Hutan dara

Hutan dara atau hutan primer ialah hutan yang masih belum diterokai dan tidak diganggu mana-mana pihak. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendefinisikan hutan dara ialah hutan yang dijana secara semula jadi bagi spesies pokok asli di mana tiada tanda-tanda aktiviti manusia yang jelas kelihatan dan proses ekologi tidak terganggu dengan ketara.[1] Satu pertiga (34%) hutan di seluruh dunia ialah hutan dara.[2] Ciri-ciri hutan dara ini juga merangkumi pelbagai struktur berkaitan pokok yang memberikan pelbagai habitat hidupan liar untuk meningkatkan biodiversiti ekosistem hutan. Hutan dara atau hutan primer ini juga merupakan hutan yang tidak pernah dibalak. Konsep pelbagai struktur pokok termasuk juga banyak lapisan kanopi dan ruang kanopi pokok dengan berbeza-beza ketinggian pokok serta pelbagai spesies tumbuhan dan kelas malahan saiz serpihan kayu.
Hutan dara juga bernilai untuk sebab ekonomi dan sumbangannya kepada ekosistem mereka berikan.[3][4] Ini boleh menyebabkan dijadikan titik pertikaian di mana di dalam industri pembalakan mempunyai keinginan untuk mengeluarkan hasil-hasil balak dari hutan, memusnahkan hutan dalam proses untuk menghasilkan keuntungan jangka pendek. Sementara itu, aktivis alam sekitar berusaha melindungi hutan untuk keadaan asli dengan memberi kepentingannya seperti pembersihan air, kawalan banjir, pengekalan cuaca, penambahbaikan ekosistem dan kitar nutrien. Tambahan pula, hutan dara cekap dalam pemencilan karbon berbanding hutan yang baru ditanam dan ladang hutan yang cepat tumbuh dengan melindungi hutan ini penting untuk migitasi perubahan iklim.[5][6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ White, David; Lloyd, Thomas (1994). "Defining Old Growth: Implications For Management" (PDF). Paper Presented at the Eighth Biennial Southern Silvicultural Research Conference, Auburn, al, Nov. L-3, 1994. Eighth Biennial Southern Silvicultural Research Conference. Dicapai pada 20 Julai 2026.
- ↑ The State of the World's Forests 2020. In brief – Forests, biodiversity and people. Rome: FAO. 2020. m/s. 9. doi:10.4060/ca8985en. ISBN 978-92-5-132707-4.
- ↑ Maloof, Joan (4 April 2023). Nature's Temples: A Natural History of Old-Growth Forests. Princeton University Press (dalam bahasa Inggeris). Timber Press. ISBN 978-0-691-23050-4.
- ↑ Wirth, Christian; Gleixner, Gerd; Heimann, Martin (7 July 2009). Old-Growth Forests: Function, Fate and Value (dalam bahasa Inggeris). Springer Science & Business Media. ISBN 978-3-540-92706-8.
- ↑ McGarvey, Jennifer; Thompson, Jonathan R.; Epstein, Howard E.; Shugart, Herman H. (1 Februari 2015). "Carbon storage in old-growth forests of the Mid-Atlantic: toward better understanding the eastern forest carbon sink". Ecology (dalam bahasa Inggeris). 96 (2): 311–317. Bibcode:2015Ecol...96..311M. doi:10.1890/14-1154.1. ISSN 1939-9170. PMID 26240851.
- ↑ "Contribution of Working Group III to the Fourth Assessment Report of the Intergovernmental Panel on Climate Change, 2007 B. Metz, O.R. Davidson, P.R. Bosch, R. Dave, L.A. Meyer (eds) Cambridge University Press, Cambridge, United Kingdom and New York, NY, USA" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 4 Ogos 2009. Dicapai pada 20 Julai 2026.