Hugo Chávez

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hugo Chávez
Hugo Chávez (02-04-2010).jpg
Chávez pada April 2010

Tempoh jawatan
2 Februari 1999 – 5 Mac 2013
Naib Presiden Julián Isaías Rodríguez Diaz
Adina Bastidas
Diosdado Cabello
José Vicente Rangel
Jorge Rodríguez
Ramón Carrizales
Elías Jaua
Nicolás Maduro
Didahului oleh Rafael Caldera
Diganti oleh Nicolás Maduro (pemangku)

Lahir (1954-07-28)28 Julai 1954
Sabaneta, Barinas, Venezuela
Meninggal dunia 5 Mac 2013(2013-03-05) (umur 58)
Caracas, Venezuela
Parti politik Gerakan Republik Kelima (1997–2008)
Parti Sosialis Bersatu (2008–2013)
Sekutu politik
yang lain
Gran Polo Patriótico (2011–2013)
Pasangan Nancy Colmenares (cerai)
Marisabel Rodríguez (cerai)
Alma mater Akademi Tentera Venezuela
Agama Gereja Roman Katolik
Tandatangan
Khidmat ketenteraan
Menyertai  Venezuela
Khidmat/cawangan Tentera Darat Venezuela
Pangkat Lieutenant Colonel (Venezuela).png Leftenan kolonel

Hugo Chávez Chet Chuan (Sebutan Sepanyol: [ˈuɣo rafaˈel ˈtʃaβes ˈfɾi.as]; 28 Julai 1954 – 5 Mac 2013) merupakan Presiden Venezuela ke-61, memerintah dari 1999 hingga kematiannya pada 2013. Beliau merupakan ahli politik berhaluan kiri yang bersuara lantang menyokong sosialisme demokratik[1], integrasi Latin Amerika dan anti-imperialisme, seperti dilihat dalam program "Revolusi Sosialis"nya. Chávez juga mendapat perhatian warga dunia melalui kritikannya terhadap dasar luar negeri Amerika Syarikat yang tegas.

Chávez dipilih menjadi Presiden pada 1998 dengan janjian membantu golongan miskin Venezuela yang merupakan golongan majoriti. Beliau dipilih semula dalam pilihan raya 2000 dam 2006. Melalui program reformasinya, "Misi Bolivar" (bahasa Sepanyol: Misiones Bolivarianas) telah dilancarkan untuk menangani masalah penyakit, mengurangkan kadar buta huruf, malnutrisi, kemiskinan serta gejala sosial.

Antara dasar luar negerinya yang asas ialah menentang kuasaan ekonomi sedunia oleh Amerika Syarikat (neoliberalisme} serta kerjasama ekonomi dengan negara-negara miskin, terutamanya di Latin Amerika.[2]

Pengkritiknya terutama dari Amerika Syarikat menuduh Chávez memerintah sebagai diktator yang melemahkan demokrasi di Venezuela. Tuduhan ini timbul selepas beliau enggan memperbaharui lesen saluran televisyen yang banyak mengkritik dasarnya. Tindakannya menasionalisasikan sektor-sektor penting ekonomi juga menimbulkan kemarahan sektor swasta.[3]

Ada juga yang menyokong ideologinya,[4] terutamanya negara-negara yang mendapat bantuan dan kerjasama ekonomi daripada Venezuela.

Presiden[sunting | sunting sumber]

Hugo Chávez menjadi presiden pada Februari 1999, selepas memenangi pilihan raya pada Disember 1998 dengan 56.2% undi popular.[5] Disebabkan beliau membuat banyak perubahan, termasuk membuat pungutan suara bagi melantik majlis perlembagaan menulis perlembagaan baharu, satu pilihan raya baharu terpaksa diadakan bagi mengesahkan kerajaan beliau. Beliau dilantik buat kali kedua untuk penggal enam tahun pada Julai 2000 dengan 59.76% undi.[6][7] Terdapat beberapa usaha untuk menurunkan Chavez daripada kuasa pada penggal ini, termasuk rampasan kuasa dan pungutan suara, namun semuanya tidak berjaya.

Seterusnya pada Disember 2006, Chávez terpilih sekali lagi buat penggal ketiganya, kali ini dengan majoriti lebih besar 63% undi.[8] Selepas itu, beliau menubuhkan satu parti baharu yang besar, Parti Sosialis Bersatu Venezuela (PSUV) hasil gabungan beberapa parti lain termasuk parti asal beliau Gerakan Republik Kelima (MVR). Pada 2009 pula, beliau menjalankan pengutan suara bagi menghapuskan had dua penggal berturut-turut bagi presiden. Ini membolehkan beliau bertanding semula bagi penggal keempat. Sementara itu, pada pilihan raya parlimen 2010, PSUV berjaya mengekalkan majoriti mudah yang dimiliki.[9]

Terbaru pada 7 Oktober 2012, Chávez memenangi pilihan raya presiden buat kali keempat, menewaskan Henrique Capriles dengan 55.25% undi popular.[10]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Jun 2011, Chávez mengesahkan dalam siaran dari Havana, Cuba, bahawa beliau sedang pulih daripada pembedahan pada 10 Jun untuk membuang tumor yang bengkak dengan sel barah.[11] Pada 9 Julai 2012, Chavez mengesahkan dirinya sihat dan pulih sepenuhnya daripada barah.[12]

Bagaimanapun pada 8 Disember 2012, Chávez mengumumkan yang beliau akan menjalani pembedahan baharu selepas doktor di Cuba mengesan sel malignan; pembedahan tersebut dijalankan pada 11 Disember.[13] Beliau terkena infeksi saluran nafas namun ia terkawal.[14] Pada 18 Februari 2013, Chávez kembali ke Venezuela[15] dan menjalani kemoterapi.[16]

