Hujan (kumpulan)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hujan
Berasal dariMiri, Sarawak, Malaysia
Genre
Tahun aktif2005—kini
Syarikat rakaman
AhliNoh Salleh

Hezry "AG" Hafidz
Azham "Ambobzeela" Ahmad

Izzat Huzaini
Bekas ahliNazeri "Dukegong" Nazirul

Azhar "Jaja" Imran

Hang Dimas

Hujan merupakan sebuah kugiran rock Malaysia yang berasal dari Miri, Sarawak. Diasaskan pada tahun 2005 oleh Noh Salleh, kugiran ini terdiri daripada vokalis dan gitaris Noh Salleh, gitaris Hezry "AG" Hafidz, pemain bes dan keyboard Hang Dimas dan pemain dram Azham Ahmad sebagai ahli asal.[3] Bekas ahli kumpulan termasuk Nazeri Nazirul dan Azhar Imran.[4][5][6] Kini, Hujan terdiri daripada Noh, AG, Azham dan Izzat Huzaini.

Peminat mereka dipanggil "Raingers", hasil penterjemahan nama kugiran ke dalam Bahasa Inggeris iaitu rain dengan tambahan akhiran -er' daripada Inggeris Pertengahan -er-ere, daripada Inggeris Lama -ere ‎(awalan ejen), daripada Proto-Jermanik *-ārijaz ‎(awalan ejen) dengan perubahan bunyi daripada sengauan gusi kepada sengauan velar.[7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

2005: Penubuhan[sunting | sunting sumber]

Kugiran Hujan bermula di laman media sosial Myspace, di mana kebanyakan ahli kumpulan berhubung melaluinya walaupun tidak mengenali sesama mereka pada awal perkenalan namun berkongsi minat yang sama. Noh Salleh memuat naik beberapa demo di Myspace dan mula diterima secara umum.

2006-2009: EP, pengaruh muzik dan jelajah Hujan ke UK[sunting | sunting sumber]

Hujan melabelkan genre yang dibawa oleh mereka sebagai rock indie, rock garaj dan rock alternatif. Mereka lebih cenderung mendendangkan lagu dalam bahasa Malaysia. Lagu yang boleh dikatakan telah menaikkan nama mereka ialah lagu "Pagi Yang Gelap". Populariti kumpulan ini semakin meningkat setelah single kedua, "Bila Aku Sudah Tiada" mula dimainkan di stesen-stesen radio tempatan, dan mengulangi kejayaan single pertama mereka. Antara artis yang dinyatakan sebagai pengaruh dan ilham kepada mereka ialah The Strokes dan Butterfingers.

Mereka pernah membuat persembahan di United Kingdom melalui Jelajah Hujan ke UK yang bukan sahaja untuk mempromosikan dua buah EP Hujan yang sudah diterbitkan iaitu 1,2,3,Go! dan Check Check Rock Rock malah mereka turut menjual baju T dan lencana istimewa Hujan. Di sana, mereka membuat persembahan di Oxford Bar (Manchester), Zanzibar (Liverpool), Sheffield dan Cardiff.

2009: Mencari Konklusi dan Mencari Konklusi Tour[sunting | sunting sumber]

Pada 2009, mereka melancarkan konsert jelajah Malaysia yang dinamakan "Mencari Konklusi Tour" seiring dengan album Mencari Konklusi yang telah diadakan di seluruh negara. Jelajah itu diakhiri dengan konsert finale di Kuala Lumpur yang mendapat sambutan hangat. Dan mereka juga sekali lagi menjelajah ke Eropah setelah diundang bagi bersama kumpulan rock legenda Malaysia, Search mengadakan konsert di Dublin dan London.

2010: Lonely Soldier Boy[sunting | sunting sumber]

Hujan telah mengeluarkan album ke-3 mereka Lonely Soldier Boy yang dilancarkan pada 25 November 2010. Album ini mendapat sambutan hangat di kalangan peminat muzik tempatan terutamanya peminat tegar mereka sendiri yang digelar Raingers.

2012-kini: Sang Enemy, Hujan X Love Me Butch Tour 2013 dan terkini[sunting | sunting sumber]

Hujan tampil dengan penuh kelainan berbanding sebelumnya dengan album Sang Enemy yang bergenre post-hardcore dan metalcore. Bergandingan dengan Love Me Butch, Hujan melangsungkan konsert jelajah mereka pada sekitar Mei-Jun 2013, yang digelar Hujan X Love Me Butch Tour 2013.

