Hutan Simpanan Bukit Timah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hutan Simpanan Bukit Timah
هوتن سيمڤنن بوکيت تيمه
Tinggalan kuari yang terdapat di Hutan Simpanan Bukit Timah
Tinggalan kuari yang terdapat di Hutan Simpanan Bukit Timah
Hutan Simpanan Bukit Timah is located in Singapura
Hutan Simpanan Bukit Timah
Lokasi di Singapura
Jenis Hutan simpan
Lokasi  Singapura
Koordinat 1°21′10″N 103°46′42″E / 1.352778°N 103.778333°E / 1.352778; 103.778333Koordinat: 1°21′10″N 103°46′42″E / 1.352778°N 103.778333°E / 1.352778; 103.778333
Kawasan 1.64 kilometer persegi (410 ekar)
Dibina 1883 (1883)
Dikendalikan oleh Lembaga Taman Negara

Hutan Simpanan Bukit Timah (Inggeris: Bukit Timah Nature Reserve) merupakan kawasan simpanan semulajadi seluas 1.64 kilometer persegi (410 ekar) yang terletak di lereng Bukit Timah, di tengah-tengah negara Singapura. Hutan ini berada kira-kira 12 kilometer (7.5 bt) dari daerah perniagaan pusat, Downtown Core.

Walaupun hutan ini mempunyai ukuran yang kecil, ia dianggap salah satu kawasan semulajadi yang paling produktif. Alfred Russel Wallace, ahli alamiah British juga berfikiran sedemikian. Bersama-sama dengan Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah, dua kawasan ini menempatkan 840 spesies tumbuhan berbunga dan 500 spesies haiwan.[1] Hari ini, ia adalah salah satu kawasan hutan hujan utama yang masih wujud di Singapura. Hutan simpanan ini secara rasminya diisytiharkan sebagai sebahagian daripada Taman Warisan ASEAN pada 18 Oktober 2011.[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]