Husky Siberia
![]() Seekor husky Siberia jantan hitam dan putih | |||||||||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Chukcha, Chuksha | ||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Nama ringkas | Husky, Icee, Sibe | ||||||||||||||||||||||||||||||||
Negara asal | Siberia, Rusia | ||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Husky Siberia ([сибирский хаски, sibirskij xaski] Error: {{Lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan), bahasa Inggeris: Siberian husky ) ialah satu baka anjing pekerja bersaiz sederhana hingga besar dan berbulu padat yang berasal dari Siberia timur laut.[2] Baka ini tergolong dalam keluarga genetik spits.[3] Baka ini boleh dikecam mengikut bulu dua lapis tebal, telinga segi tiga tegak, dan tanda yang tersendiri.
Husky ialah baka sangat giat, bertenaga, dan bingkas yang leluhurnya datang dari persekitaran sangat sejuk dan teruk Artik Siberia. Husky Siberia dibiakbakan oleh orang Chukchi di Asia Timur Laut untuk menarik muatan berat di sepanjang jarak panjang melalui keadaan sukar. Anjing ini diimport ke Alaska semasa Kerubut Emas Nome dan kemudian tersebar ke Amerika Syarikat dan ke Kanada. Ia pada awalnya dihantar ke Alaska dan ke Kanada sebagai anjing tarikan tetapi cepat memperoleh status haiwan peliharaan keluarga dan anjing pertunjukan.
Husky Siberia terkenal[sunting | sunting sumber]
Husky Siberia memperoleh kepopularan dengan kisah "Great Race of Mercy", pengangkutan serum ke Nome 1925, yang menjadikan anjing-anjing Balto dan Togo terkenal. Sungguhpun Balto lebih terkenal daripada kedua-duanya, dan merupakan anjing yang menghantar serum ke Nome selepas larian 53 batu akhir, Togo merupakan yang melakukan larian terpanjang daripada larian berganti-ganti tersebut, memandu pemandunya Leonhard Seppala dalam perjalanan 91 batu yang termasuk menyeberangi Norton Sound yang berbahaya ke Golovin.[4]
Sebuah patung gangsa Balto yang telah dipamerkan di Central Park Bandar Raya New York sejak 1925 merupakan salah satu ciri popular dengan buat masa panjang.[5]
Beberapa ekor husky Siberia baka tulen menggambarkan Diefenbaker, si teman "separuh serigala" kepada Konstabel RCMP Benton Fraser, dalam siri TV CBS/Alliance Atlantis Due South.[6]
Pada 1960, Tentera Darat Amerika Syarikat mengambil alih sebuah projek untuk membina kemudahan di bawah ais untuk pertahanan dan penyelidikan angkasa, Camp Century, sebahagian daripada Projek Iceworm melibatkan 150+ orang kakitangan yang juga membawa bersama mereka maskot tidak rasmi, seekor husky Siberia bernama Mukluk.[7]
Husky Siberia merupakan maskot bagi pasukan atletik bagi beberapa buah sekolah dan kolej, termasuk: Universiti Illinois Utara (Northern Illinois Huskies),[8] Universiti Connecticut (Connecticut Huskies, Jonathan), Universiti Teknologi Michigan (Michigan Tech Huskies, Blizzard) dan Universiti Washington (Washington Huskies, Harry).
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; teks bagi rujukanGerst
tidak disediakan - ^ "Get to Know the Siberian Husky", 'The American Kennel Club', Dicapai pada 29 Mei 2014
- ^ Elaine A. Ostrander; Anatoly Ruvinsky (2012). The Genetics of the Dog. CABI. m/s. 51. ISBN 978-1-84593-940-3.
- ^ https://petbreeds.org/husky-dog-breed/
- ^ "Central Park – Balto". Jabatan Taman dan Rekreasi Bandar Raya New York. Dicapai pada 18 November 2014.
- ^ Ken Beck (1 April 2002). The Encyclopedia of TV Pets: A Complete History of Television's Greatest Animal Stars. Thomas Nelson Inc. m/s. 44–46. ISBN 978-1-4185-5737-9.
- ^ "Proceedings - Did You Know - Camp Century". U.S. Coast Guard. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-07. Dicapai pada 2 April 2014.
- ^ "About Mission". Persatuan Alumni Universiti Illinois Utara. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-05-02. Dicapai pada 1 Mei 2014.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Husky Siberia |
- Piawaian baka husky Siberia di tapak sesawang American Kennel Club rasmi (Inggeris)
- Husky Siberia di Curlie (Inggeris)
- Kelab Husky Siberia Amerika Syarikat (Inggeris)
- SiberianHusky.org (Inggeris)