after falling from vehicle". WVTM. Dicapai pada December 26, 2024.
- ^ Jonathan Huamán (2024). "Quién fue Hudson Joseph Meek, el actor de 'Baby Driver' que murió a los 16 años tras caer de un vehículo". La Republica.
- ^ "Hudson Joseph Meek Obituary 2024". Searcy Funeral Home and Crematory. Dicapai pada 2024-12-27.
- ^ Pratt, Austin (2024-12-26). "Social media pays tribute to 'Baby Driver' teen actor Hudson Meek following fatal accident". WBMA. Dicapai pada 2024-12-27.