Hukum tarikan
Dalam bidang gerakan spiritual kontemporari, hukum tarikan (bahasa Inggeris: law of attraction ) merupakan suatu fahaman yang berpendapat bahawa gaya pemikiran yang positif akan memberi ("menarik") perkara positif kepada seseorang, dan sebaliknya.[1][2] Kepercayaan ini adalah berdasarkan pemikiran bahawa manusia serta pemikiran adalah diperbuat daripada suatu "tenaga tulen" dengan suatu tenaga dalaman mampu menarik tenaga serupa lalu memberi impak positif kepada diri, termasuk penambahbaikan kesihatan, kekayaan serta hubungan sosial peribadi. Walau bagaimanapun, pendapat ini tidak sahih secara saintifik, dan lazimnya dianggap sebagai suatu pseudosains (sains palsu).
Para pendukung hukum ini menggabungkan teknik penggambaran semula kognitif serta afirmasi serta penggambaran kreatif untuk menggantikan pemikiran "negatif" (bersifat mengehadkan atau merosakkan diri) dengan pemikiran "positif" (bersifat menguatkan motivasi diri). Suatu komponen utama falsafah ini ialah pendapat bahawa perubahan pemikiran negatif memerlukan seseorang untuk "merasai" (melalui penggambaran kreatif) bahawa perubahan-perubahan yang diingini telah berlaku. Gabungan pemikiran dan perasaan positif ini dikatakan akan membenarkan pengalaman dan peluang bersifat positif melalui penalaan dengan hukum tenaga ini.
Para pendukung biasanya merujuk kepada teori-teori saintifik untuk menegaskan sokongan mereka kepada teori ini,[3][4] tetapi tiada kesahihan saintifik yang berjaya dibutkikan berkenaan hukum ini.[5] Sebilangan para saintis telah mengutuk penyalahtafsiran konsep-konsep sains yang terbit daripada para pendukung.[6][7][8][9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Whittaker, S. Secret attraction Diarkibkan 4 Mac 2016 di Wayback Machine, The Montreal Gazette, 12 Mei 2007.
- ^ Redden, Guy, "Magic Happens: A New Age Metaphysical Mystery Tour", Journal of Australian Studies: 101
- ^ Taylor, Travis S. (2010). The Science Behind the Law of Attraction. ISBN 978-1-4391-3339-2.
- ^ Cheung, Valen. The LOA Skeptic: How to Think Scientifically About the Law of Attraction.
- ^ Radford, Benjamin (3 Februari 2009). "The Pseudoscience of 'The Secret'". Live Science. Dicapai pada 31 Mac 2017.
- ^ Shermer, Michael (1 June 2007). "The (Other) Secret". Scientific American. 296 (6): 39. Bibcode:2007SciAm.296f..39S. doi:10.1038/scientificamerican0607-39. PMID 17663221.
- ^ Stenger, Victor J. "Cosmic Mind" (PDF). University of Colorado. m/s. 8–19. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 September 2015.
- ^ Leon Lederman; Dick Teresi (1993). The God Particle: If the Universe is the Answer, What is the Question. Houghton Mifflin Company. m/s. 189–198. ISBN 9780395558492.
- ^ Hansson, Sven Ove (26 August 2021). Zalta, Edward N. (penyunting). The Stanford Encyclopedia of Philosophy. Metaphysics Research Lab, Stanford University – melalui Stanford Encyclopedia of Philosophy.