Unifi TV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari HyppTV)
Jump to navigation Jump to search
unifi TV
Jenis IPTV Swasta
Negara  Malaysia
Ketersediaan Kebangsaan
Cogan kata Primetime, Anytime, Everytime (2013 - 2018)
Tarikh pelancaran 24 Mac 2010 (sebagai HyppTV)
12 Januari 2018 (sebagai unifi TV)
Laman sesawang
https://unifi.com.my/tv/

unifi TV (dahulu dikenali sebagai HyppTV)[1] merupakan perkhidmatan IPTV terulung di Malaysia yang dimiliki oleh Telekom Malaysia (TM). Ia mula-mula diperkenalkan sebagai pelengkap untuk pelanggan perumahan unifi. Mulai 2013, unifi TV turut dinikmati oleh pelanggan perniagaan unifi dan pelanggan Broadband.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Logo lama HyppTV (2010 - 2018).
  • 2010, 24 Mac: Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi UniFi dilancarkan, besertakan perkhidmatan IPTV iaitu HyppTV untuk pelanggan rumah.[2]
  • 2012, 24 Mac: HyppTV menawarkan Platinum Pack yang menawarkan 30 saluran berbayar terpilih ketika itu dalam satu pakej pada harga RM30 (RM1/saluran) sebagai alternatif kepada membeli satu demi satu saluran pada harga yang lebih.
  • 2012, 26 November: HyppTV diperluas kepada pelanggan perniagaan UniFi.[3]
  • 2013, Januari: HyppTV menawarkan Ruby Pack yang terdiri daripada 10 saluran berbahasa Cina dan Asia pada harga RM30 sebulan (RM3/saluran).
  • 2013, Mei: HyppTV merombak semula Platinum Pack untuk pelanggan baru supaya hanya merangkumi saluran-saluran berbayar berbentuk hiburan antarabangsa (selain Ruby Pack), di samping memperkenalkan Mega Pack dan Sports Pack.
  • 2013, Julai: HyppTV ditawarkan kepada pelanggan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps, di samping boleh ditonton dalam peranti mudah alih (telefon pintar dan tablet) melalui aplikasi HyppTV Everywhere yang diperkenalkan serentak dengannya.
  • 2013, 1 Ogos: Sejarah tercipta apabila Astro dan TM memeterai perjanjian untuk berkongsi siaran Astro SuperSport dan Astro SuperSport 2 di samping hak penyiaran Liga Perdana Inggeris dengan HyppTV. Perjanjian Astro dengan HyppTV bermula pada 1 Ogos 2013 sehingga siaran akhir 31 Julai 2016.[4]
  • 2013, 1 September: Siaran saluran baharu RTL CBS Entertainment HD dilancarkan. Pratonton percuma disediakan sepanjang bulan September.
  • 2014, 10 Februari: Siaran KidsCo ditamatkan.
  • 2014, 26 Mac: Saluran filem VOD berbahasa Malaysia yang pertama, Dunia Sinema dilancarkan – hasil kerjasama antara HyppTV dan Metrowealth International Group (MiG). Saluran ini menyiarkan filem-filem terbaik sepanjang zaman edaran MiG untuk tontonan seisi keluarga, dan boleh dilanggan dengan harga RM10 sebulan.
  • 2014, 1 April: Siaran RTL CBS Extreme HD dilancarkan.
  • 2014, 31 Julai: Siaran EMAS ditamatkan.
  • 2014, 4 Ogos: Saluran asli HyppTV berbahasa Malaysia yang pertama, HyppSensasi HD dilancarkan. Pratonton percuma ditawarkan sepanjang bulan Ogos.
  • 2014, 30 September: Siaran UTV Stars dan Trace Sport Stars HD ditamatkan.
  • 2014, 1 Oktober: Susulan kemunculan saluran Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD pada Ogos 2013, HyppTV melancarkan 3 lagi saluran di bawah naungan Astro; iaitu Astro Awani, Astro Oasis, Astro Vaanavil dan satu saluran dari India iaitu Makkal TV.
