Humberto Maschio

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Humberto Maschio
Maschio argentina.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhHumberto Dionisio Maschio
Tarikh lahir (1933-02-20) 20 Februari 1933 (umur 85)
Tempat lahirAvellaneda, Argentina
Ketinggian177 cm
Posisi permainanPenyerang
Kerjaya remaja
Arsenal de Llavallol
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
1953Quilmes
1954–1957Racing Club92(28)
1957–1959Bologna43(13)
1960–1962Atalanta80(22)
1962–1963Internazionale15(4)
1963–1966Fiorentina52(12)
1966–1968Racing Club47(16)
Pasukan kebangsaan
1956–1957Argentina12(12)
1962Itali2(0)
Pasukan diurus
1969Argentina
1972Costa Rica
1985Blooming
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga June 2007.
† Kemunculan (Gol).

Humberto Dionisio Maschio (sebutan bahasa Itali: [ˈmaskjo]; lahir 20 Februari 1933) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Argentina-Itali. Beliau beraksi di posisi penyerang.

Ketika lewat 1950an dan 1960an, Antonio Angelillo, Omar Sívori dan Maschio digelar The Angels with Dirty Faces saat mereka berpindah bersama-sama dari Argentina untuk beraksi di Itali. Gelaran tersebut merupakan sebuah rujukan ironis bagi filem Angels with Dirty Faces. Mereka bertiga juga dikenali sebagai The Trio of Death kerana kemampuan klinikal mereka masing-masing untuk menghasilkan gol.

Di peringkat antarabangsa, beliau mewakili pasukan kebangsaan Argentina dan meraih kejuaraan Copa América 1957. Setelah beliau berpindah ke Itali, beliau mewakili Itali dalam kejohanan Piala Dunia 1962.

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Maschio mula beraksi di kelab Arsenal de Llavallol. Kemudian, beliau berpindah ke Quilmes Atlético Club sebelum beliau membuktikan dirinya seorang penyerang berprolifik. Beliau seterusnya sertai Racing Club pada tahun 1954 sebelum berpindah ke Itali pada tahun 1957. Beliau dikaitkan perpindahan ke Juventus pada tahun 1956 tetapi Juventus membatalkan minatnya apabila Maschio tidak beraksi dengan baik ketika perlawanan antarabangsa antara Argentina dan Itali di Buenos Aires pada tahun yang sama. Namun sebaliknya, beliau berpindah ke Bologna pada tahun 1957. Walaupun beliau bergandingan bersama Bernard Vukas di Bologna, beliau gagal beraksi dengan cemerlang seperti yang dipamerkannya dulu ketika di Racing.

Dari Bologna, Maschio melakukan perpindahan ke Atalanta ketika musim 1959–60. Bersama kelab yang berpusat di Bergamo tersebut, Maschio meraih semula prestasi cemerlangnya apabila beliau beraksi di posisi yang lebih "mendalam" sekali gus membolehkan beliau untuk menggunakan kreativitinya. Persembahan memukaunya saat di Atalanta menarik minat Inter Milan untuk membawa masuk Maschio pada tahun 1962. Walau bagaimanapun, Maschio gagal untuk serasi dengan pengurus Helenio Herrera yang meletakkan beliau di posisi penyerang tengah. Saat di Inter, beliau tidak banyak diberi peluang beraksi. Beliau kemudian berpindah ke Fiorentina.

Hasil prestasi baik dipersembahkan Maschio di peringkat kelab, beliau terpilih ke dalam skuad pasukan kebangsaan Itali di kejohanan Piala Dunia 1962. Beliau kembali ke kelab lamanya, Racing pada tahun 1966 dan merangkul kejuaraan Copa Libertadores dan Piala Antara Benua pada tahun 1967. Beliau menamatkan kariernya ketika bersama Racing dengan menjaringkan 44 gol dalam 139 kemunculannya.

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Machio bersama Omar Sívori ketika mewakili pasukan Itali pada tahun 1962.

Argentina[sunting | sunting sumber]

Maschio menjaringkan 12 gol dalam 12 perlawanan antarabangsa untuk Argentina ketika tahun 1956 dan 1957. Beliau membantu Argentina menjuarai Copa América 1957 dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan menghasilkan sembilan gol.

Itali[sunting | sunting sumber]

Selepas Maschio berpindah ke Itali bersama teman senegaranya iaitu Sívori dan Angelillo, trio ini dilarang beraksi untuk pasukan Argentina oleh Persekutuan Bola Sepak Argentina sekali gus mereka terlepas kejohanan Piala Dunia 1958.[1] Mujurlah beliau merupakan berasal daripada keturunan Itali (keturunannya berasal dari Godiasco yang terletak di Wilayah Pavia),[2] Maschio kemudian beraksi untuk pasukan Itali pada tahun 1962. Beliau melakukan dua kemunculan tanpa menghasilkan sebarang gol sepanjang menyarung jersi pasukan Azzurri. Ketika kejohanan Piala Dunia 1962 yang berlangsung di Chile, Maschio menjadi kapten pasukan Itali dalam insiden Pertempuran Santiago. Pasukan Itali dianggap sebagai protagonis menentang tuan rumah, Chile. Dalam insiden itu, pemain tuan rumah iaitu Leonel Sánchez bertindak kasar sehinggakan mematahkan hidung Maschio. Keputusannya Itali tewas 2-0 sekali gus tersingkir dalam pusingan pertama.[3]

Kerjaya pengurus[sunting | sunting sumber]

Maschio mengendali pasukan kebangsaan Argentina pada awal tahun 1969 dan pasukan kebangsaan Costa Rica pada tahun 1972. Beliau turut mengendali kelab Bolivia dalam tempoh yang singkat iaitu Blooming dalam kejohanan Copa Libertadores 1985.

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Karier di Itali[sunting | sunting sumber]

Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Bologna 1957–58 28 8 4 1 32 9
1958–59 15 5 1 0 27 5
Jumlah 43 13 5 1 48 14
Itali Atalanta 1959–60 29 7 1 2 1a 1 31 10
1960–61 24 4 1 1 1a 0 26 5
1961–62 27 11 27 11
Jumlah 80 22 2 3 2 1 84 26
Itali Internazionale 1962-63 15 4 2 2 17 6
Itali Fiorentina 1963–64 20 3 4 0 24 3
1964–65 30 8 1b 0 31 8
1965–66 2 1 2 2 1b 0 5 3
Jumlah 52 12 6 2 2 0 60 14
Jumlah kerjaya 190 15 15 8 2 0 2 1 209 60

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
1956 6 3
1957 6 9
Jumlah 12 12
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
1962 2 0
Jumlah 2 0

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Internazionale
Fiorentina
Racing Club

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Argentina

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ name="telegraph-sivori-obituary">"Omar Sivori". The Telegraph. 19 February 2005. Dicapai 2 October 2017. 
  2. ^ Gianni Brera, Storia critica del calcio italiano, Dalai Editore 1998, p. 279
  3. ^ Murray, Scott (6 November 2003). "The Knowledge (November 6, 2003)". Guardian Online (UK). London. Dicapai 26 June 2006. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Argentina Kejohanan Bola Sepak Amerika 1957