Hukum Sturgeon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hukum Sturgeon atau pendedahan Sutregeon (Sturgeon's law / revelation) merujuk kepada suatu fahaman bahawa "sembilan puluh sembilan peratus" benda yang wujud dalam suatu kelas atau kategori boleh daianggap bermutu rendah.

Perkara ini mula dicetuskan oleh Thomas Sturgeon (1918-1985), seorang penulis sains fiksyen Amerika Syarikat melalui satu penulisannya mengenai persepsi awam terhadap mutu karya daripada genre tersebut kerana contoh buruk yang diberikan kepadanya:

Jika mengikut standard sama yang mengkategorikan 90% karya-karya fiksyen sebagai sampah, bermutu rendah dan sebagainya; dapat dihujahkan juga bahawa 90% daripada karya filem, sastera, produk pengguna itu bermutu rendah. Dalam erti kata lainnya, dakwaan bahawa sebanyak 90% karya filem, sastera, produk pengguna dan sebagainya bermutu sampah tidaklah memberikan apa-apa manfaat kerana fiksyen sains mengikut peredaran mutu yang sama yang dirasai karya seni yang lain.[1]

Istilah ini dipopularkan semula oleh seorang filsuf Amerika Syarikat bernama Daniel Dennett pada tahun 2013 sebagai suatu kaedah pemikiran kritis.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Venture". No. 49. September 1957. Using the same standards that categorize 90% of science fiction as trash, crud, or crap, it can be argued that 90% of film, literature, consumer goods, etc. is crap. In other words, the claim (or fact) that 90% of science fiction is crap is ultimately uninformative, because science fiction conforms to the same trends of quality as all other artforms Cite magazine requires |magazine= (bantuan)
  2. ^ "Daniel Dennett Presents Seven Tools For Critical Thinking'". 21 Mei 2013. Dicapai pada 6 Februari 2016.