  • 2015, Januari: HyppTV merombak semula penawaran pakej sedia ada, termasuklah memperkenalkan tiga pakej baharu; iaitu Aneka Pack (RM30/bulan), Varnam Pack (RM30/bulan), dan Jumbo Pack (RM60/bulan). Keistimewaan Jumbo Pack ialah penawaran kandungan sukan daripada Sports Pack yang kini menjadi sebahagian daripada penawaran pakej ini, selain menamatkan penawaran Mega Pack dan Platinum Pack sebelum ini.
  • 2015, 1 September: Saluran EC Inspirasi ditukar nama kepada HyppInspirasi HD. Saluran baru turut dilancarkan iaitu DreamWorks Channel HD. Pratonton percuma disediakan sepanjang bulan September.
  • 2015, 1 Oktober: Siaran FOX Football Channel HD dan BBC Entertainment ditamatkan. Saluran HyppInspirasi HD pula dijadikan saluran premium, sekali gus ditawarkan secara à la carte (RM9/bulan) atau melalui langganan Aneka Pack (RM30/bulan).
  • 2016, 1 Mei: Siaran Fashion TV HD ditamatkan.
  • 2016, 1 Ogos: Perjanjian Astro dengan HyppTV telah tamat. Maka, kesemua lima saluran Astro iaitu Astro SuperSport HD, Astro SuperSport 2 HD, Astro Awani, Astro Oasis, Astro Vaanavil dan satu saluran bukan kendalian Astro iaitu Makkal TV ditamatkan siarannya di HyppTV.
  • 2016, 26 Ogos: Sebagai ganti terhadap penamatan siaran saluran Astro SuperSport, HyppTV telah melancarkan rangkaian FOX Sports (FOX Sports HD, FOX Sports 2 HD, FOX Sports 3 HD & FOX Sports News HD) untuk semua pelanggan HyppTV yang melanggan Sports Pack atau melalui à la carte.
  • 2016, 1 Oktober: HyppTV telah melancarkan BBC World News HD dan BBC First HD untuk semua pelanggan HyppTV yang melanggan Jumbo Pack.
  • 2016, 1 Disember: Siaran TV Direct Showcase ditamatkan.
  • 2017, 1 April: HyppTV telah melancarkan 7 saluran baru; iaitu tvN Movies HD, Zee Tamil, Zee TV, Zee Cinema, Sony SAB, Pesona HD (gantian saluran MNC Channel) dan Sony SET untuk meraikan 7 tahun kewujudan HyppTV. Siaran Bindass Play dan UTV Bindass juga ditamatkan. Pratonton percuma disediakan sepanjang bulan April.
  • 2017, 29 April: Siaran FOX Sports News HD ditamatkan.
  • 2017, Jun: HyppTV melancarkan pakej baru iaitu Jumbo Lite Pack dengan harga langganan RM30 sebulan, sebagai ganti kepada Platinum Pack sebelum ini; diiringi dengan pelancaran 2 saluran baru iaitu Animax Asia HD dan Sony Channel Asia HD. Pratonton percuma disediakan bermula 1 Jun hingga 18 Julai.
  • 2017, 19 Jun: HyppTV membuka kesemua saluran termasuklah 5 saluran VOD HyppTV (BBC First HD, Dunia Sinema HD, HyppPlay, Playbox HD & AlHijrah On Demand) bermula 19 Jun hingga 18 Julai untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
  • 2017, 1 Julai: Siaran Hao Xiang Shopping TV HD dan HyppSports 4 HD telah ditamatkan oleh HyppTV, manakala Syfy HD dan Universal Channel HD telah ditamatkan oleh pihak NBCUniversal Asia sehari sebelumnya (30 Jun 2017).
  • 2017, 1 Ogos: HyppTV telah melancarkan 3 saluran baru iaitu Nickelodeon Asia, MTV Asia HD (gantian saluran MTV Live HD) dan Paramount Channel HD. Pratonton percuma disediakan sepanjang bulan Ogos.
  • 2017, September: Siaran Motorvision HD ditamatkan.
  • 2017, 15 Oktober: Perkhidmatan karaoke atas permintaan (on demand) pertama seumpamanya di Malaysia, HyppStars ditamatkan.
  • 2017, 22 Disember: HyppSensasi HD telah mencapai rekod 1 juta tontonan sejak pengenalan saluran pada 4 Ogos 2014. Pratonton percuma disediakan kepada semua pelanggan dan bukan pelanggan HyppTV dan HyppTV Everywhere bermula 22 Disember 2017 sehingga tarikh tamat siaran percuma yang akan diumumkan kelak.[5]
