Hyejong dari Goryeo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hyejong dari Goryeo
Hangul혜종
Hanja恵宗
Perumian SemakanRaja Hyejong
McCune–ReischauerHyejong
Nama lahir
Hangul왕무
Hanja王武
Perumian SemakanWang Mu
McCune–ReischauerWang Mu

Hyejong dari Goryeo (912 – 23 Oktober 945) (memerintah 943–945), dilahirkan sebagai Wang Mu, ialah Raja Goryeo yang kedua. Beliau telah didahului oleh Raja Taejo dan digantikan oleh Jeongjong, Raja ke-3 Goryeo.

Raja-raja Korea
Goryeo
  1. Taejo 918–943
  2. Hyejong 943–945
  3. Jeongjong 945–949
  4. Gwangjong 949–975
  5. Gyeongjong 975–981
  6. Seongjong 981–997
  7. Mokjong 997–1009
  8. Hyeonjong 1009–1031
  9. Deokjong 1031–1034
  10. Jeongjong II 1034–1046
  11. Munjong 1046–1083
  12. Sunjong 1083
  13. Seonjong 1083–1094
  14. Heonjong 1094–1095
  15. Sukjong 1095–1105
  16. Yejong 1105–1122
  17. Injong 1122–1146
  18. Uijong 1146–1170
  19. Myeongjong 1170–1197
  20. Sinjong 1197–1204
  21. Huijong 1204–1211
  22. Gangjong 1211–1213
  23. Gojong 1213–1259
  24. Wonjong 1259–1269
  25. Yeongjong1269
  26. Wonjong 1269–1274
  27. Chungnyeol 1274–1308
  28. Chungseon 1308–1313
  29. Chungsuk 1313–1330
    1332–1339
  30. Chunghye 1330–1332
    1339–1344
  31. Chungmok 1344–1348
  32. Chungjeong 1348–1351
  33. Gongmin 1351–1374
  34. U 1374–1388
  35. Chang 1388–1389
  36. Gongyang 1389–1392

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Hyejong dilahirkan kepada Raja Taejo dan isteri keduanya, Janghwa dari puak "Oh", anak perempuan Majistret Naju, Oh Daryeon. Taejo bertemu dan berkahwin dengan beliau semasa berkhidmat di Naju sebagai Jeneral Taebong di bawah Gung Ye.

Pada 921, Hyejong telah diisytiharkan Putera Mahkota dan Pengganti DiRaja dengan sokongan daripada Jeneral Bak Sul-Hui. Hampir serta-merta selepas dinamakan Putera Mahkota, Hyejong mengikuti bapanya Taejo ke dalam pertempuran menentang Baekje Akhir dan memainkan peranan utama dalam banyak kejayaan. Pada 943, Hyejong menaiki takhta selepas kematian bapanya.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Pemerintahan Hyejong telah dicemari dengan konspirasi dan perebutan kuasa antara putera-putera Taejo. Konspirasi yang pertama telah diketuai oleh Putera Wang Yo dan Wang So, putera-putera Taejo dan isteri ketiga, Permaisuri Sinmyeongsunseong dari puak Yu Chungju, yang memiliki pengaruh politik yang besar. Apabila menyedari konspirasi oleh dua orang putera ini, Wang Gyu memberi amaran kepada Hyejong tentang konspirasi tersebut, tetapi merancang untuk meletakkan cucunya di atas takhta itu apabila Hyejong tidak melakukan apa-apa untuk menghentikan konspirasi kedua-dua putera tersebut.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Hyejong meninggal dunia pada tahun 945, pada tahun kedua pemerintahannya akibat penyakit. Beliau telah digantikan oleh saudaranya Jeongjong, Raja ke-3 Goryeo.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

  • Bapa: King Taejo
  • Ibu: Permaisuri Janghwa, dari puak "Oh" (吳)
  • Isteri:
  1. Permaisuri Euihwa
  2. Puan Besar Gwangjuwon
  3. Puan Besar Cheongjuwon
  4. Istanawati Aeyijoo
  • Anak:
  1. Putera Heunghwa, putera pertama Permaisuri Euihwa
  2. Puan Besar Gyeonghwagung, puteri pertama Permaisuri Euihwa
  3. Puteri Jeongheon, putera ke-2 Permaisuri Euihwa
  4. Putera Mahkota Je, putera pertama Istanawati Aeyijoo
  5. Puan Besar Myeonghye, puteri pertama Istanawati Aeyijoo

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Hyejong dari Goryeo
Tarikh keputeraan: 912 Tarikh kemangkatan: 23 October 945
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Taejo
Raja Goryeo
943–945
Diikuti oleh:
Jeongjong I

Templat:Rulers of Goryeo