Hukum gerakan planet Kepler

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Hukum pergerakan planet Kepler)
Rajah 1: Illustrasi ketiga-tiga hukum Kepler menggunakan dua orbit planet.
  1. Orbit berbentuk elips, dengan titik fokal F1 dan F2 untuk planet pertama dan F1 dan F3 untuk planet kedua. Matahari berada pada titik fokal F1.
  2. Dua sektor berlorek A1 dan A2 mempunyai luas permukaan yang sama dan masa untuk merentasi segmen A1 sama dengan masa untuk merentasi segmen A2.
  3. Jumlah tempoh orbit bagi planet 1 and planet 2 mempunyai nisbah .

Dalam astronomi, hukum gerakan planet Kepler (Jawi: حكوم ڬرقن ڤلانيت كيڤلر) ialah tiga hukum matematik yang menerangkan pergerakan planet dalam sistem suria. Teori ini ditemui oleh seorang ahli matematik dan astronomi Jerman, Johannes Kepler (15711630).

Kepler mempelajari cerapan yang persis yang dilakukan oleh ahli astronomi Denmark, Tycho Brahe. Sekitar 1605, Kepler menemui bahawa cerapan Brahe bagi kedudukan planet turut mengikuti tiga hukum matematik mudah.

Hukum-hukum Kepler[sunting | sunting sumber]

  1. Orbit bagi setiap planet adalah elips dengan matahari berada di salah satu fokusnya. Elips dicirikan oleh dua titik fokusnya. Maka, Kepler menolak kepercayaan pengikut Aristotle, Ptolemy dan Copernicus yang menyatakan bahawa planet bergerak dalam gerakan membulat.
  2. Satu garis yang menyambungkan planet dengan matahari mencakupi luas yang sama ketika selang masa yang sama apabila planet bergerak dalam orbit. Ini bermakna, planet bergerak lebih pantas ketika menghampiri matahari manakala lebih perlahan ketika menjauhi matahari. Dengan hukumnya ini, Kepler memusnahkan teori astronomi Aristotle tentang pergerakan planet yang seragam.
  3. Kuasa dua bagi tempoh orbit planet berkadar terus dengan paksi semimajor kuasa tiga bagi orbit tersebut. Ini bukan sahaja bermakna orbit yang lebih besar mempunyai lebih lama tempohnya, tetapi juga kelajuan planet di orbit yang lebih besar adalah lebih lambat dari planet yang di orbit yang lebih kecil.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]