  • 2018, 12 Januari: HyppTV dan HyppTV Everywhere dijenamakan semula sebagai unifi TV dan playTV@unifi.
  • 2018, 15 Januari: Bagi meraikan pencapaian 1 juta penonton saluran HyppSensasi HD serta penjenamaan semula HyppTV kepada unifi TV, rancangan candawara (game show) interaktif bersiaran langsung yang pertama seumpamanya di Malaysia, Teka Tekan dilancarkan; yang mana membolehkan para pelanggan unifi TV menjawab soalan melalui alat kawalan jauh, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.[6]
  • 2018, Februari: Sejumlah saluran di bawah kendalian FOX Networks Group Asia (FNGA) telah dilancarkan di unifi TV. Saluran-saluran tersebut ialah FOX, FX, FOX Life, FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies, National Geographic, Nat Geo Wild, BabyTV, dan Sky News. Kesemua saluran berikut disediakan dalam HD dan boleh ditonton secara percuma mulai 1 Februari sehingga 31 Mac 2018, sekali gus menjadi sebahagian daripada langganan Jumbo Pack atau pembelian secara à la carte.[7]
  • 2018, 1 Februari: unifi TV dengan kerjasama Football Malaysia LLP (FMLLP) akan membawakan acara perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2018 yang merangkumi unifi Liga Super Malaysia, unifi Piala Malaysia, 100Plus Liga Premier Malaysia, Piala Sumbangsih, dan Piala FA Malaysia. Kesemua perlawanan akan disiarkan secara langsung dalam bentuk definisi tinggi (HD) melalui set-top-box di Saluran 703 & 704, dan juga melalui aplikasi playTV@unifi – sekali gus ditawarkan secara percuma kepada semua pelanggan dan bukan pelanggan unifi TV untuk masa terhad.[8]
  • 2018, Mac: Oleh sebab lebih banyak saluran baharu dilancarkan pada bulan-bulan sebelumnya, selain mengambil respons daripada para pelanggannya, unifi TV melakukan kemaskini dengan merombak susunan sejumlah 69 nombor saluran kendaliannya mengikut kesesuaian genre saluran-saluran tersebut secara lebih teratur demi pengalaman menonton rancangan kegemaran mereka dengan lebih baik. Antara yang paling menerima perubahan tersebut ialah saluran-saluran kandungan filem, berita, hiburan, dan saluran kandungan video-on-demand (VOD) – termasuk sejumlah saluran baharu milik FOX Networks Group Asia (FNGA) pada Februari 2018. Namun begitu, kandungan yang dibawakan oleh unifi TV masih kekal sama seperti sedia kala. Pengguna perlu melakukan but semula terhadap kotak atas set (STB) unifi TV mereka bermula 1 Mac 2018 untuk menerima kemaskini ini.[9][10]
  • 2018, April: unifi TV sekali lagi merombak pakej-pakej langganan sedia ada, dengan memfokuskan kepelbagaian etnik dan sukan dalam satu pek mampu milik. Pek-pek unifi TV telah berubah nama kepada "Ultimate Pack" (sebelum ini Jumbo Pack), "Aneka Plus Pack", "Ruby Plus Pack", dan "Varnam Plus Pack". Kemaskini bermula pada 1 April 2018, mengikut terma dan syarat yang tertakluk. Sejumlah saluran baharu dari FOX Networks Group Asia (FNGA) juga kini tersedia untuk aplikasi playTV@unifi bermula tarikh ini, selain melancarkan sebuah saluran berbahasa Jepun iaitu NHK World Premium.[11]
  • 2018, 1 Jun: Siaran Channel [V] International HD, Channel [V] Taiwan, dan FOX Crime HD ditamatkan dek kerana kekurangan sambutan penonton. Sebagai ganti, 2 saluran baharu telah dilancarkan, iaitu CJ WOW Shop HD (saluran home shopping 24 jam oleh Media Prima & CJ O Shopping) dan Dunia Sinema HD (migrasi saluran VOD ke saluran TV).

