Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Hutan Simpanan
Kawasan Tadahan Air Tengah
هوتن سيمڤنن کاوسن تادهن اٴير تڠه
Central Catchment Nature Reserve locator map.png
Lokasi di Singapura
JenisHutan simpan, kawasan tadahan air
LokasiKawasan Utara, Singapura
Keluasan2,880 hektar (28.8 km2)
Dikendalikan olehLembaga Taman Negara
sunting
Lihat pendokumenan templat ini

Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah (Inggeris: Central Catchment Nature Reserve; Cina: 中央集水区自然保护区; Tamil: மத்திய நீர்ப்பிடிப்பு இயற்கை ரிசர்வ்) merupakan kawasan simpanan semulajadi yang terbesar di Singapura dimana keluasannya adalah 2,880 hektar (28.8 km2).[1] Membentuk kawasan hijau di tengah-tengah Singapura, ia menempatkan beberapa tapak riadah termasuklah Taman Haiwan Singapura, Safari Malam dan Safari Sungai serta beberapa kemudahan baru yang dibina untuk menggalakkan penghayatan ramai terhadap kawasan simpanan seperti HSBC TreeTop Walk.

Hutan simpanan ini adalah salah satu daripada empat kawasan simpanan semulajadi yang diwartakan di Singapura selain daripada Hutan Simpanan Labrador, Paya Simpanan Sungei Buloh dan Hutan Simpanan Bukit Timah.[2] Kesemua kawasan yang dinyatakan dilindungi di bawah Akta Taman dan Pokok 2005.

Hutan Simpanan Kawasan Tadahan Air Tengah bertindak sebagai kawasan tadahan air untuk takungan air di sekelilingnya. Takungan air utama negara seperti MacRitchie, Upper Seletar, Upper Peirce dan Lower Peirce juga terletak dalam kawasan hutan simpanan ini.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Nature Reserves". Lembaga Taman Negara. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-07. Dicapai pada 5 Jun 2009.
  2. ^ "Protecting Our Natural Heritage: Gazette of Nature Reserves" (PDF). Convention on Biological Diversity. Dicapai pada 4 Jun 2009.
  3. ^ "Bukit Timah Nature Reserve". Lembaga Taman Negara. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-07. Dicapai pada 4 Jun 2009.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]