Hyperloop

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Rancangan konsep Hyperloop.

Hyperloop ialah konsep sistem pengangkutan berkelajuan tinggi yang diajukan oleh usahawan Elon Musk.[1][2] Hyperloop bergerak dengan mencipta tekanan rendah yang membolehkan kapsul bergerak dengan kelajuan yang amat tinggi.[3]

Garis besar konsep hyperloop diumumkan pada Ogos 2013, yang mencakupi cadangan laluan dari Los Angeles ke San Francisco. Analisis awal menunjukkan bahawa laluan tersebut dapat ditempuh dalam tempoh 35 mniit, yang menunjukkan bahawa penumpang dapat menempuh jarak 350-batu (560 km) dengan rata-rata kepentasan 600 mph (970 km/j), dengan kepantasan penuh 760 mph (1.200 km/h). Anggaran pembiayaan awal untuk laluan ini dianggarkan sebanyak AS$7.5 bilion[2]—walaupun analisis pengangkutan meragukan bahawa sistem ini dapat dibangunkan dengan dana tersebut.[4][5][6]

Teknologi Hyperloop telah dibuat sumber terbuka oleh Musk dan SpaceX, dan masyarakat dipelawa untuk mengambil gagasan tersebut dan mengembangkannya lebih lanjut. Untuk itu, beberapa syarikat telah dibentuk, dan paling tidak sepuluh pasukan mahasiswa antaradisiplin mencuba mewujudkan gagasan ini.

Rancangan jalur dan kapsul ujian percubaan kini sedang dikembangkan; pembangunan prototaip jalur sepanjang 5-batu (8 km) dijadualkan akan dimulakan pada tahun 2016.[7]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Garber, Megan (July 13, 2012). "The Real iPod: Elon Musk's Wild Idea for a 'Jetson Tunnel' from S.F. to L.A." The Atlantic. Dicapai pada September 13, 2012.
  2. ^ a b Musk, Elon (August 12, 2013). "Hyperloop Alpha" (PDF). SpaceX. Dicapai pada August 13, 2013.
  3. ^ "Beyond the hype of Hyperloop: An analysis of Elon Musk's proposed transit system". Gizmag.com. August 22, 2013. Dicapai pada August 23, 2013.
  4. ^ Bilton, Nick. "Could the Hyperloop Really Cost $6 Billion? Critics Say No". The New York Times. Dicapai pada August 18, 2013.
  5. ^ Brownstein, Joseph (August 14, 2013). "Economists don't believe the Hyperloop". Al Jazeera America.
  6. ^ Melendez, Eleazar David (August 14, 2013). "Hyperloop Would Have 'Astronomical' Pricing, Unrealistic Construction Costs, Experts Say". The Huffington Post.
  7. ^ Hower, Mike (August 24, 2015). "Musk's 'Hyperloop' on Track to Start Construction in 2016". Sustainable Brands. Dicapai pada October 27, 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]