I.O.I

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
I.O.I
161021 뮤직뱅크 아이오아이.jpg
I.O.I pada bulan Oktober 2016 (Dari kiri ke kanan: Na-young, Yeon-jung, Mi-na, Jieqiong, Chae-yeon, So-mi, Se-jeong, Chung-ha, Yoo-jung, So-hye, Do-yeon)
Latar belakang
Berasal dariKorea Selatan Seoul, Korea Selatan
GenreK-pop
Tahun aktif2016 (2016)–2017
2019–sekarang
Syarikat rakaman
Kegiatan berkaitan
Laman sesawang
ymcent.com/YMC
Ahli
Bekas ahli

I.O.I (Hangul: 아이오아이; juga dikenali sebagai IOI atau Ideal of Idol) ialah sebuah kumpulan wanita Korea Selatan dibentuk oleh CJ E&M melalui program realiti tahun 2016, Produce 101 yang disiarkan menerusi saluran Mnet. Kumpulan ini terdiri daripada sebelas ahli yang dipilih daripada 101 pelatih dari pelbagai syarikat hiburan: Lim Na-young, Kim Chung-ha, Kim Se-jeong, Jung Chae-yeon, Zhou Jieqiong, Kim So-hye, Yoo Yeon-jung, Choi Yoo-jung, Kang Mi-na, Kim Do-yeon dan Jeon So-mi. Mereka membuat kemunculan pertama pada 4 Mei 2016 menerusi album mini, Chrysalis.[1] Kumpulan ini dibubarkan pada akhir bulan Januari 2017.

I.O.I akan kembali pada bulan Disember 2019 dengan sembilan ahli, tidak termasuk Yoo Yeon-jung dan Jeon So-mi, dan akan diuruskan bersama oleh Swing Entertainment dan Studio Blu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pra-debut: Produce 101 dan "Crush"[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Produce 101

Sebelum Produce 101, beberapa ahli I.O.I sudah dikenali selepas muncul dalam rancangan televisyen yang lain: Kim Se-jeong merupakan peserta K-pop Star 2 pada tahun 2012, Jeon So-mi merupakan ahli program realiti tahun 2015, Sixteen dan Choi Yoo-jung muncul di dalam drama web, To Be Continued.[2][3][4] Pada bulan September 2015, Jung Chae-yeon membuat kemunculan pertama sebagai ahli DIA tetapi menarik diri buat sementara waktu daripada kumpulan untuk menyertai Produce 101. Beliau juga membuat penampilan kameo di dalam drama web tahun 2015, Sweet Temptation.[5][6]

Pada bulan November 2015, Mnet mengumumkan program baru mereka untuk membawa 101 pelatih daripada 46 syarikat hiburan untuk membentuk kumpulan wanita dengan sebelas 11 ahli yang dipilih oleh penonton. Program ini mula ditayangkan pada 21 Januari 2016 dan berakhir pada 1 April 2016.[7][8] Kumpulan ini pada mulanya dirancangkan untuk membuat kemunculan pertama pada 1 April 2016 menerusi lagu "Crush" yang dipersembahkan oleh mereka sebagai sebahagian daripada episod terakhir program ini tetapi YMC Entertainment dan Mnet memutuskan untuk menangguhkan rancangan tersebut untuk membuat persediaan konsep dan membuat latihan untuk lagu baru sebagai lagu pertama I.O.I.[9]

Pada 3 April 2016, seorang wakil memberi butiran rancangan untuk kemunculan pertama kumpulan ini. Daripada mengeluarkan sebuah lagu single seperti yang dirancangkan, I.O.I akan mengeluarkan sebuah album mini bersama pelbagai lagu. Kumpulan ini juga dilaporkan akan mendapat program realiti mereka sendiri dalam saluran Mnet.[10][11] Pada hari yang sama, ahli kumpulan ini menyambut peminat mereka buat kali pertama sebagai I.O.I melalui aplikasi Naver V yang dibuka pada hari sebelumnya.[12]

Pada 4 April 2016, Mnet mengeluarkan teaser video muzik untuk lagu "Crush". Pada hari berikutnya, lagu ini dikeluarkan sebagai single digital disusuli dengan video muzik lagu ini.[13]

Debut menerusi Chrysalis[sunting | sunting sumber]