Album kelima Hujan, Jika Sempat dikeluarkan pada April 2016. Kebanyakan lagu di dalam album ini ialah koleksi lagu lama mereka yang tidak pernah dikeluarkan. "Jika Sempat" dan "Kamar Sepi" dikeluarkan sebagai single.[8][9]

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

Ahli terkini[sunting | sunting sumber]

  • Noh Salleh - Vokalis, Gitar Kedua, Penulis Lagu
  • Hezry Hafidz ~ "AG Coco" - Gitar Utama, Penggubah Lagu
  • Azham Ahmad ~ "Ambobzeela" - Dram
  • Izzat Uzaini - Bes Gitar

Bekas ahli[sunting | sunting sumber]

  • Azhar Imran ~ "Jaja" - Bes
  • Nazeri Nazirul ~ "Dugong" - Bes
  • Dimas Santoso - Papan Nada Bes

Diskografi[sunting | sunting sumber]

EP[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

OST[sunting | sunting sumber]

Kompilasi[sunting | sunting sumber]

  • CD Issue-9 Majalah JUNK: "Pagi Yang Gelap"
  • Support Our Local Act Volume 1: "Bila Aku Sudah Tiada"

Single[sunting | sunting sumber]

  1. Kuala Lumpur
  2. Gundah
  3. Pagi Yang Gelap
  4. Ah Moi Chantek
  5. Jiwa Kelajuan
  6. Empayarmu
  7. Aku Skandal
  8. Neon
  9. Ku Mahu Kau Tahu
  10. Lepaskan Aku
  11. DugaanNya
  12. Bila Aku Sudah Tiada (OST Misi Ady)
  13. Pijak Hatiku
  14. Mencari Konklusi
  15. Obsesi
  16. Kau Harus Ada
  17. Romantik
  18. Salam Aidilfitri Ayah Bonda - duet bersama kumpulan Raihan
  19. Inspektor Remos
  20. Muda
  21. Hampir
  22. Bahgia
  23. Kotak Hati
  24. Aku Yang Asing
  25. Dikala Bulan Bermain Biola
  26. Rumah Kita
  27. Mana Mungkin

Single Noh Salleh[sunting | sunting sumber]

Penyanyi utama Noh Salleh juga pernah ditampilkan dalam lagu beberapa artis popular sebagai projek luar. Sebelum bersama Hujan, Noh pernah menyertai kumpulan M.I.X pada tahun 2004 hingga 2006. Berikut ialah single Noh secara solo:-

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
2006 "Hantu" Non-Demo/Album Single
sebagai Noh Phrofile M.I.X
"Puteri Santubong"
"Akademi Cinta"
ditampilkan oleh Nas Adila
2010 "Pelita"
ditampilkan sebagai A.P.I
Hooperz
A.P.I juga disertai Azlan & The Typewriter, Monoloque,
Din Homatov Estranged, Imran OBS dan AJ Pop Shuvit
"Kurnia"
duet bersama Mizz Nina
What Are You Waiting For
"Selamat Pagi Sayang"
ditampilkan oleh DJ Fuzz
Mixtape Mixology 3
2011 "Kotarayaku"
ditampilkan oleh Altimet
Kotarayaku

Demo[sunting | sunting sumber]

  • "Ludah Amerika"
  • "Luka Mana"
  • "Papa Mama"
  • "Lonely Soldier Boy"
  • "Sedih"
  • "Neon"
  • "Selamat Hari Ibu"
  • "Ku Mahu Kau Tahu"
  • "Empayar Mu"
  • "Hampir"
  • "Kamek Sayang Kitak"
  • "Kau Pijak Hatiku"
  • "Kotak Hati"
  • "Kuala Lumpur"
  • "Miri"
  • "Di Kala Bulan Bermain Biola"
  • "Bagaikan Matahari"
  • "Mimpiku Hanya Mimpi"
  • "Muda"
  • "Rantai Rasa Cinta"
  • "Baju Melayu Di Pagi Raya"
  • "Na Na Na"
  • "Lepaskan Aku"
  • "Kelonsong Peluru"
  • "Kepak Ayam"

