I-Tanggang: Mother of All Lies

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
I-Tanggang: Mother of All Lies
GenreDrama, keluarga, misteri
Ditulis oleh
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin
  • Wan Alauddin Wan Zainuddin
  • Keen
Pengarah
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin
  • Wan Alauddin Wan Zainuddin
  • Rashidi Ishak
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Gelap" oleh Satwo
Lagu penutup"Gelap" oleh Satwo
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod12
Penerbitan
PenerbitWan Hasliza Wan Zainuddin
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
KL Motion Pictures
Penyiaran
Saluran asalAstro Citra
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 September 2021 – kini

i-Tanggang: Mother of All Lies (atau i-Tanggang) ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan bersama Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin dan Rashidi Ishak, dibintangi oleh Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofia, Emelda Rosmila dan ramai lagi.[1] Ia merupakan drama pertama di Malaysia yang mengetengahkan isu penderitaan mental Munchausen Syndrome by Proxy. Siri ini diterbitkan di bawah jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Citra bermula 13 September 2021.[2][3][4]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Khay penghidap kanser yang memerlukan kerusi roda untuk bergerak. Erma, ibu kepada Khay merupakan seorang pengaruh media sosial, penulis buku dan penjual minyak aromaterapi yang berjaya. Pada majlis pelancaran bukunya, Erma membuat pengumuman yang Khay hanya ada masa enam bulan untuk hidup. Berita ini sangat mengejutkan Khay. Adakah dia betul-betul akan mati dalam masa enam bulan? Rahmat, ayah kepada Khay dan Doktor Nini, salah seorang bekas doktor Khay juga meragui berita tersebut. Setelah sekian lama tidak berjumpa, Rahmat menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada Khay tanpa pengetahuan Erma. Dengan menggunakan telefon tersebut, Khay berjumpa dengan dua rakan dalam talian, Royal E (Esra) dan CapeqRyder (Syafiq) dan menubuhkan kumpulan kumpulan sembang bernama i-Tanggang.

Sementara itu, kehidupan Syafiq juga dilanda konflik apabila terpaksa mengambil alih tugas ibu bapanya untuk menjadi ketua keluarga dengan bekerjasama sebagai penghantar bagi menyara hidup mereka terutamanya lima orang adiknya yang masih kecil. Ini menyebabkan Syafiq mula rasa benci terhadap ibu bapanya yang tidak bertanggungjawab. Sementara itu, Esra pula terlalu dimanjakan sehingga dia tidak mempunyai sifat kemanusiaan. Apabila Esra dan Syafiq mendapat tahu yang Erma memalsukan penyakit Khay dan cuba membunuhnya, Esra bersama Syafiq membuat rancangan untuk menyelamatkan Khay. Namun, perancangan itu akhirnya memakan diri mereka sendiri.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Pengarah dan penerbit i-Tanggang Wan Hasliza Wan Zainuddin berkata mengenai drama ini: "i-Tanggang sebuah drama berat yang menekankan penderaan kepada seorang anak oleh seorang ibu yang mempunyai penyakit Munchausen Syndrome by Proxy. Bukan itu sahaja, ia juga fokus kepada konsep ‘derhaka’. Derhaka itu bukan datang dari satu sudut. Banyak perkara lain yang menyumbang kepada penderhakaan atau kekhianatan seseorang".[7] Isu sosial yang diketengahkan dalam i-Tanggang turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada UMCares sebagai Pusat Komuniti dan Kelestarian dibawah naungan Universiti Malaya.[7]

Siaran[sunting | sunting sumber]

i-Tanggang: Mother of All Lies memulakan tayangan perdana pada 13 September 2021 dengan episod pertama siri ini ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00 malam. Manakala, untuk minggu-minggu seterusnya, episod seterusnya akan ditayangkan di saluran Astro Citra pada setiap Isnin, jam 9.00 malam.[7]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

  • "Gelap" - Satwo
  • "Cahaya Malam" - Satwo
  • "Bukan Mainan" - Rashidi Ishak

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Maliah Surip (2 September 2021). "I Tanggang, anak yang derhaka atau ibu yang durjana?". Astro Gempak. Dicapai pada 29 September 2021.
  2. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p q r s t u v w x y z aa "Drama i-Tanggang". My Infotaip. 7 September 2021. Dicapai pada 13 September 2021.
  3. ^ Saharudin Musthafa (13 September 2021). "I-Tanggang teroka naratif baharu konflik keluarga". Astro Awani. Dicapai pada 13 September 2021.
  4. ^ RD Minion (13 September 2021). "Astro Originals present 'I-Tanggang', Story Of Evil Mothers Based On Untold Malaysian Stories". Rojak Daily (dalam bahasa Inggeris). MSN. Dicapai pada 13 September 2021.
  5. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (17 Oktober 2021). "Emma telan maki hamun". Berita Harian. Dicapai pada 19 Oktober 2021.
  6. ^ Serimah Mohd Sallehuddin (11 Oktober 2021). "Aiman 'didera' dalam i-Tanggang". Berita Harian. Dicapai pada 16 Oktober 2021.
  7. ^ a b c Budiey (7 September 2021). "Sinopsis drama bersiri i-Tanggang, memaparkan isu penderitaan mental". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 13 September 2021.