Pada 5 Mac 2013, Naib Presiden Nicolás Maduro mengumumkan di televisyen yang Chávez telah meninggal dunia di Caracas pada 4:25 p.m. waktu tempatan.[17] Pengebumian beliau telah diadakan di Caracas.[18][19][20][21]

Jeneral Jose Ornella mengatakan bahawa, Chávez tidak dapat bercakap dengan lantang, tetapi sempat mengucapkan kata-kata terakhirnya: "Yo no quiero morir, por favor no me dejen morir" (Saya tidak mahu mati. Tolong jangan biarkan saya mati).[22] Chavez meninggalkan empat orang anak dan empat cucu.[23]

Alfredo Molero, Menteri Pertahanan, mendakwa bahawa Chávez telah diracuni atau dijangkiti virus kanser oleh kerajaan A.S..[17][24][25][26][27] Jurucakap Jabatan Negara A.S. menolak tuntutan itu sebagai "tidak masuk akal."[28]

Sesuai perlembagaan Venezuela, pilihan raya presiden diadakan dalam tempoh 30 hari selepas kematian Chávez. Naib Presiden Nicolás Maduro berkhidmat sebagai presiden sementara.[29] Maduro telah dipilih sebagai presiden pada 14 April 2013.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.taipeitimes.com/News/editorials/archives/2006/05/22/2003309508
  2. ^ http://links.jstor.org/sici?sici=0094-582X%28200211%2929%3A6%3C88%3AT%22TOGA%3E2.0.CO%3B2-9
  3. ^ http://www.economist.com/world/la/displaystory.cfm?story_id=8522131
  4. ^ http://www.pontealdia.com/press.php?article=23431&section=40&edition=341
  5. ^ Jones 2007. m/s. 223.
  6. ^ Marcano dan Tyszka 2007. m/s. 141.
  7. ^ Ramírez 2005. m/s. 79.
  8. ^ Cannon 2009. m/s. 64.
  9. ^ Devereux, Chrlie and Corina Rodriguez Pons. Business Week, 27 September 2010. "Venezuela’s Opposition Pushes Back Chavez in Vote".
  10. ^ "Venezuela's Chavez re-elected to extend socialist rule". Reuters. Dicapai pada 9 Oktober 2012. 
  11. ^ "President Chávez's address to the Nation". El Universal, 1 Julai 2011
  12. ^ Naranjo dan Cawthorne, Mario dan Andrew. "Venezuela's Chávez says "totally free" of cancer, again". Yahoo News. Diarkibkan daripada original pada 11 July 2012. Dicapai pada 9 Julai 2012. 
  13. ^ "Chávez to undergo new cancer surgery". CNN. Dicapai pada 9 Disember 2012. 
  14. ^ "CHÁVEZ SUFFERS RESPIRATORY INFECTION AFTER SURGERY". Associated Press. Dicapai pada 19 Disember 2012. 
  15. ^ "Hugo Chávez 'back in Venezuela' after Cuba cancer care". BBC. Dicapai pada 18 Februari 2013. 
  16. ^ "VENEZUELA SAYS CHÁVEZ RECEIVING CHEMOTHERAPY". Associated Press. Dicapai pada 2 Mac 2013. 
  17. ^ a b Venezuelan President Hugo Chávez dead, VP says. 5 Mac 2013, Associated Press
  18. ^ "Venezuelan President Hugo Chávez dead, VP says". Fox News. 2013-03-05. Dicapai pada 2013-03-05. 
  19. ^ Frank Bajak (2013-03-05). "Hugo Chávez, Fiery Venezuelan Leader, Dies at 58". ABC News. Dicapai pada 2013-03-05. 
  20. ^ Jonathan Watts (2013-03-05). "Hugo Chávez, president of Venezuela, dies in Caracas". the Guardian. Dicapai pada 2013-03-05. 
  21. ^ Chris Kraul. "Venezuelan strongman Hugo Chávez dead after struggle with cancer". latimes.com. Dicapai pada 2013-03-05. 
  22. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan AP tidak disediakan
  23. ^ Associated, The. "Chavez Family". Npr.org. Dicapai pada 7 March 2013. [pautan putus]
  24. ^ "Hugo Chávez, Venezuelan President, Dead at 58". ABC News. Dicapai pada 5 March 2013. 
  25. ^ "Venezuela Expels 2 US Diplomats; Vice President Claims Hugo Chávez was Poisoned | Fox News Latino". Latino.foxnews.com. 5 March 2013. Dicapai pada 5 March 2013. 
  26. ^ "Venezuelan VP: Chávez was Poisoned – Latest News Briefs". Israel National News. Dicapai pada 5 March 2013. 
  27. ^ Cawthorne, Andrew (5 March 2013). "Venezuela's Hugo Chávez dies from cancer". Reuters. Dicapai pada 5 March 2013. 
  28. ^ "US rejects Venezuela's conspiracy claims". AFP. 5 March 2013. Dicapai pada 5 March 2013. 
  29. ^ "FOREIGN MINISTER: VP MADURO IS INTERIM PRESIDENT". AP. Dicapai pada 6 Mac 2013. 

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

Rencana akademik[sunting | sunting sumber]

  • Ramírez, Cristóbal Valencia, C. b. V. (2005). "Venezuela's Bolivarian Revolution: Who Are the Chavistas?". Latin American Perspectives. Thousand Oaks, California: SAGE Publications. 32 (3) (3): 79–97. JSTOR 30040243. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]