Hutan Lipur Bukit Kubu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hutan Lipur Bukit Kubu

Hutan Lipur Bukit Kubu terletak di Kuala Perlis, Perlis. Hutan Lipur ini merupakan tempat beriadah yang selalu dikunjungi oleh penduduk di kawasan Kuala Perlis.[1], [2]

Hutan Lipur Bukit Kubu dengan keluasan 183.70 hektar persegi, mula dibangunkan oleh kerajaan Negeri Perlis pada tahun 1992. Bermula dari Bukit Papan sehingga bukit Kubu dengan keluasan 183.70 hektar persegi, ia telah diwartakan sebagai hutan simpanan. Hutan Lipur Bukit Kubu memiliki keluasan 12 hektar dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan dan insfrastrutur untuk pengujung-pengunjung.

Hutan Lipur Bukit Kubu agak unik kerana ia memiliki ketinggian yang mencapai 150 hingga 200 meter dari aras laut, dan dilengkapi dengan tempat untuk melihat permandangan sekeliling yang disediakan. Disamping itu, terdapat gua semulajadi seperti Gua Ikan dan Gua Harimau yang mana di pintu masuk setiap gua tersebut tedapat beberapa kolam semulajadi yang sangat besar.

Dari puncak ketinggian Hutan Lipur Bukit Kubu, para pengujung dapat melihat seluruh Pekan Kuala Perlis sehingga kelaut dan Pulau Langkawi. Selain itu, sepanjang pendakian, pengujung juga dapat melihat pelbagai flora dan founa terdapat disekeliling ekosistem alam. Di tengah-tengah Hutan Lipur Bukit Kubu terdapt sebuah tasik yang dinamakan sebagai Tasek Putri Kayang yang bekeluasan 2 hektar. Hutan Lipur Bukit kubu sangat sesuai bagi pungunjung yang suka akan aktiviti riadah seperti bersenam, berjogging, meneroka gua-gua semulajadi dan juga medaki gunung.

Hutan Lipur Bukit kubu terletak didalam kawasan Kuala Perlis dan jaraknya hanya 1 kilometer dari Pekan Kuala Perlis. Bagi pelancong yang hendak berkunjumg ke Pulau Langkawi, bolehlah singgah sebentar di Hutan Lipur Bukit kubu bagi menikmati keindahan alam kerana jaraknya Cuma 3 kilometer dari Terminal Feri Kuala Perlis-Langkawi. Untuk sampai ke Hutan lipur Bukt Kubu, Pengujung boleh juga mengunakan kenderaan awam yang disediakan.

Kemudahan dan Aktiviti[sunting | sunting sumber]

  • Trek untuk berjoging yang berbentuk 0.
  • Tempat untuk bersenam yang dijalankan pada hari Ahad.
  • Mendaki bukit
  • Gua
  • Terusan
  • Pemandangan sawah padi.
  • Wakaf
  • Pemandangan hutan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]