Hutan Simpan Tekai Tembeling
| Hutan Simpanan Kekal (HSK) Tekai Tembeling | |
|---|---|
| Koordinat | 4°14′40″U 102°32′22″T / 4.244361°U 102.539472°T |
| Luas | 90,504.89 he (223,642.5 ekar) |
| Ditubuhkan | 7 Januari 1927 |
| Badan pentadbir | Jabatan Perhutanan Negeri Pahang |
| sunting | |
Hutan Simpan Kekal Tekai Tembeling, ataupun dikenali secara rasmi Hutan Simpanan Kekal (HSK) Tekai Tembeling (Bahasa Inggeris: Tekai Tembeling Permanent Forest Reserve) ialah kawasan hutan simpan yang terletak di daerah Jerantut, Pahang. Hutan simpan ini terletak berdekatan dengan Hutan Simpan Tekai Tembeling (Tambahan), Hutan Simpan Berkelah (Jerantut), Hutan Simpan Gunung Aais dan Hutan Simpan Tekam.[1][2]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Hutan Simpan Tekai Tembeling telah diwartakan pada 7 Januari 1927 dengan berkeluasan 90,504.89 he (223,642.5 ekar). Pengurusan hutan terkini diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang melalui Pejabat Hutan Daerah Jerantut dan hutan simpan ini dilindungi di bawah Akta Perhutanan Negara 1984. Hutan Simpan Tekai Tembeling merupakan hutan simpan jenis darat.[1][3][4]
Pada tahun 2019, Kerajaan Persekutuan telah membatalkan projek hidroelektrik Tekai secara serta-merta selepas tahun 2014 telah dilaksanakan penebangan hutan besar-besaran untuk pembinaan Empangan Tekai.[5]
Topografi
[sunting | sunting sumber]Hutan Simpan Tekai Tembeling merupakan kawasan hutan yang bertanah pamah sehinggalah kawasan bertanah tinggi kerana kedudukannya berdekatan dengan Banjaran Pantai Timur. Menurut peta topografi Sungai Tekai siri MY502A lembar BV31 yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), tiada kawasan atau entiti geografi yang memaparkan petempatan manusia dan hanyalah runut kenderaan bermotor. Hutan Simpan Tekai Tembeling merupakan kawasan punca air yang banyak yakni anak sungai yang bernama contohnya Sungai Tekai, Sungai Termus dan Sungai Kerum serta sungai tidak bernama dikenali sebagai lembangan saliran.
Kawasan hutan simpan yang bertanah tinggi terdapatnya bukit atau gunung iaitu Gunung Irong, Gunung Angus dan Gunung Laris.[6][7]
Kepelbagaian biologi
[sunting | sunting sumber]Hutan Simpan Tekai Tembeling merupakan kawasan yang terdapatnya banyak kepelbagaian biologi hutan yang menempatkan pelbagai flora dan fauna. Hutan simpan ini merupakan kawsan hutan dipterokarpa pamah, hutan dipterokarpa bukit, hutan dipterokarpa atas dan hutan gunung di mana kawasan hutan ini didominasi oleh keluarga tumbuhan Dipterocarpceae seperti meranti langgung (Rubroshorea lepidota), meranti bumbung (Anthoshorea dealbata), keruing ropol (Dipterocarpus hasselti) dan pelbagai lagi.[8][9] Bunga pakma juga didapati di kawasan Hutan Simpan Tekai Tembeling.[10][11]
Hutan Simpan Tekai Tembeling digazetkan sebagai kawasan larangan memburu hidupan liar oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN).[12]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Peninsular Malaysia". hutanwatch.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-21.
- ^ "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Pusat Geospatial Negara (PGN). Dicapai pada 22 April 2026.
- ^ Talbot, Lee M. (Lee Merriam); Talbot, Martha H. (1968). Conservation in tropical South East Asia: proceedings of the Conference on Conservation of Nature and Natural Resources in Tropical East Asia, Bangkok, Thailand, November 29 - December 4, 1965 (dalam bahasa Inggeris). IUCN.
- ^ "Katalog Metadata Geospatial Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Edisi Pertama" (PDF). forestry.gov.my (ed. 1). Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. m/s. 113. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-07-09. Dicapai pada 22 April 2026.
- ^ BERNAMA (2021-10-19). "Penanaman semula di kawasan projek Empangan Hidroelektrik Tekai Tembeling giat dijalankan". BERNAMA. Dicapai pada 22 April 2026.
- ^ Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013). Sungai Tekai (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. BV31, MY502A.
- ^ Pengarah Pemetaan Negara Malaysia. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (2013). Gunung Irong (Pahang). Topographic Map (Peta Topografi, Cetakan Tidak Terhad). 1:50 000. BV32, MY502A.
- ^ Kamaruzaman, Haji Mohd Paiz; Yunus, Norhaidi; Abdul Jalil, Abdul Rahman; Mohd, Mohd Nasir (2011). Kaum Dipterokarpa Negeri Pahang. Kuantan, Pahang: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP). ISBN 978-983-41623-1-3.
- ^ L.S.L., Chua; M., Suhaida; B., Aslina (2012). Spesies Dipterokarpa Terancam di Semenanjung Malaysia. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. ISBN 978-967-5221-79-8.
- ^ Dato' Dr. Md. Hizamri Md. Yasin, Norlela Sulaiman & Shamsul Khamis (2023). Rafflesia di Pahang. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). m/s. 117. ISBN 978-629-7547-79-4.
- ^ Ismail, Muhamaad Razis (2021-08-29). "Demi penghijauan negara [METROTV]". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-04-21.
- ^ "Warta Kerajaan Persekutuan, Perintah Pemulihan Hidupan Liar (Kawasan Larangan Memburu) (Pindaan) 2020" (PDF). wildlife.gov.my. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan Jabatan Peguam Negara Malaysia. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-07-09. Dicapai pada 22 April 2026.
