Hutan Paya Laut Matang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hutan Paya Laut Matang merupakan sebuah hutan simpan bakau yang terletak di Perak.

Hutan Paya Laut Matang memiliki keluasan 101,877 hektar, dan mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut.

Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]