Hunminjeongeum

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Hunminjeongeum
Nama Korea
Hangul (ejaan moden) / 훈〮민져ᇰ〮ᅙᅳᆷ (ejaan kuno)
Hanja
Perumian Semakan Hunminjeong(-)eum
McCune–Reischauer Hunminjŏngŭm

Hunminjeongeum (Bunyi yang Betul bagi Pengajaran Rakyat) ialah satu dokumen yang menggambarkan satu tulisan baru dan asli bagi bahasa Korea. Tulisan pada asalnya dinamakan penerbitan itu, tetapi kemudiannya dikenali sebagai hangul. Ia dicipta supaya rakyat biasa yang buta huruf dalam hanja mampu membaca dan menulis bahasa Korea dengan tepat dan mudah. Ia diumumkan di dalam Jilid 102 Babad Raja Sejong, dan tarikh penerbitan rasminya yang dikatakan pada 9 Oktober 1446, adalah kini Hari Hangul di Korea Selatan. Babad itu meletakkan penciptaannya pada tahun ke-25 pemerintahan Raja Sejong yang bersamaan dengan 1443-1444.[1]

Isi kandungan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan itu ditulis dalam bahasa Cina klasik dan mengandungi satu mukadimah, huruf-huruf abjad (jamo), dan gambaran ringkas tentang bunyi berbetulannya. Ia kemudiannya ditambah oleh satu dokumen yang lebih panjang yang berjudul Hunminjeongeum Haerye yang dinamai sebagai khazanah negara No. 70. Untuk membezakannya daripada tambahannya, Hunminjeongeum kadang kala dipanggil "Edisi Contoh dan Makna Hunminjeongeum" (훈민정음예의본; 訓民正音例義本).

Bahasa Cina klasik (ditulis dalam hanja) dalam Hunminjeongeum sebahagiannya diterjemahkan ke bahasa Korea Pertengahan. Terjemahan ini dijumpai bersama-sama dengan Worinseokbo, dan dipanggil Hunminjeongeum Eonhaebon.

Perenggan pertama dokumen itu mendedahkan dorongan Raja Sejong untuk menciptakan hangul:

國之語音
異乎中國
與文字不相流通
故愚民 有所欲言
而終不得伸其情者多矣
予爲此憫然
新制二十八字
欲使人人易習便於日用"耳"(矣)
  • Campuran hanja (tulisan Cina) dan hangul (Eonhaebon):[2]
Hunmin Jeongeum mixed.svg
  • Dialih bahasa ke dalam bahasa Korea bertulis (Eonhaebon):[2]
Hunmin Jeongeum.svg
  • Terjemahan (Metafrasa):
Disebabkan pertuturan negara ini berbeza dengan pertuturan China, ia tidak sepadan dengan huruf-huruf [Cina]. Disebabkan itu, jika sekalipun rakyat yang jahil mahu menyampaikan keluhan, ramai antara mereka akhirnya tidak dapat menyatakan keluhan mereka. Beta berdukacita dengan hal ini, jadi beta buat 28 huruf baru. Itulah harapan beta bahawa semua rakyat itu dapat belajar huruf-huruf ini dan bahawa huruf-huruf itu mudah digunakan bagi kegunaan sehari-hari.
  • Terjemahan (Parafrasa):
Bahasa orang [kita] berbeza dengan bahasa bangsa Cina dan oleh sebab itu bahasa kita tidak dapat diungkapkan dengan bahasa bertulis orang Cina. Atas sebab inilah, rintihan rakyat yang buta huruf tidak dapat difahami dengan sewajarnya oleh ramai [pegawai atasan]. Beta [merasakan kesedihan para petani dan kesusahan yang dihadapi hamba kerajaan dan] berdukacita dengan keadaan ini.

Jadi, 28 aksara pun dicipta dengan cara baru. [Kehendak beta adalah] supaya setiap orang [Korea] dapat membiasakan diri [dengan bahasa Korea bertulis yang baru dicipta] dan menggunakannya sehari-hari mengikut gerak hati.

Versi[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua versi manuskrip asal Hunminjeongeum:

  • Tujuh mukasurat yang ditulis dalam bahasa Cina klasik, kecuali tempat huruf-huruf hangul disebutkan, sebagaimana yang dilihat di dalam gambar di atas rencana ini. Terdapat tiga salinan yang masih tinggal:
    • Satu yang didapati pada permulaan salinan Haerye
    • Satu yang dimasukkan ke dalam Sejongsillok (세종실록; 世宗實錄; "Babad Sejong"), Jilid 113.
  • Eonhaebon, 36 mukasurat,dianotasi secara meluas dalam hangul, dengan semua hanja ditranskripsi dengan hangul kecil di kanan bawah. Hangul ditulis dengan gaya berus dakwat dan juga geometri. Terdapat empat salinan yang masih tinggal:
    • Pada permulaan Worinseokbo (월인석보; 月印釋譜), kitab suci agama Buddha yang dianotasi
    • Satu yang disimpan oleh Park Seungbin
    • Satu yang disimpan oleh Kanazawa, seorang Jepun
    • Satu yang disimpan oleh Kementerian Hal-ehwal Diraja Jepun

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lee, Iksop; Ramsey, S. Robert (2000). The Korean language. Albany, NY: State Univ. of New York Press. m/s. 31–32. ISBN 0791448312. 
  2. ^ a b KTUG.or.kr. "Hunminjeongeum Eonhaebon". Dicapai July 14, 2006.  Linked from KTUG's Hanyang PUA Table Project. Based on data from The 21st Century Sejong Project

Pautan luar[sunting | sunting sumber]