Pada 11 April 2016, I.O.I telah diumumkan akan membuat kemunculan pertama menerusi sebuah album mini pada 4 Mei 2016 dan akan mengadakan persembahan pertama dan perjumpaan peminat pada hari berikutnya di Gimnasium Jangchung.[1] LOEN Entertainment telah mengambil alih tugas pengedaran untuk keluaran I.O.I bermula dengan album mini tersebut.[1][14]

Pada 27 April, YMC Entertainment mengumumkan album mini pertama I.O.I bertajuk Chrysalis. Lima hari kemudian, teaser video muzik dikeluarkan.[15][16]

I.O.I secara rasminya membuat kemunculan pertama pada 4 Mei 2016 menerusi pengeluaran album mini pertama mereka dan video muzik untuk lagu "Dream Girls". Lagu ini ditulis oleh penyanyi-penulis lagu, Eru (yang menggunakan nama pena Famousbro) dan komposer, Paul. Lirik rap ditulis oleh ahli kumpulan, Lim Na-young dan Choi Yoo-jung.[17][18] Pada 5 Mei, kumpulan ini mengadakan persembahan pentas pertama mereka dalam M! Countdown dimana mereka mempersembahkan lagu utama dan "Knock Knock Knock".[19]

Pada 11 Mei, Jung Chae-yeon dari MBK Entertainment menyertai DIA untuk kemunculan kembali kumpulan itu pada bulan Jun.[20] Pada 27 Mei, I.O.I telah didedahkan akan mula mempromosi sebagai sub-unit serta kemunculan solo pertama ahli-ahli semasa musim panas tahun 2016. Kumpulan ini berkemungkinan dibubarkan pada akhir bulan Januari 2017.[21][22] Pada 7 Jun, Kim Se-jeong dan Kang Mi-na dari Jellyfish Entertainment diumumkan telah kembali ke agensi mereka untuk membuat persediaan kemunculan pertama rasmi mereka sebagai ahli kumpulan Gugudan pada akhir bulan Jun.[23][24]

Whatta Man dan "Hand in Hand"[sunting | sunting sumber]

I.O.I di KCON Los Angeles pada bulan Julai 2016

Pada 10 Jun 2016, YMC Entertainment mengumumkan Lim Na-young, Kim Chung-ha, Zhou Jieqiong, Kim So-hye, Choi Yoo-jung, Kim Do-yeon dan Jeon So-mi sebagai ahli sub-unit I.O.I. Mereka dijadualkan untuk mempromosi album kedua kumpulan itu pada musim panas tahun 2016.[25] Pada 29 Julai 2016, I.O.I telah diumumkan akan mengeluarkan lagu baru mereka pada 9 Ogos. Unit kumpulan tersebut selesai menjalani penggambaran video muzik pada 20 Julai dan mula membuat persediaan untuk pengeluaran dan promosi lagu tersebut.[26]

Pada 2 Ogos 2016, sebuah gambar teaser kumpulan dikeluarkan melalui SNS I.O.I dengan kapsyen "WXAXTX X XAN". Dua hari kemudian, YMC Entertainment mendedahkan teaser video muzik untuk lagu baru kumpulan itu, "Whatta Man (Good Man)". Koreografi untuk lagu "Whatta Man" disusun oleh Kim Chung-ha.[27][28] Pada 15 Ogos 2016, I.O.I mengeluarkan lagu "Hand in Hand", sebuah buatan semula lagu tema Sukan Olimpik Seoul 1988 yang pada asalnya dinyanyikan oleh kumpulan Koreana.[29]

Miss Me?[sunting | sunting sumber]

Pada 30 Ogos 2016, YMC Entertainment mengumumkan bahawa I.O.I sedang membuat persediaan untuk kemunculan kembali bersama sebelas ahli pada bulan Oktober.[30]

Pada 22 September, agensi tersebut mengesahkan bahawa I.O.I telah mula membuat rakaman untuk album baru dengan lagu utama diterbitkan oleh Park Jin-young, pengasas agensi Jeon So-mi, JYP Entertainment.[31][32] Album mini tersebut dijangka akan menjadi album terakhir mereka sebelum pembubaran kumpulan. Ahli-ahli kumpulan akan kembali ke agensi masing-masing selepas itu.[33]

Pada 28 September 2016, ia telah disahkan bahawa album baru I.O.I telah disahkan akan dijadual dikeluarkan pada 17 Oktober 2016. Pada 11 Oktober, I.O.I mengumumkan album mini baru mereka bertajuk Miss Me? disusuli dengan empat gambar teaser ahli untuk dua hari berikutnya. Tiga hari kemudian, teaser video muzik untuk lagu utama bertajuk "Very Very Very" dikeluarkan.[34]