Am[sunting | sunting sumber]

Set-top-box (STB) yang digunakan TM untuk unifi TV ialah jenis Huawei EC6106v5 dan Huawei EC6108v8.

Semua saluran berbayar boleh dilanggan secara à la carte dengan harga RM6 hingga RM40, ataupun dibeli secara pukal dalam pek unifi TV sedia ada pada harga langganan antara RM30 dan RM60 sebulan. Ciri-ciri istimewa seperti time-shift TV (membeku, memutar balik dan memainkan semula gambar siaran) dan catch-up TV (menonton tayangan yang lepas) disediakan untuk saluran-saluran yang tertentu.

2013 - 2014: Kesemua saluran berbayar yang diperkenalkan sebelum April 2013 digolongkan dalam Platinum Pack, kecuali saluran-saluran Cina (200-an) yang tergolong dalam Ruby Pack dan saluran-saluran sukan (700-an) yang tergolong dalam Sports Pack. Setiap pakej tersebut berharga RM30 sebulan. Gabungan Platinum dan Ruby serta saluran-saluran sukan pilihan (Trace Sport Stars, Outdoor Channel, HyppXtreme & HyppSports Academy), iaitu Mega Pack, boleh dibeli pada harga RM50.

Dari masa ke masa, TM telah mengemas kini pakej unifi TV mereka.

TM juga telah bekerjasama dengan iflix untuk meluaskan lagi hiburan dan rancangan pilihan. Dengan iflix, para pengguna boleh menonton banyak lagi filem dalam dan luar negara, drama dalam dan luar negara, telenovela, realiti, kanak-kanak, dan lain-lain. Pelanggan unifi tv juga boleh mencapai iflix terus daripada kotak atas set melalui butang i lalu memilih TV Apps.

2016: TM telah memperkenalkan TV Apps – hasil kerjasama dengan pelbagai perkhidmatan penstriman terkemuka di dunia seperti BBC untuk memperluaskan lagi hiburan berkelas dunia untuk semua pelanggan unifi TV. Antaranya ialah BBC Player, iflix, Lebara Play, tonton, viu, dan YuppTV. Kesemua perkhidmatan ini telah diintegrasikan dengan pek langganan unifi TV sedia ada.

Pakej unifi TV[sunting | sunting sumber]

  • Ultimate PackRM 60.00/bulan
  • Aneka Plus PackRM 30.00/bulan
  • Ruby Plus PackRM 30.00/bulan
  • Varnam Plus PackRM 30.00/bulan

Para pelanggan unifi TV juga boleh memilih untuk melanggan hanya saluran-saluran premium yang ingin ditonton (à la carte) daripada melanggani keseluruhan pek – bermula daripada serendah RM 6.00 sebulan.

Senarai saluran[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai saluran unifi TV, Setakat September 2018:

Saluran TV[sunting | sunting sumber]

Untuk Live TV Mosaic, sila ke saluran 100 atau tekan butang berwarna biru (B) untuk mencapai kesemua saluran yang tersedia di unifi TV.

