Husna Mustaffa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Husna Mustaffa
Kelahiran
Sharifah Husna binti Syed Mustaffa

(1987-06-25) 25 Jun 1987 (umur 33)
PekerjaanPelakon, model, usahawan
Tahun aktif2015–kini
Anak2

Sharifah Husna Syed Mustaffa (lahir 25 Jun 1987) merupakan seorang pelakon, model dan usahawan Malaysia. Beliau memulakan kerjaya awal dalam peragaan Muslimah dan terkenal dengan drama lakonannya seperti Cinta Tiada Ganti (2018) dan Dua Takdir Cinta (2020).[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Sewaktu bertugas sebagai juruteknologi makmal perubatan, Husna Mustaffa memulakan kerjaya peragaan dengan menghadiri sesi fotografi iklan tudung Jelita Sara yang disiarkan di Astro. Biarpun sesi penggambaran mengambil masa yang lama, pengalaman berlakon dalam iklan tersebut sangat berharga buatnya. Husna kemudian terpilih sebagai model untuk butik pakaian dan tudung secara dalam talian.[2]

Kerjaya lakonannya bermula apabila penerbit dan pemilik Global Station, Zaitun Mohd Jiwa menawarkan peluang berlakon tanpa menghadiri uji bakat, namun terus diberikan skrip. Drama pertamanya bersama Global Station ialah Isteri Tuan Ihsan (2016). Bermula dari situlah beliau mula berjinak-jinak dalam bidang lakonan.[3] Di bawah bimbingan pelakon senior Zul Huzaimy, Husna mengikuti kelas lakonan untuk untuk mempelajari asas seni lakonan. Beliau kemudian membintangi beberapa siri drama TV termasuk Cinta Tiada Ganti, Kan Kukejar Cinta Kamu, Kerana Dia Manusia Biasa dan Dua Takdir Cinta.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Husna dilahirkan di Johor Bahru dan merupakan anak kedua daripada empat beradik. Beliau telah berkahwin dan dikurniakan dua anak.[2] Husna memilih untuk tidak dedahkan identiti suaminya.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Isteri Tuan Ihsan Astro Ria
2018 Cinta Tiada Ganti Azura Astro Prima
Kan Kukejar Cinta Kamu Nia Astro Ria
2019 Kerana Dia Manusia Biasa Nur Aisyah TV3
Hati Yang Tersakiti Nina
Aku Yang Kau Tinggalkan Hajar TV1
2020 Dua Takdir Cinta Lisa Astro Prima

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Zurina (10 Jun 2019). "Dulu model Muslimah, kini bergelar pelakon, populariti Husna Mustaffa setanding selebriti berhijab lain". Hijabista. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  2. ^ a b Nurul Ain Mohd Hussain (20 April 2015). "Bijak bahagi masa resipi kejayaan Husna". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2016. Dicapai pada 29 Januari 2020.
  3. ^ Ridzuan Abdul Rahman (27 Januari 2021). "Uji bakat terus dapat skrip". Harian Metro. Dicapai pada 29 Januari 2021.
  4. ^ Zaidi Mohamad (27 Januari 2021). "Status kahwin tak halang popular". Berita Harian. Dicapai pada 29 Januari 2021.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]