Program istimewa kemunculan kembali kumpulan ini bertajuk I Miss You Very Very Very Much Show disiarkan secara langsung menerusi saluran Mnet pada 16 Oktober pukul 11:30 malam disusuli dengan keluaran album mini Miss Me? dan video muzik lagu utama sewaktu tengah malam.[35][36] I.O.I mengadakan persembahan pertama untuk album mini kedua mereka di Dewan Langsung Yes24 pada 17 Oktober. Semasa acara tersebut, kumpulan ini telah didedahkan bahawa mereka merancang untuk mengadakan konsert terakhir mereka pada 21 dan 22 Januari 2017. Apabila disoal media mengenai kemungkinan penyatuan semula selepas pembubaran, ahli-ahli berkata mereka mahu bersatu kembali selepas lima tahun.[37][38]

I.O.I memenangi trofi program muzik pertama mereka sebagai kumpulan penuh menerusi lagu "Very Very Very" pada 26 Oktober dalam Show Champion.[39]

Aktiviti dan konsert terakhir dan dibubarkan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan unit I.O.I pada bulan Disember 2016

Pada 5 November 2016, YMC Entertainment mengesahkan bahawa I.O.I akan dibubarkan pada 31 Januari 2017. Kumpulan ini akan terus mempromosi sehingga kontrak mereka berakhir; termasuk penampilan tetamu di dalam rancangan varieti seperti Immortal Songs: Singing the Legend, Yang and Nam Show dan Knowing Bros. Pada 27 November, I.O.I telah diumumkan akan mengadakan konsert solo terakhir mereka bertajuk "Time Slip – I.O.I" pada 20 sehingga 22 Januari 2017. Konsert selama tiga hari tersebut akan berlangsung di Gimnasium Jangchung dimana kumpulan ini mengadakan persembahan pertama mereka.[40]

Pada 21 Disember 2016, sub-unit I.O.I telah diumumkan akan mengeluarkan sebuah lagu pada bulan Januari 2017 tanpa promosi di dalam program muzik.[41]

Pada 10 Januari 2017, I.O.I telah didedahkan bahawa mereka menerima lagu-lagu daripada pelbagai penerbit dan penulis lagu sebagai kemungkinan lagu terakhir termasuk dari Jinyoung (B1A4).[42] Pada 17 Januari, YMC Entertainment mengumumkan lagu terakhir kumpulan ini sebelum pembubaran rasmi sebagai "Downpour", yang ditulis dan diterbitkan oleh Woozi dari Seventeen. Lagu ini beserta video muzik dikeluarkan pada hari berikutnya.[43][44]

Aktiviti terakhir I.O.I sebagai sebuah kumpulan adalah pada 25 Januari 2017. Kumpulan ini juga merakam sebuah iklan televisyen untuk jenama Elite bersama kumpulan lelaki, Pentagon.[45][46] Kumpulan ini secara rasminya dibubarkan pada 29 Januari dengan penampilan rancangan televisyen terakhir mereka adalah di dalam rancangan MBC, Section TV dan kafe peminat mereka ditutup pada 31 Januari.[47][48] Pada 31 Januari, lagu "Downpour" memenangi program muzik Inkigayo tetapi tiada siaran langsung oleh kerana Tahun Baru Korea.[49]

Reunion[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Julai 2019, Studio Blu mengesahkan bahawa kumpulan ini akan kembali pada bulan Oktober 2019 dengan sembilan ahli, tidak termasuk Yoo Yeon-jung dan Jeon So-mi.[50][51] Pada 6 September, comeback yang dirancang telah ditangguhkan hingga bulan Disember.[52]

Selepas pembubaran[sunting | sunting sumber]

Kesemua ahli I.O.I kembali ke agensi masing-masing selepas pembubaran.[53]