Kategori Nombor Saluran Pakej langganan Harga langganan à la carte (bulan)* HyppPlay (VOD) playTV@unifi
Tempatan 101 TV1 Percuma Red XN Green tickY
102 TV2 Red XN Green tickY
103 TV3 Red XN Green tickY
104HD CJ WOW Shop Red XN Green tickY
107 ntv7 Red XN Green tickY
108 8TV Red XN Green tickY
109 TV9 Red XN Green tickY
110HD unifi TV Highlights Red XN Green tickYc
Tempatan 113HD Salam Red XN Green tickY
114HD TV AlHijrah Green tickY Green tickY
116HD HyppSensasi Aneka Plus / Ultimate RM 6.00 Green tickY Green tickY
118HD HyppInspirasi RM 9.00 Green tickY Green tickY
128HD Dunia Sinema RM 9.00 Red XN Green tickY
141HD Pesona RM 9.00 Green tickY Green tickY
151HD LAKU Mall Percuma Red XN Green tickY
Oriental 201HD tvN Movies Ruby Plus / Aneka Plus / Varnam Plus / Ultimate RM 15.00 Green tickY Green tickY
211HD tvN RM 9.00 Green tickY Green tickY
221HD RED by HBO Ruby Plus / Ultimate RM 15.00 Green tickY Green tickYc
225HD now Baogu Movies RM 15.00 Green tickY Red XN
226HDα SCM Legend RM 9.00 Green tickY Green tickY
228HDα SCM RM 15.00 Green tickY Green tickY
231HDα now TV International Percuma Green tickY Green tickY
232HDα STAR Chinese Channel Ruby Plus / Ultimate RM 9.00 Green tickY Green tickY
233HDα now Jelli RM 9.00 Green tickY Green tickY
238 now Chinese Drama RM 6.00 Green tickY Green tickY
239 SETI RM 6.00 Green tickY Green tickY
Tamil & Hindi 311 Zee Tamil Varnam Plus / Ultimate RM 6.00 Red XN Green tickY
312 Polimer RM 6.00 Green tickY Green tickY
313 Jaya Max RM 6.00 Red XN Green tickY
331 Sony MAX Varnam Plus / Aneka Plus / Ultimate RM 9.00 Green tickY Green tickY
332 UTV Movies International Varnam Plus / Ultimate RM 9.00 Red XN Red XN
333 Zee Cinema RM 9.00 Red XN Green tickY
341 Zee TV RM 6.00 Red XN Green tickY
342 Sony SAB RM 6.00 Red XN Green tickY
343 Sony SET (SET India) RM 6.00 Red XN Green tickY
Filem 401HD FOX Movies Ultimate RM 40.00 Green tickY Green tickYc
402HD FOX Action Movies a Green tickY Green tickYc
403HD FOX Family Movies a Green tickY Green tickYc
408HD Paramount Channel RM 9.00 Green tickY Green tickY
411HD CinemaWorld RM 9.00 Green tickY Green tickY
Variasi 451HD Warner TV Ultimate / Aneka Plus / Ruby Plus / Varnam Plus RM 9.00 Green tickY Green tickY
453HD FOX TBA Green tickY Green tickYc
454HD FX TBA Green tickY Green tickYc
455HD FOX Life TBA Green tickY Green tickYc
457HD Sony Channel RM 9.00 Green tickY Green tickY
471HD Comedy Central RM 9.00 Green tickY Green tickY
472HD Animax RM 9.00 Green tickY Green tickY
473HD Blue Ant Entertainment RM 9.00 Green tickY Green tickY
474HD Blue Ant Extreme Percuma Green tickY Green tickY
Gaya Hidup 501HD BBC Earth Ultimate RM 9.00 Green tickY Green tickY
508HD National Geographic TBA Green tickY Green tickY
509HD Nat Geo Wild TBA Red XN Green tickY
511HD Nat Geo People Percuma Green tickY Green tickY
512HD BBC Lifestyle Ultimate / Aneka Plus / Ruby Plus / Varnam Plus RM 6.00 Green tickY Green tickY
521HD Travel Channel Percuma Green tickY Green tickYc
529HD Luxe.TV Red XN Green tickY
531HD MTV Asia Ultimate / Aneka Plus / Ruby Plus / Varnam Plus RM 9.00 Green tickY Green tickY
Kanak-kanak 550HD DreamWorks Channel RM 9.00 Green tickY Green tickY
552 Nick Jr. RM 6.00 Green tickY Green tickY
553HD CBeebies RM 6.00 Green tickY Green tickY
554 Nickelodeon RM 9.00 Green tickY Green tickY
555HD Boomerang RM 9.00 Green tickY Green tickY
561 BabyFirst RM 6.00 Red XN Green tickY
562HD BabyTV TBA Red XN Green tickYc
Berita 601HD BBC World News RM 9.00 Red XN Green tickY
602HD Al Jazeera English RM 9.00 Red XN Green tickYc
603HD Sky News TBA Red XN Green tickYc
611HD Channel NewsAsia Percuma Green tickY Green tickY
612 Euronews Red XN Green tickY
621 Bloomberg Television Red XN Green tickY
631 BNC Red XN Green tickYc
633 Parlimen Malaysia Red XN Green tickY
634HD Channel W Red XN Green tickY
641 ABC Australia Red XN Red XN
642HD DW Red XN Green tickY
643HD NHK World Japan Red XN Green tickYc
651HD NHK World Premium À la carte sahaja RM 9.00 Red XN Red XN
652 France 24 RM 20.00 Red XN Green tickY
Sukan 703HD HyppSports 3 Ultimate / Aneka Plus / Ruby Plus / Varnam Plus RM 20.00 Green tickY Green tickY
706HD FOX Sports RM 40.00 Green tickY Green tickY
707HD FOX Sports 2 b Green tickY Green tickY
708HD FOX Sports 3 b Green tickY Green tickY
711HD MUTV RM 9.00 Green tickY Green tickYc
741HD Outdoor Channel Percuma Red XN Green tickY

