Humanae Vitae

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paus Paulus VI mengumumkan dengan rasmi Humane Vitae pada tarikh 25 Julai 1968

Humanae Vitae (Bahasa Latin untuk "Mengenai Kehidupan Manusia") adalah sebuah ensiklik yang ditulis oleh Paus Paulus VI dan diumumkan secara rasmi pada tarikh 25 Julai 1968. Surar ini dikarang bertemakan "Tentang Peraturan Kelahiran manusia", ensiklik ini menegaskan kembali ajaran tradisi Gereja Katolik Rom mengenai pengguguran, kontrasepsi dan masalah-masalah lainnya berkaitan dengan kehidupan manusia.

Mungkin sebahagian besar kerana diharamkan terhadap segala bentuk kontrasepsi buatan, ensiklik ini selalu menjadi hal yang kontroversi. Dokumen ini kadang-kadang digambarkan bagai sebuah nubuat oleh mereka yang percaya bahawa keempat ramalan mengenai kesan dari penggunaan perancang keluarga dalam masyarakat adalah benar. Paus Paulus VI tidak menerbitkan ensiklik-ensiklik tambahan di sisa sepuluh tahun masa kepausannya. Pada tahun 2008, Pope Benedict XVI menyebut topik ini "sangat kontroversi namun juga sangat penting bagi masa depan umat manusia". Humanae Vitae menjadi "sebuah lambang dari percanggahan namun juga sebuah lambang dari terus berlangsungnya doktrin dan tradisi Gereja ... apa yang benar kemarin jugalah benar hari ini". [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Benedict XVI, international congress organized by the Pontifical Lateran University on the 40th anniversary of the encyclical Humanae Vitae , May 12, 2008

Pautan luar[sunting | sunting sumber]