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan Tewas Kepada
2009 (AIM16) Artis Baru Terbaik Tercalon Meet Uncle Hussain
Album Rock Terbaik Hujan Menang
Lagu Rock Terbaik Dugaannya Tercalon Hujan - Bila Aku Sudah Tiada
Bila Aku Sudah Tiada Menang
Lagu Terbaik Tercalon Misha Omar - Nafas Cahaya
Album Terbaik Tercalon Dato' Siti Nurhaliza - Lentera Timur
2010 (AIM17) Album Rock Terbaik Mencari Konklusi Tercalon Faizal Tahir - Adrenalin
Lagu Rock Terbaik Mencari Konklusi Tercalon Bunkface - Situasi
2011 (AIM18) Kulit Album Terbaik Lonely Soldier Boy Tercalon Aizat - Urusan Aizat Amdan
Rakaman Album Terbaik Tercalon Reza Salleh - Realize
Video Muzik Terbaik Inspektor Remos Tercalon Aizat - Susun Silang Kata

Anugerah Planet Muzik[sunting | sunting sumber]

Anugerah Planet Muzik
Tahun Kategori Karya Tercalon Album Keputusan Tewas Kepada
2009 Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu untuk Duo/Kumpulan Baru Pagi Yang Gelap Hujan Tercalon Kotak - Beraksi
Duo / Kumpulan Terbaik Tercalon Yovie & Nuno - The Special One
Lagu Terbaik Pagi Yang Gelap Tercalon Nidji - Laskar Pelangi
Album Terbaik Tercalon Afgan - Confession No. 1
Artis Malaysia Paling Popular Tercalon Siti Nurhaliza
Artis Serantau Paling Popular Tercalon
2011 Artis Serantau Paling Popular Tercalon Siti Nurhaliza

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2009 (AJL24) Aku Skandal Hujan Noh Noh Terbuka Tercalon
2010 (AJL25) Mencari Konklusi Mencari Konklusi Noh Noh Terbuka Tercalon

Anugerah Bintang Popular Berita Harian[sunting | sunting sumber]

Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH)
Tahun Kategori Keputusan
2008 Penyanyi Berkumpulan / Duo Popular Tercalon
2009 Penyanyi Duo / Berkumpulan Popular Tercalon

Anugerah Shout![sunting | sunting sumber]

Anugerah Shout!
Tahun Kategori Keputusan
2009 Break Out Award Tercalon
Rockstar Award Tercalon
2010 Rockstar Award Tercalon

Versus TV9[sunting | sunting sumber]

Versus TV9
Tahun Kategori Minggu Peratusan Undi Keputusan
2012 Pertandingan 8 50.6% (Minggu Akhir) Menang

[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Elly. "Hujan akhiri kemarau muzik Malaysia". Murai. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-20. Dicapai pada 2013-06-18.
  2. ^ "Tiga band di KL Live 30 Jun!". Sinar Harian. Dicapai pada 2013-06-18.
  3. ^ Wahab, Esme Johari. "Istimewa selama lima jam". Harian Metro. Dicapai pada 2013-06-17.
  4. ^ "Gila Noh, santai Aizat". Kosmo!. Dicapai pada 2013-06-17.
  5. ^ Mahmud, Shalla Farihad. "Popular dalam diam". ABP. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-04-23. Dicapai pada 2013-06-17.
  6. ^ ATAK, FERIDE HIKMET. "Hujan Akui Tiada Persembahan Sejak Ramadan Lalu". Malaysian Star. Dicapai pada 2013-06-17.
  7. ^ YEOH, ANGELIN. "Hujan, Love Me Butch combine forces in upcoming tour" (dalam bahasa Inggeris). The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-17. Dicapai pada 2013-06-17.
  8. ^ Hujan Muncul Dengan ‘Jika Sempat’ Selepas Empat Tahun Berehat Perak Today (21 Mei 2016). Dicapai pada 21 Mei 2016.
  9. ^ Hujan’s new album ‘Jika Sempat’ reflects their journey from the beginning The Malay Mail (1 Jun 2016). Dicapai pada 1 Jun 2016.
  10. ^ Abd Aziz, Siti Azira. "Hujan tidak hirau digelar 'band syok sendiri'". mStar Online. Dicapai pada 2013-06-18.
  11. ^ Abd Aziz, Siti Azira. "Hujan tidak hirau digelar 'band syok sendiri'". mStar Online. Dicapai pada 2013-06-18.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]