  • Jung Chae-yeon, Kim Se-jeong, Kang Mi-na dan Yoo Yeon-jung menyertai semua kumpulan asal mereka.
  • Kim So-hye menyertai Bae Sung-jae's Ten Radio sebagai ahli.[54] Beliau membuat penampilan pertamanya sebagai pelakon di dalam video muzik dan drama web semasa separuh pertama tahun 2017.[55]
  • Kim Chung-ha secara rasminya membuat kemunculan pertama sebagai penyanyi solo pada 7 Jun 2017 menerusi pengeluaran album mini, Hands on Me.[56]
  • Lim Na-young dan Zhou Jieqiong (atau Kyulkyung) membuat kemunculan pertama bersama kumpulan wanita, Pristin pada 21 Mac 2017.[57]
  • Choi Yoo-jung dan Kim Do-yeon membuat kemunculan pertama bersama kumpulan wanita, Weki Meki pada 8 Ogos 2017.[58]
  • Jeon So-mi menandatangani kontrak rasmi bersama JYP Entertainment untuk memulakan aktiviti solo. Beliau menyertai barisan ahli Sister's Slam Dunk Musim 2.[59]

Ahli[sunting | sunting sumber]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Diskografi I.O.I.

Album mini[sunting | sunting sumber]

Konsert[sunting | sunting sumber]

  • Time Slip – I.O.I (2017)

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Rancangan realiti[sunting | sunting sumber]

