Hutan Lipur Lata Mengkuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hutan Lipur Lata Mengkuang terletak dalam Hutan Simpan Rimba Teloi kawasan 72. Ia terletak sekitar 11 km daripada Pekan Sik atau 95 km dari Alor Setar.

Hutan Lipur Lata Mengkuang terdiri daripada hutan dipterokarpa pamah yang terletak sekitar 200 meter dari paras laut. Di sini terdapat pelbagai flora dan fauna seperti meranti melantai, meranti langgung, meranti tembaga serta palma. Terdapat sebatang sungai yang bernama Sungai Chepir yang mengalir di hutan lipur ini yang mempunyai aliran air yang jernih serta pemandangan batu-batan yang menarik sesuai untuk tempat perkelahan dan mandi-manda.

Terdapat denai hutan dari jalan balak lama sepanjang 5 km yang menghubungkan hutan ini dengan Hutan Lipur Lata Lembu. Kemudahan asas disediakan seperti untuk mandi, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini pengunjung boleh menjalankan aktiviti bersiar-siar, mendaki gunung dan melihat hidupan liar yang terdapat di kawasan hutan lipur ini.