I'm Not Single

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
I'm Not Single
PengarahPierre Andre
PenulisPierre Andre
Dihasilkan olehDavid Teo
Dibintangi
Disunting olehBrian Ng (Kang)
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehMIG Pictures
Tarikh tayangan
  • 24 Julai 2008 (2008-07-24)
Masa tayangan
87 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
BajetRM 1.5 juta

I'm Not Single (atau dikenali sebagai Aku Bukan Bujang) ialah filem komedi romantik Malaysia 2008 arahan Pierre Andre. Filem ini mula ditayangkan di pawagam pada 24 Julai 2008.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Filem I'm Not Single mengisahkan tentang perkahwinan paksa yang diatur oleh kedua-dua ibu dan bapa Adam (Farid Kamil) dan Maya (Lisa Surihani). Maya dan Adam terpaksa berkahwin atas kemahuan masing-masing. Sebelum dipaksa berkahwin dengan Adam, Maya telah mempunyai kekasih yang bernama Dani (Awal Ashaari) dan mereka mencintai antara satu sama lain.

Selepas berkahwin Maya dan Adam dikehendaki berbulan madu di sebuah banglo warisan kepunyaan keluarga Adam. Walaupun berlaku konfrontasi hebat antara pasangan tersebut tetapi dalam masa yang sama Adam dapat mengenali Maya secara lebih dekat. Adam berjaya mengetahui segala pantang larang isterinya itu termasuk tabiatnya mengigau berjalan pada setiap malam yang tidak diketahui oleh Maya dan kekasihnya, Dani.

Rahsia ini diceritakan oleh Adam dalam sepucuk surat ditinggalkan untuk Maya selepas mereka bergaduh sekembalinya di rumah keluarga Maya berikutan kematian neneknya. Rupa-rupanya Adam telah menceritakan rahsia Maya itu ketika Dani datang untuk menemui Maya bagi melepaskan rindunya. Dalam pada itu, Dani berkenalan dengan Lisa (Intan Ladyana) ketika menolong untuk membaiki motosikalnya yang rosak di tengah jalan. Secara kebetulan juga motosikal Adam turut mengalami kerosakan. Mereka terpaksa berteduh daripada hujan di bawah jambatan dan bermalam di rumah kosong.

Setelah mengenali Dani sebagai lelaki baik dan mengetahui kisah percintaannya yang terhalang dengan Maya, sebelum berpisah Lisa telah memberikan harapan kepada Dani. Mengikut gambar album yang diceritakan oleh Maya, Dani dan Lisa kemudiannya berkahwin. Selepas mengetahui isi hati sebenar dan sikap bertanggungjawab Adam terhadapnya, Maya kemudian melupakan Dani dan mencari suaminya itu untuk meminta maaf atas segala kesilapan dilakukannya. Maya dan Adam kini menunggu kelahiran anak sulungnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Turut dibintangi[sunting | sunting sumber]

Pelakon undangan[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Mulai 2 Oktober 2008, Astro Kirana, sebuah saluran berbayar baru daripada stesen tv berbayar Astro yang menayangkan filem-filem pada setiap slot waktu akan menayangkan filem I'm Not Single.

Sambutan[sunting | sunting sumber]

FIlem ini dikeluarkan pada 24 Julai 2008 dan mendapat kutipan sebanyak RM 1.391 juta.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.