Hutan Lipur Templer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Hutan Lipur Templer

Hutan Lipur Templer atau hutan simpan lipur Templer atau Hutan Rimba Templer terletak di utara Kuala Lumpur di jalan lama Kuala Lumpur-Rawang, sekitminit memandu dari pusat bandar. Taman ini merupakan hutan yang kaya dengan flora dan fauna, dan merupakan antara kawasan perkelahan popular di kalangan warga kota dan pelancong dan terletak tidak berjauhan dengan Hutan lipur Kancing.

Hutan lipur Templer dinamakan sempena Sir Gerald Templer, pentadbir British, kaya dengan keindahan alam, terletak sekitar 21 kilometer di utara Kuala Lumpur. Hutan simpan seluas 1,214 hektar membentuk kawasan hijau bagi penduduk bandar, ia menarik para pencinta alam, jurugambar, dan beriadah.

Dengan persekitaran yang menghijau serta aliran sungai yang sejuk dari gunung menyegarkan kawasan itu bersama air terjun bertingkatnya, hutan lipur Templer dianggap sebagai pelarian kepada mereka yang mahukan suasana damai terutama pada hujung minggu. Lumut lembut menghampari lantai hutan dengan pokok pakis dan dikelilingi pokok matang yang membentuk lelangit hijau. Terdapat banyak haiwan liar seperti monyet, burung dan pelbagai spesies serangga boleh dijumpai. Hutan ini masih tebal dan orang mampu tersesat sekiranya tidak berhati-hati ketika merentasinya. [1]

Setiap hujung minggu, beratus-ratus pengunjung datang ke taman ini untuk menikmati suasananya yang redup dan kehijauan. Para pengunjung boleh merasailah kesegaran hutan ini dengan menyusuri jalan-jalan kecil di dalam hutan yang pasti menyeronokkan. Selain itu, mereka boleh menikmati bersama kejernihan air terjun dan mandi-manda bersama keluarga dan rakan-rakan. Pondok berkelah dan bilik salin pakaian turut disediakan. Laluan dan jambatan disediakan di mana perlu bagi menjamin keselamatan. Terdapat kedai makan, gerai makan dan tempak letak kereta yang mencukupi. Bagi mereka yang ingi tinggal bermalam, calet dan kemudahan berkhemah juga disediakan.

Kedamaian hutan dan persekitaran terasing menjadikannya tempat yang ideal bagi perkhemahan. Pada waktu malam, bunyi aliran air dengan bunyi katak sahut menyahut sementara dahan dan ranting tergantung menjati tempat haiwan berteggek.

Sungguhpun mudah dicapai, ia mempunyai kelemahan kerana terlalu hampir dengan bandar dan tempat kediaman. Pembangunan dan pembinaan bangunan dan jalan berhampiran dengan hutan lipur Templer menjadikan kebanyakan haiwan berpindah dan contohnya burung juga semakin sukar untuk dilihat.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]