Hunminjeongeum Haerye

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hunminjeongeum Haerye
Hunminjeongeum Haerye menggunakan tulisan menegak dari kanan ke kiri. Di sini ia menjelaskan bentuk-bentuk konsonan asas.
Nama Korea
Hangul 훈민정음 해례
Hanja 訓民正音解例
Perumian Semakan Hunminjeong(-)eum Haerye
McCune–Reischauer Hunminjŏngŭm Haerye

Hunminjeongeum Haerye (secara harfiah bermaksud "Penjelasan dan Misal Bunyi yang Betul bagi Pendidikan Rakyat"), juga dipanggil Hunminjeongeum Edisi Haerye atau ringkasnya Haerye, ialah satu ulasan terhadap Hunminjeongeum, pengisytiharan asal hangul.

Ia ditulis oleh cendekiawan-cendiakawan Jiphyeonjeon, yang diarahkan oleh Raja Sejong. Di samping mukadimah oleh Raja Sejong (dipetik daripada permulaan Hunminjeongeum) dan satu kolofon oleh Jeong Inji (鄭麟趾), ia mengandungi bab-bab berikut:

  1. "Penjelasan tentang Rekabentuk Huruf" (制字解)
  2. "Penjelasan tentang Sukukata Permulaan" (初聲解)
  3. "Penjelasan tentang Sukukata Pertengahan" (中聲解)
  4. "Penjelasan tentang Sukukata Pengakhiran" (終聲解)
  5. "Penjelasan tentang Gabungan Huruf" (合字解)
  6. "Contoh Penggunaan Huruf" (用字例)

Lihat rekabentuk huruf Hangul bagi satu petikan penerangan rekabentuk huruf dari bab 2 hingga 4.

Penerbitan asal terdiri daripada 65 mukasurat bertulisan hanja menurut aksara regular, kecuali tempat hangul disebutkan dan dilukis. Hanya satu salinan asal yang wujud, yang dipamerkan kepada khalayak ramai pada tahun 1940 oleh Jeon Hyeongpil, seorang pengumpul barangan antik yang memperolehinya daripada Lee Hangeol (1880–1950), yang keluarganya memilikinya selama beberapa keturunan.

Kini disimpan di Muzium Seni Kansong (간송 미술관; 澗松美術館), ia adalah Khazanah negara no. 70 Korea Selatan dan berada dalam Memory of the World Register UNESCO sejak Oktober 1997.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Writingsystem-stub