Hujan daging Kentucky

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hujan daging Kentucky
Tarikh3 Mac 1876
Tempoh"Beberapa minit"
LokasiRankin, Kaunti Bath, Kentucky
JenisFenomena
PenyebabTidak membawa pada sebarang kesimpulan, namun penjelasan burung hering menyokongi

Hujan daging Kentucky merupakan kejadian yang berlaku selama beberapa minit pada 3 Mac 1876, kelihatan emping daging merah berukuran lebih kurang 2 kali 2 inci (5 cm × 5 cm); dengan sekurangnya satu 4 kali 4 inci (10 cm × 10 cm) jatuh dari langit di kawasan 100-kali-50-ela (91 kali 46 m) berdekatan petempatan Rankin di Kaunti Bath, Kentucky.[1] Wujud beberapa penjelasan cara ini berlaku dan apa "daging" itu, yang paling popular teori burung hering, di mana sekawan burung hering memuntahkan makanannya; dan kepingan tersebut jatuh ke tanah dari ketinggian yang berpatutan. Jenis daging sebenar tidak pernah dikenal pasti, walaupun berbagai-bagai laporan mencadangkan itu daging lembu, biri-biri, rusa, beruang, kuda, atau juga manusia.

Kejadian[sunting | sunting sumber]

Pada masa itu, Puan Crouch, seorang isteri petani, sedang membuat sabun di berandanya apabila beliau melaporkan meihat kepingan daging jatuh dari langit. Beliau berkata beliau 40 langkah daripada rumahnya apabila daging tersebut mula jatuh ke tanah. Daging tersebut kelihatan mengerikan, menurut Puan Crouch. Puan Crouch dan suaminya percaya kejadian ini petanda daripada Tuhan. Peristiwa sama kemudian dilaporkan di Eropah. Fenomena tersebut dilaporkan oleh Scientific American, New York Times,[2] dan beberapa penerbitan lain pada masa itu.[1][3]

Kebanyakan kepingan tersebut lebih kurang 2 kali 2 inci (5 cm × 5 cm); sekurang-kurangnya satu 4 kali 4 inci (10 cm × 10 cm).[4] Daging tersebut tampak daging lembu, tetapi menurut laporan pertama dalam Scientific American,[4] dua lelaki yang merasanya menilaiya daging biri-biri atau rusa.[5] B. F. Ellington, a local hunter, identified it as bear meat.[6][sumber tak boleh dipercayai?] Tulisan dalam Sanitarian, Leopold Brandeis mengenal pasti bahan tersebut sebagai Nostoc, sejenis sianobakteria.[1] Brandeis memberi sampel daging tersebut kepada Persatuan Saintifik Newark Scientific untuk analisis lanjut, membawa kepada sepucuk surat daripada Dr. Allan McLane Hamilton muncul dalam Medical Record dan menyatakan daging tersebut telah dikenali pasti sebagai tisu paru-paru daripada sama ada seekor kuda atau seorang bayi manusia, "struktur organ tersebut dalam dua kes ini hampir serupa".[5][7][sumber tak boleh dipercayai?] Kandungan sampel ini disokong oleh analisis lanjutan, dengan dua sampel daging tersebut dikenal pasti sebagai tisu paru-paru, tiga sebagai otot, dan dua sebagai rawan.[5]

Teori Nostoc Brandeis bergantung pada fakta bahawa Nostoc berkembang menjadi jirim seperti agar-agar yang jelas apabila hujan jatuh padanya, selalu memberi maksud bahawa ia jatuh dengan hujan.[4] Charles Fort catat dalam buku pertamanya, The Book of the Damned, bahawa tiada hujan pada masa itu.[1] Orang tempatan menyokong penjelasan bahawa daging tersebut dimuntah oleh burung buzzard, "yang, seperti kebiasaannya, melihat salah satu kawannya memuntahkan dirinya, serta merta mengikutinya".[5] Dr. L. D. Kastenbine mempersembahkan teori ini dalam Louisville Medical News semasa sebagai penjelasan terbaik jenis daging tersebut.[4][8] Burung hering muntah sebahagian daripada membuat keluar pantas dan juga sebagai kaedah pertahanan apabila terancam.[6] Fort menjelaskan rupa leper dan kering ketul-ketul daging akibat tekanan, dan dicatatkan bahawa sembilan hari kemudian, pada 12 Mac 1876, "korpuskel" merah dengan rupa "sayur" jatuh di London.[9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Fort, Charles (1919). The Book of the Damned. New York: Boni and Liveright. m/s. 45–46. OCLC 2062036.
  2. ^ "Flesh Descending In A Shower.; An Astounding Phenomenon In Kentucky--Fresh Meat Like Mutton Or Venison Falling From A Clear Sky" (PDF). The New York Times. March 10, 1876.
  3. ^ (21 March 1876). The Carnal Rain - Careful Investigation of the Kentucky Marvel by a Correspondent, New York Herald, p. 4, col. 1
  4. ^ a b c d Crew, Bec (December 1, 2014). "Blog: The Great Kentucky Meat Shower mystery unwound by projectile vulture vomit". Scientific American.
  5. ^ a b c d Wilkins, Alasdair (March 21, 2012). "When It Rains Animals: The Science of True Weather Weirdness". io9.
  6. ^ a b Mr. X (3 May 2015). "Debunked: The Kentucky Meat Storm of 1876". Journal of the Bizarre.
  7. ^ zatzbatz (May 9, 2003). "Kentucky Meat Shower". Everything2.com.
  8. ^ The Louisville Medical News: a weekly journal of medicine and surgery. v. 1-20. Louisville. 1876–1885.CS1 maint: date format (link)
  9. ^ Fort, pp. 288–89.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]