Hutan bakau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hutan bakau, hutan paya bakau atau paya bakau ialah tanah bencah subur yang ditemui di pesisir zon antara berbani.[1][2] Hutan bakau banyak tumbuh di latitud tropika dan subtropika lantaran bakau tidak tahan pada suhu beku. Terdapat sekitar 80 spesies bakau, yang kesemuanya tumbuh di tanih yang kurang oksigen, di mana air yang bergerak perlahan membenarkan endapan terkumpul.[3]

Di Malaysia, hutan bakau biasanya dilindungi dan kawasan hutan bakau simpan yang telah diwartakan diurus oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini, Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.

Kepentingan[sunting | sunting sumber]

Pokok bakau merupakan salah satu spesies cepat tumbuh dan yang digunakan dalam penanaman semula hutan bakau bagi melindungi persisiran pantai. Ia jarang dijadikan arang dan biasanya digunakan bagi menyalai ikan atau getah.

Hutan bakau juga merupakan sumber balak kayu bakau yang tahan bagi pembinaan di kawasan lecah dan dalam air. Kayu bakau tanah mampu berendam dalam air tanpa rawatan rumit dan tahan lama.

Hutan bakau penting sabagai tempat anak ikan berlindung. Sekiranya kawasan hutan bakau di sesuatu tempat itu pupus atau tercemar, keseluruhan populasi ikan dan industri nelayan di kawasan tersebut akan terancam kerana tiada lagi tempat bagi anak ikan berlindung dan membesar. Selain itu, hutan bakau turut digunakan oleh beratus jenis burung hijrah sebagai tempat perlindungan untuk bertelur dan berehat. Selain itu, ia menjadi habitat penting bagi pelbagai jenis haiwan kekerang seperti ketam nipah dan udang. Di Sabah yang mempunyai kawasan bakau terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia, hutan bakau juga merupakan habitat bagi kera bekantan.

Hutan bakau juga bertindak sebagai pemampan hakisan ombak. Ini kerana akarnya yang berceranggah membantu mengukuhkan dan mengikat tanah daripada hakisan ombak, malah mampu meluaskan lagi kawasan tanah kerana daun dan sampah sarap yang terperangkap pada akarnya yang berserabut mendap dan menimbun. Kawasan hutan bakau biasanya tumbuh rapat dan padat dan memiliki akar udara yang berceranggah menonjol dari dalam air. Hutan bakau ini mampu memperlahankan aliran air, dengan itu membenarkan bendasing dan lumpur halus yang terapung dalam air untuk mendap membentuk kawasan berlumpur. Proses ini mampu untuk menebus guna tanah dan menghasilkan pantai baru.[4]

Hutan bakau juga terbukti mampu bertindak sebagai pemampan tsunami kerana sifatnya yang tumbuh secara padat dan akarnya yang kukuh di pesisiran kuala.[5] Oleh itu hutan bakau turut ditanam semula di Malaysia[6] dan Indonesia.[7].

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Laut Matang, Perak Pantai Kuala Selangor, Selangor Muara Sungai Labuk-Sugut, Sabah Pantai Samarahan-Sadong, Sarawak

Keluasan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 586,036 hektar hutan bakau di Malaysia;

  • 57 % di Sabah
  • 26 % di Sarawak
  • 17% di Semenanjung Malaysia.

Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi bakau ialah enam buah pulau yang merangkumi gugusan Pulau Klang dan Pulau Kukup di Johor.

Hutan Bakau Simpan Matang[sunting | sunting sumber]

Hutan Bakau Simpan Matang di Perak (40,151 ha) merupakan salah sebuah kawasan bakau yang mempunyai sistem pengurusan yang terbaik di dunia dan membekalkan sumber-sumber seperti arang, kayu api dan bahan binaan bangunan seperti tiang.

Nilai ekologi[sunting | sunting sumber]

Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai :

  • Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantai dan angin pantai yang kencang.
  • Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan.
  • Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yang mempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini.
  • Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang .
  • Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak

Masalah hutan bakau[sunting | sunting sumber]

Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap :

  • penukaran tanah
  • penebangan hutan
  • penebusgunaan
  • pencemaran

Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan :

  • Akuakultur
  • Ternakan ikan dalam sangkar
  • Kolam ternakan udang dan ikan air masin
  • Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan
  • Pembinaan kawasan pangkalan nelayan
  • Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena
  • Perbandaran dan perkampungan nelayan pinggir pantai.
  • Tempat pembuagan sisa cecair oleh kapal dagangan dan bot nelayan.

Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam.

Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di sekitar hutan bakau. Namun begitu, ia juga merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok besar adalah di antara beberapa aspek persekitaran ini.

Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan bakau telah menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri penyesuaian yang istimewa.

Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan akar udara khas yang dikenali sebagai 'pneumatofor' iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen.

Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuh-tumbuhan bakau dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar sokong.

Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi perkembangan anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih yang unik yangdikenali sebagai 'vivipariti'.Tumbuh-tumbuhan viviparus mempunyai biji benih yang boleh membesar dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada bersama pokok induk. Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal dorman sehinggalah dihanyutkan arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar.

Kepelbagaian biologi[sunting | sunting sumber]

Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Empat jenis utama yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah:

Habitat bakau[sunting | sunting sumber]

Habitat bakau menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus (zooplankton) sehinggalah kepada reptilia yang besar:

Hidupan hutan bakau[sunting | sunting sumber]

Banyak spesies ikan, krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari makan. Haiwan ini merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung yang dijumpai di akar dan pokok bakau. Contohnya:

Burung[sunting | sunting sumber]

Haiwan yang paling menarik di kawasan bakau dan dataran lumpur berhampirannya ialah spesies burung air dan burung pantai. Burung-burung ini memakan pelbagai jenis makanan, termasuklah plankton, tumbuh- tumbuhan air, cacing, krustasia, moluska dan ikan. Burung-burung ini mempunyai ciri-ciri penyesuaian khas yang merangkumi saiz dan bentuk paruh, leher, kaki dan kibaran sayap yang disesuaikan dengan tabiat pemakanan yang tertentu.

Antara burung yang berterbangan di hutan bakau ialah:

Kesemua burung ini lazim dijumpai di kawasan hutan bakau.

Kegunaan Hutan Bakau[sunting | sunting sumber]

  • Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial hidup di kawasan bakau dan persekitarannya. Keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan bakau mencecah berjuta-juta ringgit setahun.
  • Penduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau sebagai sumber kayu balak.
  • Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau untuk membina rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan tiang).
  • Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan.
  • Arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api.
  • Kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot).
  • Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring, kain layar dan pelekat plastik.
  • Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh penduduk setempat.
  • Ubat-ubatan (contohnya dedaun, tunas, buah-buahan dan biji benihnya).
  • Daun-daun nipah yang bersaiz besar digunakan dalam pembuatan atap dan rokok daun serta penganyaman bakul dan tikar.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Luo, Ling; Gu, Ji-Dong (2018). "Nutrient limitation status in a subtropical mangrove ecosystem revealed by analysis of enzymatic stoichiometry and microbial abundance for sediment carbon cycling". International Biodeterioration & Biodegradation. 128: 3–10. doi:10.1016/j.ibiod.2016.04.023.
  2. ^ Tue, Nguyen Tai; Ngoc, Nguyen Thi; Quy, Tran Dang; Hamaoka, Hideki; Nhuan, Mai Trong; Omori, Koji (2012). "A cross-system analysis of sedimentary organic carbon in the mangrove ecosystems of Xuan Thuy National Park, Vietnam". Journal of Sea Research. 67 (1): 69–76. Bibcode:2012JSR....67...69T. doi:10.1016/j.seares.2011.10.006.
  3. ^ What is a mangrove forest? National Ocean Service, NOAA. Updated: 25 March 2021. Retrieved: 4 October 2021. Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  4. ^ Hutan Paya Bakau
  5. ^ Hutan Bakau Selamatkan dusun Sibaru-baru dari tsunami, Yayasan Tanggul Rencana, RABU, 03 NOVEMBER 2010[pautan mati kekal]
  6. ^ [http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/26/mstar_berita/20091226162816&sec=mstar_berita MStar-online, Sabtu Disember 26, 2009 Lima Juta Pokok Bakau Ditanam Sejak Tsunami.][pautan mati kekal]
  7. ^ Pengaruh Kerapatan dan Tebal Rumpun Bakau (Rhizophora sp) Dalam Meredam Gelombang Tsunami (Simulasi Model Fisik)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]