I.T. (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
I.T.
PengarahJohn Moore
Lakon layarDan Kay
William Wisher
Cerita olehDan Kay
David T. Friendly (tidak kredit)
Dihasilkan olehDavid T. Friendly
Beau St. Clair
DibintangiPierce Brosnan
James Frecheville
Anna Friel
Stefanie Scott
Michael Nyqvist
SinematografiEkkehart Pollack
Disunting olehIvan Andrijanic
Muzik olehTimothy Williams[1]
Syarikat
penerbitan
Voltage Pictures
Irish DreamTime
Friendly Films
Fastnet Films
22h22
Diedarkan olehRLJ Entertainment
Tarikh tayangan
23 September 2016
Masa tayangan
95 minit
NegaraA.S.
Ireland
France
Denmark
BahasaInggeris
Pecah panggung$114,536[2]

I.T. merupakan filem seram ngeri 2016 yang diarahkan oleh John Moore dan ditulis oleh Dan Kay dan William Wisher. Ia dibintangi oleh Pierce Brosnan, James Frecheville, Anna Friel, Stefanie Scott dan Michael Nyqvist. Filem ini telah diterbitkan oleh David T. Friendly dan Beau St. Clair, yang juga merupakan rakan kongsi penerbitan Brosnan dalam syarikat penerbitan Irish DreamTime sebelum kematiannya. Filem ini dikeluarkan pada 23 September 2016.

Plot[sunting | sunting sumber]

Mike Regan merupakan hartawan penerbangan yang tinggal dalam sebuah rumah yang penuh dengan teknologi moden bersama isterinya, Rose, dan anak perempuannya yang berusia 17 tahun, Kaitlyn. Beliau telah mengupah seorang lelaki berusia 28 tahun, Ed Porter, sebagai perunding I.T. syarikatnya dan Mike telah menjemput Ed untuk membantunya membetulkan isyarat Wi-Fi di rumahnya. Porter telah membantu Mike untuk menaiktarafkan sistem GPS keretanya dan memberitahu beliau pernah bekerja dengan NSA serta berkhidmat dalam ketenteraan. Porter telah bertemu dengan Kaitlyn dan memulakan berhubung dengannya menerusi media sosial.

Pada suatu hari, Porter telah dijemput oleh Kaitlyn ke rumah setelah menghantarnya pulang dari sekolah. Mike yang mengetahui perkara tersebut telah bertindak memecat Porter serta-merta. Hal ini telah menyebabkan Porter bertindak mengakses data peribadi Mike dari jauh, termasuk rumanhnya, di mana Porter telah mengawal pergerakan mereka menerusi kamera keselamatan dan semua peralatan di dalam rumah itu. Beliau turut telah merakamkan aksi Kaitlyn di dalam bilik mandi.

Porter telah menghantar emel palsu kepada semua pelanggan Mike dan Suruhanjaya Keselamatan dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) yang mengancam kelangsungan syarikat. Beliau turut menghantar keputusan mammogram palsu kepada Rose yang mengatakan Rose positif barah payudara. Hal ini telah menyebabkan Rose bersedih sebelum dimaklumkan oleh doktornya bahawa beliau bebas dari barah payudara. Mike yang telah sedar segala perbuatan Porter telah bertindak menyerang dan mengugutnya agar beliau tidak mengganggu keluarganya lagi. Namun, ugutan Mike tidak berjaya. Porter telah memuatnaikkan video peribadi Kaitlyn di dalam bilik mandi dan menarik perhati rakan sekolahnya. Kaitlyn yang berasa malu telah menyalahkan bapanya atas semua teknologi yang dipasang di dalam rumah tersebut.

Mike menjadi berang dan memandu ke rumah Porter. Namun, Porter terlebih dahulu dapat mengetahui tindakan Mike melalui sistem navigasi kereta yang turut dipantau olehnya.

Mike telah meminta pertolongan dari pakar I.T., Henrik. Henrik telah meminta Mike untuk memusnahkan kesemua teknologi pintar yang terdapat di dalam rumahnya serta menghapuskan semua emel, akaun bank dan fail-fail komputer. Henrik memberitahu Mike bahawa nama sebenar Porter adalah Richard Edward Portman dan bapanya telah membunuh diri ketika beliau berusia enam tahun. Henrik turut memaklumkan bahawa Porter tidak pernah bekerja dengan NSA dan tidak pernah juga terlibat dalam ketenteraan seperti yang diceritakan olehnya dahulu. Henrik telah bertindak mencuri telefon dari seorang pekerja kedai kopi yang juga disukai oleh Porter. Henrik telah menghantar pesanan menggunakan telefon tersebut dan meminta Porter untuk datang ke kedai kopi. Semasa ketiadaan Porter, Mike telah berjaya mencuri pemacu kilat USB yang mengandungi bukti-bukti sebelum disedari oleh Porter.

Porter telah bertindak menghubungi pihak polis dan menyatakan beliau telah diserang sebelum beliau bertindak mencederakan dirinya. Di balai polis, ketika Mike cuba menyerahkan bukti-bukti kepada pihak polis, Mike telah ditahan kerana menceroboh dan mencederakan Porter.

Setelah dibebaskan, Mike pulang ke rumah dan mendapati Rose dan Kaitlyn telah diikat oleh Porter. Pergelutan antara Mike dan Porter telah berlaku sebelum Mike cuba menembak Porter yang telah lemah, sebelum dihalang oleh Rose.


Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "'I.T.' Soundtrack Announced". Film Music Reporter. September 7, 2016. Dicapai pada September 10, 2016.
  2. ^ "'I.T. (2016) International Box Office Results". Boxofficemojo. Dicapai pada September 27, 2016. Italic or bold markup not allowed in: |website= (bantuan)
  3. ^ "Clean Break's Adam Fergus on how he landed a dream film role with Pierce Brosnan". Irish Mirror. September 27, 2015. Dicapai pada January 29, 2016.
  4. ^ "Taylor Swift's Younger Brother Austin Swift Makes His Acting Debut in Tech Thriller I.T." People. August 6, 2016. Dicapai pada August 13, 2016.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]