Hutan Lipur Bukit Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hutan Lipur Bukit Bakar merupakan tempat beriadah yang terletak di Machang, Kelantan. Hutan Lipur Bukit Bakar ini telah dibuka pada tahun 1975 dengan keluasan 3.14 hektar.[1] Ia terletak di dalam kompatmen 6 hutan simpan Ulu Sat. Hutan Simpan Kekal Ulu Sat turut terletaknya Muzium Perhutanan Negeri Kelantan.

Hutan Lipur ini menjadi tumpuan pelancong tempatan dan luar bersama keluarga mereka sebagai tempat beristirahat. Hutan Lipur Bukit Bakar dilengkapi dengan beberapa kemudahan seperti taman kanak-kanak, pondok rehat, kolam mandi, jambatan gantung, tandas awam disamping sungai yang mengalir, kehijauan hutan hujan tropika serta flora dan fauna. Tiada bayaran dikenakan bagi memasuki Hutan Lipur Bukit Bakar. Masa melawat ialah jam 7.00 pagi hingga 7.00 petang.

Bagi pengunjung yang ingin berkhemah, mereka perlu mendapat kebenaran dari Penguasa Hutan Lipur ini iaitu Pengarah Perhutanan Negeri Kelantan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Hutan Lipur Bukit Bakar". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-10-06. Dicapai pada 2014-10-06.