Huguenot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Huguenots adalah gelaran yang diberi kepada sebilangan rakyat Perancis yang memeluk agama Protestan. Nama Huguenots berasal dari perkataan Jerman Eidgenosse yang bermaksud "para sahabat yang terikat dengan sumpah". Bangsa ini telah berkembang dengan pesatnya pada akhir 1550an tetapi akibat perang dan tekanan pihak Katolik mereka telah dibuang dari negara mereka sendiri. Pada akhir abad ke-18, mereka telah dipanggil Protestan Perancis atau Kalvinis.

Sejarah Protestan di Perancis[sunting | sunting sumber]

Sejarah Huguenots berkait rapat dengan perkembangan agama Protestan di benua Eropah. Apabila Martin Luther memperkenalkan ajaran Protestan di Jerman pada 1517, ia mendapat sambutan yang agak baik daripada rakyat Perancis. Malangnya, gereja Katolik telah bertindak pantas untuk membendung penularan ajaran tersebut. Pada 1523, buat pertama kalinya seorang Protestan telah dikenakan hukuman mati iaitu dibakar di atas salib kerana mengamal ajaran sesat.

Undang-undang ketat ini telah berjaya membendung ramai rakyat Perancis dari menukar ke agama Protestan secara besar-besaran. Oleh itu sehingga 1550an, hanya 10 peratus rakyatnya telah menganut agama Protestan. Namun demikian, ini tidak mematah semangat mereka. Pada 1559, suatu synod Huguenots yang mewakili 15 gereja Protestan telah berkumpul di Paris untuk menubuhkan sebuah organisasi kebangsaan. Hasilnya, ajaran Protestan telah berkembang dengan pesat sekali dan dalam masa 2 tahun terdapat 2000 gereja Protestan diseluruh Perancis. Walaupun begitu, kebangkitan Protestan telah mencetuskan kebimbangan pihak Katolik dan mengakibatkan beberapa Perang Keagamaan berlaku.