  • Produce 101 (2016)
  • Standby I.O.I (2016)[60]
  • LAN Cable Friends I.O.I (2016)[61]
  • I Miss You Very Very Very Much Show (2016)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Bae, Jung Yun. "I.O.I Will Make Its Official Debut". BNT News. BNT News International. Dicapai 11 April 2016. 
  2. ^ "K팝스타2 김세정,박소연,김민정 폭풍성장(프로듀스101)". Instiz (dalam bahasa Korea). Dicapai 2 April 2016. 
  3. ^ Kim, Hyeon-min. "'프로듀스 101', 14명의 소녀들 소개 영상…'트와이스' 소미 지원사격". Herald Pop (dalam bahasa Korea). Dicapai 2 April 2016. 
  4. ^ Kim, Ji-hye. "'프로듀스101′ 전소미, 두 번째 오디션 도전…트와이스 지원사격 '의리'". Tenasia (dalam bahasa Korea). Dicapai 2 April 2016. 
  5. ^ Jeong, Yoo-jin. "다이아 측 "채연•캐시 잠정 탈퇴..'프로듀스' 합류" [공식입장]". Naver (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai 2 April 2016. 
  6. ^ Jeong, Yoo-jin. "다이아 채연•캐시, '프로듀스 101' 합류 하면서 잠정탈퇴…"새로운 도전"". MBN News (dalam bahasa Korea). Dicapai 2 April 2016. 
  7. ^ Seon, Mi-kyung. "'프로듀스101' 전소미, 1위 지켰다…이변없는 I.O.I 멤버 11인 확정[종합]". Nate (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai 2 April 2016. 
  8. ^ Kim, Do-hyeong. "'프로듀스 101' 최종 1위 전소미…11위 유연정 '데뷔 확정' (종합)". Nate (dalam bahasa Korea). Sports Seoul. Dicapai 2 April 2016. 
  9. ^ "[단독] '프로듀스101', 5월 정식 데뷔…'크러쉬' 아닌 신곡" (dalam bahasa Korea). Dicapai 31 Oktober 2016. 
  10. ^ Hwang, Mi-hyun. "[단독]엠넷, '프듀101' 아이오아이(I.O.I) 리얼리티 기획". Naver (dalam bahasa Korea). Ilgan Sports. Dicapai 3 April 2016. 
  11. ^ Hong, Se-young. "[단독] '택시', '프로듀스 101' 특집 준비 중… 첫 토크쇼". Naver (dalam bahasa Korea). Sports Donga. Dicapai 3 April 2016. 
  12. ^ Kim, Ji-young. "[V Report] I.O.I from 'Produce 101' kicks off V app broadcast". Kpop Herald. Dicapai 4 April 2016. 
  13. ^ Jeong, Byung-ki. "'Produce 101' finalist song released". Korea JoongAng Daily. Dicapai 6 April 2016. 
  14. ^ Lee, Gun-hee. "아이오아이, CJ E&M 아닌 로엔과 데뷔곡 발표 (IOI's debut to be handled by LOEN, not CJ E&M)" (dalam bahasa Korea). Money Today. Dicapai 13 April 2016. 
  15. ^ Bae, Jung-yun. "I.O.I to Unveil Its Teaser Image". BNT News. BNT International. Dicapai 30 April 2016. 
  16. ^ Min, Susan. "[Video] I.O.I Releases Teaser for 'Dream Girls'". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai 2 Mei 2016. 
  17. ^ Shin, Ji-soo. "I.O.I "Dream Girls" Lyricist-Composer Turns Out to be Eru: Goes by the Name "Famous Bro"". Money Today. Dicapai 4 Mei 2016. 
  18. ^ Jeon, Su-mi. "[Video] I.O.I Debuts and Releases 'Dream Girls' MV". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai 4 Mei 2016. 
  19. ^ Cho, He-jin. "I.O.I Shares Debut Selfie". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai 27 Mei 2016. 
  20. ^ Park, Pan-seok. "다이아, 정채연·기희현 합류 확정..현재 뮤비 촬영중[공식입장]". Naver (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai 13 Mei 2016. 
  21. ^ Kim, Na-hee. "아이오아이 측 "'마마' 마지막 무대? 내년 1월까지 활동"(공식입장)". Naver (dalam bahasa Korea). News1 Korea. Dicapai 27 Mei 2016. 
  22. ^ Kim, Ye-na. "[단독] I.O.I, 완전체 활동 '드림콘서트'로 끝…유닛 시작". Nate (dalam bahasa Korea). TV Report. Dicapai 27 Mei 2016. 
  23. ^ Kim, Ji-yeon. "I.O.I′s Kim Sejeong and Kang Mina Confirmed for Jellyfish′s First Girl Group". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai 11 Jun 2016. 
  24. ^ Jeon, Su Mi. "Jellyfish Finally Announces New Girl Group Name". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai 17 Jun 2016. 
  25. ^ Park, Hyun-min. "아이오아이, 첫 유닛 확정…'전소미부터 김소혜'[공식입장]". Naver (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai 11 Jun 2016. 
  26. ^ Jeong, Ji-won. "[단독] 아이오아이 유닛, 8월 9일 컴백확정…블랙핑크와 정면대결". Naver (dalam bahasa Korea). Xports News. Dicapai 31 Julai 2016. 
  27. ^ Choi, Hyung-won. "Teaser photo tees up I.O.I's return". Kpop Hearld. Herald Corporation. Dicapai 5 Ogos 2016. 
  28. ^ Choi, Hyung-won. "Watch: I.O.I Unit's new teaser (video)". Kpop Hearld. Herald Corporation. Dicapai 5 Ogos 2016. 
  29. ^ "(싱글) 손에 손잡고". MelOn (dalam bahasa Korea). Dicapai 15 Ogos 2016. 
  30. ^ Min, Susan. "I.O.I to Make a Comeback as a Whole Group". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai 30 Ogos 2016. 
  31. ^ Son, Ji-hyoung. "JYP to produce tracks for I.O.I". Kpop Herald. Herald Corporation. Dicapai 22 September 2016. 
