Hypp Sensasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sensasi
Unifi Sensasi.png
NegaraMalaysia Malaysia
Kawasan siaranSeluruh negara
SloganSantai Lah!
Ibu pejabatCyberjaya, Selangor
Pengaturcaraan
BahasaBahasa Melayu
Format gambar1080i HDTV (16:9)
Pemilikan
PemilikTelekom Malaysia Berhad
Saluran kembarDEGUP
Dunia Sinema
Inspirasi
Salam HD
unifi Sports
Sejarah
Dilancarkan4 Ogos 2014; 8 tahun yang lalu (2014-08-04)
Nama dahuluHyppSensasi HD
Ketersediaan
IPTV
unifi TVSaluran 116 (HD)
Media penstriman
playTV@unifiPenstriman langsung
(Malaysia sahaja)

Sensasi merupakan sebuah saluran televisyen berdefinisi tinggi (HD) oleh unifi TV yang sesuai ditonton untuk seisi keluarga seperti candawara (game show), drama, filem, dan rancangan realiti.

Sejarah saluran[sunting | sunting sumber]

  • 2013: HyppSensasi HD dahulunya merupakan salah satu saluran video-on-demand (VOD) premium berbahasa Malaysia dengan harga langganan RM9 sebulan, bersama-sama saluran VOD HyppVariasi dan HyppAnimasi.
  • 2014, 4 Ogos: HyppTV melancarkan saluran gaya hidup dan hiburan tempatannya yang pertama, HyppSensasi HD. Saluran baharu ini menayangkan program unik dan kandungan eksklusif berbahasa Malaysia dalam definisi tinggi (HD). Ia sudah boleh mula ditonton di HyppTV saluran 116. HyppSensasi HD memulakan langkah pertamanya melalui rancangan candawara (game show) pertama terbitan HyppTV iaitu Tu Dia!, selain pengenalan lima drama bersiri tempatan yang disiarkan pertama dan eksklusif iaitu; Cahaya Di Hujung Nyawa, Permainan Cinta, Selipar Jepun Stiletto Merah, Cinta Si Egois, dan BIB.[1]
  • 2015, 10 Jun: HyppTV bekerjasama dengan syarikat penerbitan TV tempatan bagi memantapkan siaran saluran, selain memenuhi cita rasa penonton setia HyppSensasi HD. HyppTV melancarkan dua buah lagi drama bersiri eksklusif untuk siaran HyppSensasi HD – iaitu Puteri Gunung Ledang dan Jodoh Sebelah Pintu.[2]
  • 2015, 19 Ogos: HyppSensasi HD mempelbagaikan lagi genre hiburan seperti gaya hidup untuk tontonan seisi keluarga, dengan memperkenalkan program 1 Jam Makan terbitan usahasama HyppTV dan FriedChillies Food Network. Tayangan perdana rancangan disiarkan secara eksklusif pada 16 Ogos 2015, setiap Ahad jam 9:30 malam.[3]
  • 2015, 8 September: Rancangan TV realiti pertama HyppSensasi HD bertemakan rock 'n roll terbitan KRU Studios, Rockers: Pentas Panas dilancarkan untuk mencari bakat nyanyian baharu dunia rock 'n roll tanah air di seluruh Malaysia.[4]
  • 2017, 22 Disember: HyppSensasi HD telah mencapai rekod 1 juta tontonan sejak pengenalan saluran pada 4 Ogos 2014. Pra-tonton percuma disediakan kepada semua pelanggan dan bukan pelanggan HyppTV dan aplikasi HyppTV Everywhere bermula 22 Disember 2017 sehingga tarikh tamat siaran percuma yang akan diumumkan kelak.[5]
  • 2018, 15 Januari: Bagi meraikan pencapaian 1 juta penonton saluran HyppSensasi HD dan penjenamaan semula HyppTV kepada unifi TV, rancangan candawara (game show) interaktif yang bersiaran secara langsung dan pertama seumpamanya di Malaysia, Teka Tekan dilancarkan; yang mana membolehkan para pelanggan unifi TV menjawab soalan melalui alat kawalan jauh, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.[6]
  • 2022, 1 September: HyppSensasi HD kini dijenamakan sebagai Sensasi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]