Hypp Inspirasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
HyppInspirasi HD
DilancarkanJun 2012 (EC Inspirasi)
September 2015 (HyppInspirasi)
Dimiliki olehTelekom Malaysia Berhad
Saluran kembarDunia Sinema HD
HyppFlicks Plus (VOD)
HyppPlay (VOD)
HyppSensasi HD
HyppSports HD
Pesona HD
Salam HD
Ketersediaan
IPTV
unifi TVSaluran 111 (HD)

HyppInspirasi (dahulunya dikenali sebagai EC Inspirasi) merupakan sebuah saluran televisyen dalam unifi yang memfokuskan kepada golongan belia namun juga sesuai untuk ditonton seluruh keluarga. Rancangan-rancangan HyppInspirasi terdiri daripada genre-genre muzik, kesenian, gaya hidup, hiburan, travelog dan komedi. Ia disiarkan 24 jam sehari dengan 14 jam rancangan baru setiap minggu.

Mulai 1 September 2015, EC Inspirasi telah bertukar nama kepada HyppInspirasi secara rasmi dalam format HD. Saluran unifi TV yang sebelum ini merupakan saluran percuma telah beralih ke saluran premium dan para pelanggan boleh melanggan Pek Aneka atau secara à la carte untuk terus menonton saluran ini.[1]

Rancangan TV[sunting | sunting sumber]

Antara rancangan yang terdapat dalam saluran ini ialah Dapur Bujang, The Gear Show, Homegrown Fresh Tunes, KLTV, Jom Wayang, The Art Gallery, We Don't Stop (Dokumentari Hip-Hop), The Gig Show, The Homegrown Show dan Breakfast Lunch Dinner.

  • Dapur Bujang merupakan rancangan memasak yang menampilkan Fendi (Balas Raja Lawak) sebagai tukang masak. Beliau akan memasak dua hidangan dalam satu episod. Setiap episod, Fendi diberikan modal RM10 sahaja. Masakan yang dimasak bukan calang-calang hidangan walaupun hanya bermodalkan RM10!
  • The Gear Show adalah rancangan untuk golongan yang bergiat aktif dalam bidang muzik. Setiap episod akan menampilkan beberapa anggota kumpulan daripada kugiran-kugiran tempatan untuk menunjukkan peralatan yang mereka gunakan untuk membuat persembahan atau membuat rakaman audio.
  • Homegrown Fresh Tunes juga merupakan rancangan muzik. Rancangan ini menampilkan kugiran tempatan yang baharu untuk diketengahkan dalam industri muzik tanah air.
  • KLTV adalah sebuah rancangan hiburan. KLTV akan ke acara-acara artis tempatan, ada juga segmen Hot Social Trending, juga segmen KL Style. Hot Social Trending akan membincangkan tentang hal-hal berkaitan topik yang hangat di laman sosial Twitter, YouTube mahupun Facebook. KL Style akan menampilkan artis tempatan memperagakan fesyen masing-masing.
  • Jom Wayang adalah rancangan televisyen pertama Malaysia yang membincangkan tentang filem-filem baharu dan juga filem-filem sukaramai sepanjang masa.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ unifi TV : HyppInspirasi di Aneka Pack, YouTube, 21 September 2015.