*Tertakluk kepada perubahan.

Nota

  • ↑α  Walaupun saluran dinyatakan dalam HD, saluran tersebut disedia dalam kualiti SD 16:9 buat masa ini.
  • ↑a  Siaran diperoleh sekali gus dengan langganan FOX Movies HD.
  • ↑b  Siaran diperoleh sekali gus dengan langganan FOX Sports HD.
  • ↑c  Untuk pelanggan dengan kotak atas set unifi TV sahaja.

Saluran VOD[sunting | sunting sumber]

Untuk mencapai saluran video-on-demand (VOD) unifi TV, pengguna perlu ke nombor saluran yang tertera di bawah, atau menekan butang VOD pada alat kawalan jauh unifi TV.

Senarai Saluran Video-On-Demand (VOD) unifi TV
Nombor Saluran Keterangan Pakej langganan Harga langganan à la carte playTV@unifi
182HD Playbox Saluran hiburan kendalian KRU Studios À la carte / Aneka Plus / Ultimate RM 10.00/bulan Green tickY
183HD AlHijrah On Demand Rancangan keagamaan keluaran TV AlHijrah RM 10.00/bulan Green tickY
431HD HyppFlicks Plus Saluran sewa filem satu-persatu À la carte RM 10.00/judul (Filem Hollywood & Asia)
RM 15.00/judul (Filem Malaysia)
RM 18.00/judul (Filem 3D)*
Green tickY
481HD BBC First Saluran siri TV UK kendalian BBC À la carte / Ultimate RM 15.00/bulan Green tickY
830HD HyppPlay Saluran pilihan pada rancangan Saluran à la carte / pek unifi TV yang terlibat Sekali dengan pembelian saluran/pakej berkenaan Green tickY
891HD Free View Saluran VOD percuma Percuma Red XN

*Hanya boleh diakses untuk pelanggan unifi 30 Mbps ke atas dengan set televisyen 3D. Tidak tersedia di playTV@unifi.

Saluran Interaktif[sunting | sunting sumber]

Untuk mencapai saluran inter@ctive unifi TV, pengguna perlu menekan butang i pada alat kawalan jauh unifi TV.

Senarai Saluran inter@ctive unifi TV
Saluran Keterangan
Cinema Movie Trailers Rangkuman treler filem terbaharu akan datang di pawagam tempatan.
Destination Malaysia Majalah interaktif destinasi terbaik seluruh Malaysia.
Dictionary.com Carian kamus interaktif.
Flight Info Rujukan jadual penerbangan melalui lapangan terbang antarabangsa seluruh Malaysia.
Horoscope Ramalan zodiak interaktif.
i-Contest Saluran peraduan interaktif yang dianjurkan oleh unifi tv untuk para pelanggan berpeluang memenangi hadiah eksklusif.
iCook Asia Saluran masakan interaktif – daripada segenap aneka pilihan resepi masakan terbaik kepada resepi pilihan cef-cef terkemuka di Malaysia.
Malaysian History Tingkatkan ilmu pengetahuan berkaitan sejarah pembangunan Malaysia melalui program Hari Ini dalam Sejarah dan banyak lagi daripada Arkib Negara Malaysia.
News Headlines Berita terkini tempatan dan seantero dunia yang dibawakan oleh The Star Online, dikemas kini setiap hari.
TED.com Wadah perkongsian buah fikiran dan pandangan melalui sebuah acara global yang berpangkalan di benua Amerika Utara.
The Making Of Arkib video di sebalik tabir daripada filem-filem blokbuster tempatan dan antarabangsa untuk keselesaan di rumah.
TM Self Help Saluran sehentian untuk tutorial berkaitan troubleshooting dan lain-lain daripada Telekom Malaysia.
Traffic Info Dapatkan maklumat trafik terkini yang dikuasakan oleh Twitter PLUS Trafik sebelum memulakan perjalanan.
Waktu Solat Dapatkan waktu-waktu solat dari bandar-bandar utama seluruh Malaysia, dibawakan oleh JAKIM.
Weather Forecast Maklumat cuaca terkini di serata Malaysia, dikemas kini setiap hari.