  32. ^ Kim, Ji-yeon. "I.O.I to Receive Title Track From Top Producer Park Jin Young". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai 23 September 2016. 
  33. ^ Jeong, Ji-won. "[단독] "마지막은 JYP와 함께"…아이오아이, 박진영 곡으로 컴백". Naver (dalam bahasa Korea). Xports News. Dicapai 22 September 2016. 
  34. ^ Noh, Yoon-jeong. ""오랜만의 완전체" 아이오아이, '너무너무너무' 티저 영상 공개". Naver (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Dicapai 14 Oktober 2016. 
  35. ^ Park, Pan-seok. "완전체 아이오아이, 황금손 JYP 만나 귀여움 폭발..대박예감[V라이브 종합]". Naver (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai 16 Oktober 2016. 
  36. ^ Lee, Ji-young. "[Video] I.O.I Drops Adorable Teaser Video Featuring All 11 Members". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai 17 Oktober 2016. 
  37. ^ Hea, Jung-min. "[Photo] I.O.I Introduces 'Miss Me?' During Showcase". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai 17 Oktober 2016. 
  38. ^ Son, Ji-hyoung. "I.O.I speaks on reunion". Kpop Herald. Herald Corporation. Dicapai 17 Oktober 2016. 
  39. ^ Cho, He-jin. "I.O.I Wins First Trophy as a Whole Group with 'Very Very Very'". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai 27 Oktober 2016. 
  40. ^ Park, Hyeon-min. "[단독] 아이오아이, 마지막은 콘서트..내년 1월 '타임슬립' 확정". Naver (dalam bahasa Korea). OSEN. Dicapai 29 November 2016. 
  41. ^ Hwang, Soo-yeon. "[팝업★]"연습생은 없다" 각 소속사가 밝힌 아이오아이 꽃길 2막". Naver (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Dicapai 28 Disember 2016. 
  42. ^ Min, Susan. "I.O.I to Collaborate with B1A4's Jin Young for Last Song". Mwave. Mwave. Dicapai 14 Januari 2017. 
  43. ^ Min, Susan. "I.O.I to Release Final Single Written By Seventeen's Woozi". Mwave. Mwave. Dicapai 17 Januari 2017. 
  44. ^ Min, Susan. "I.O.I's 'Downpour' Achieves Music Chart All-Kill". Mwave. Mwave. Dicapai 18 Januari 2017. 
  45. ^ Hwang, Ji-young. "[단독] 아이오아이, 진짜 마지막은 완전체 광고촬영 '꽃길엔딩'". Naver (dalam bahasa Korea). Ilgan Sports. Dicapai 23 Januari 2017. 
  46. ^ Moon, Wan-sik. "[단독]'아듀' 아이오아이..25일 광고촬영 끝 266일 활동 마감". Naver (dalam bahasa Korea). Star News. Dicapai 28 Januari 2017. 
  47. ^ Lee, Sang-cheol. "[단독]아이오아이(I.O.I), 오는 29일부로 프로젝트 활동 마치며 공식적인 해체..'너무 아쉬운 이별'". CBC News (dalam bahasa Korea). CBC News. Dicapai 28 Januari 2017. 
  48. ^ Lee, Ah-young. "'섹션' 아이오아이, 마지막 스케줄에 눈물…"5년 뒤 꼭 만나자"". Naver (dalam bahasa Korea). Xports News. Dicapai 29 Januari 2017. 
  49. ^ Min, Susan. "I.O.I Takes Home 'Inkigayo' Trophy With 'Downpour'". Mwave. Mwave. Dicapai 31 Januari 2017. 
  50. ^ "아이오아이, 10월 9인조로 재결합…"전소미·유연정도 응원할 것" [공식입장 전문]". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). July 1, 2019. Dicapai July 1, 2019. 
  51. ^ "Girl band I.O.I gets back together for new album in Oct." Yonhap News Agency (dalam bahasa Inggeris). July 2, 2019. Dicapai July 2, 2019. 
  52. ^ "[단독]아이오아이, 12월로 컴백 연기...'11인조 완전체로 돌아오나?'". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). September 6, 2019. Dicapai September 6, 2019. 
  53. ^ "Members of girl group I.O.I unveil post-disbandment plans". Yonhap News. Yonhap News Agency. Dicapai 4 Februari 2017. 
  54. ^ Choi, Yun-na. "아이오아이 김소혜, '배성재 텐' 고정 출연…12일 방송[공식입장]". Naver (dalam bahasa Korea). Sports DongA. Dicapai 4 Februari 2017. 
  55. ^ Seon, Mi-kyung. "아이오아이 끝낸 김소혜, 첫 행보는 라디 신곡 MV 주인공". Naver (dalam bahasa Korea). Osen. Dicapai 12 Julai 2017. 
  56. ^ Ha, Na-young. "김청하 "타이틀곡 MV, 태어나 처음 수중촬영…기관지 아팠다"". Naver (dalam bahasa Korea). Chosun Ilbo. Dicapai 7 Jun 2017. 
  57. ^ Lee, Ho-yeon. "[팝's신곡]"파워 & 프리티" 프리스틴, 신인상 예약한 특급 기대주". Naver (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Dicapai 21 Mac 2017. 
  58. ^ Hwang, Soo-yeon. "판타지오 측 "최유정·김도연 전속 계약, 상반기 걸그룹 데뷔"(공식)". Naver (dalam bahasa Korea). Herald Pop. Dicapai 4 Februari 2017. 
  59. ^ Lee, Eun-jin. "'언니들의 슬램덩크2', 걸크러시 7人언니들이 온다... 10일 첫 방송". Naver (dalam bahasa Korea). TenAsia. Dicapai 4 Februari 2017. 
  60. ^ Lee, Yong-soo. "아이오아이, 데뷔 과정 담는 '스탠바이 아이오아이' 오는 22일 편성". Naver (dalam bahasa Korean). Sports Seoul. Dicapai April 15, 2016. 
  61. ^ Ko, Sujin. "[Video] I.O.I Featured in First 'LAN Cable Friends I.O.I' Trailer". Mwave. CJ E&M enewsWorld. Dicapai November 29, 2016. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]