Saluran Radio[sunting | sunting sumber]

Saluran terdahulu[sunting | sunting sumber]

  • FTVditamatkan pada 31 Mei 2012
  • SS TVditamatkan pada 31 Disember 2012
  • FOX Football Channel Plus HDditamatkan pada 31 Julai 2013
  • Nat Geo Musicdigantikan kepada Channel [V] International HD pada 31 Ogos 2013
  • KidsCoditamatkan pada 10 Februari 2014
  • EMASditamatkan pada 31 Julai 2014
  • Trace Sport Stars HDditamatkan pada 30 September 2014
  • UTV Starsditamatkan pada 30 September 2014
  • BBC Entertainmentditamatkan pada Oktober 2015, digantikan kepada BBC First HD (VOD) pada 1 Oktober 2016
  • FOX Football Channel HDditamatkan pada Oktober 2015, digantikan kepada FOX Sports HD pada 26 Ogos 2016
  • Discovery Kidsditamatkan pada Januari 2016
  • Fashion TV HDditamatkan pada 1 Mei 2016
  • Astro Awaniditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Astro Oasisditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Astro SuperSport HDditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Astro SuperSport 2 HDditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Makkal TVditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • TV Direct Showcaseditamatkan pada 1 Disember 2016
  • Bindass Playditamatkan pada 1 April 2017
  • UTV Bindassditamatkan pada 1 April 2017
  • FOX Sports News HDditamatkan pada 1 April 2017
  • MNC Channeldigantikan kepada Pesona HD pada 1 April 2017
  • Syfy HDditamatkan pada 30 Jun 2017
  • Universal Channel HDditamatkan pada 30 Jun 2017
  • Hao Xiang Shopping TV HDditamatkan pada 1 Julai 2017
  • HyppSports 4 HDditamatkan pada 1 Julai 2017
  • MTV Live HDdigantikan kepada MTV Asia HD pada 1 Ogos 2017
  • Motorvision HDditamatkan pada 1 September 2017
  • HyppSports Plus – unifi Liga Super Malaysia HDditamatkan pada 1 April 2018, dijadikan 'papan kenyataan' jadual perlawanan akan datang
  • Channel [V] International HDditamatkan pada 1 Jun 2018
  • Channel [V] Taiwanditamatkan pada 1 Jun 2018
  • FOX Crime HDditamatkan pada 1 Jun 2018
  • 1News Channelditamatkan pada 1 Julai 2018
  • HyppSports ASN HDditamatkan pada 1 Ogos 2018
  • HyppSports ASN 2 HDditamatkan pada 1 Ogos 2018
  • Stingray iConcerts HDditamatkan pada 1 September 2018
  • TVB8 HDditamatkan pada 1 September 2018

Saluran Akan Datang[sunting | sunting sumber]

Siaran terestrial TV Digital Percuma yang terpilih seperti RTM, Media Prima, dan Bernama News Channel akan bermula pada 2019. Saluran terestrial dalam definisi tinggi dengan nombor saluran seperti berikut:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Sumber
  1. Pelancaran IPTV oleh TM
  2. Saluran FOX Football Channel dan BBC Entertainment ditamatkan
  3. Saluran Fashion TV HD ditamatkan
  4. Playbox HD daripada KRU Studios
  5. Pelancaran 3 Saluran baru pada Ogos 2017

Pautan luar[sunting | sunting sumber]