IKEA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
IKEA International Group
Syarikat persendirian Sweden
IndustriRuncit (Pengkhususan)
DitubuhkanFlag of Sweden.svg 1943; 77 tahun yang lalu (1943) di Älmhult, Småland, Sweden
Ibu pejabatFlag of the Netherlands.svg Leiden, Holland Selatan, Belanda
Perancang utama
Ingvar Kamprad, Pengasas
Anders Dahlvig, Presiden
Hans Gydell, Presiden Inter IKEA Group
KeluaranPerabot pasang sendiri, lihat bahagian produk
Hasil$28.6B USD ( 14%) (FY 2007)
Bilangan pekerja
118,000 (2007)
Laman sesawangwww.ikea.com
Peta negara-negara yang mempunyai kedai IKEA
Petunjuk:
  Lokasi pasaran terkini
  Lokasi pasaran akan datang
  Tiada lokasi pasaran terkini / akan datang
IKEA di Johor, Malaysia.

IKEA (disebut /ɪ²keːa/, [i.ké.a] atau /aɪˈkiːə/, [ai.ki.ye][1]) merupakan syarikat penjual perabot yang terkemuka dari Sweden yang mempunyai lebih daripada 160 cawangan di 29 buah negara. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 1943 oleh Ingvar Kamprad di Sweden. Ia kini dimiliki oleh yayasan berdaftar di Belanda yang dikawal oleh keluarga Kamprad. IKEA merupakan akronim dari parap nama pengasasnya (Ingvar Kamprad), ladang di mana dia membesar (Elmtaryd), dan kaunti tempat asalnya (Agunnaryd, di Småland, Sweden Selatan).[2]

Syarikat ini mengedarkan produknya sama seperti kedai-kedai perabot yang lain, tetapi juga mempunyai laman web untuk pelanggan melihat katalog produk yang dijual.

IKEA telah membuka 433 buah cawangan di 52 buah negara setakat 2019;[3] kebanyakan cawangan sedunia Ikea dipegang milik oleh INGKA kelolaan Yayasan Stichting INGKA, antara 40 buah yayasan terkaya di dunia.[nota 1][3][5]

Dalaman gedung[sunting | sunting sumber]

Gedung-gedung syarikat ini sering diwarnakan dengan warna-warna biru dan kuning yang melambangkan Sweden, negara asalnya.[6]

Dalam binaan ini pula dilampirkan semua pameran contoh bilik dan perabot secara sehala mengikut arah lawan jam mengalakkan para pelanggan melihat kesemua barangan yang dijual dalam gedung, namun jalan-jalan pintas lain ke bahagian lain turut tersedia.[7] Para pelanggan digalakkan mencatat semua produk yang diingini dari pameran-pameran ini sebelum ke "Market Hall" untuk mengambil barangan kecil seperti lampu, bingkai dan cadar kemudian beralih ke bahagian simpanan gedung untuk mendapatkan perabot besar yang dipadatkan (flat pack) di mana ia boleh dipasangkan dengan sendiri di rumah kemudian.

Pada hujung gedung pula ada suatu bahagian barangan "sedia ada" (as-is) menawarkan barangan pameran lama yang dijual dengan diskaun tertentu serta tanpa gantian dijamin.

Kemudahan lain[sunting | sunting sumber]

Setiap gedung mempunyai kemudahan taman permainan untuk anak-anak meluangkan masa dalam pengawasan ketat sambil ibu bapa sibuk membeli barangan; kemudahan ini diberi nama Småland dalam bahasa Sweden bermaksud "tanah kecil" (bandingkan kata warisan dalam bahasa Inggeris: small land).[8]

Kedai-kedai makan dan kafe turut tersedia dalam laluan sehala gedung sebagai tempat persinggahan di mana ia mengkhusus kepada masakan Sweden seperti bebola daging, jem lingonberi, lepa telur ikan dan salmon serta gula-gula dan coklat istimewa lain.[9][10] Namun, setiap cawangan akan juga menyediakan hidangan alternatif mengikut selera pasaran tempatan.[11][12]

Negara dengan kehadiran IKEA[sunting | sunting sumber]

IKEA mempunyai lebih daripada 400 kedai di seluruh dunia. Antara negara yang mempunyai lebih dari dua cawangan gedung IKEA termasuklah:

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Cawangan di Malaysia dan Singapura dipegang syarikat francais IKANO, manakala cawangan di Indonesia dipegang Dairy Farm.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Sebutan pertama secara umumnya mengikut bahasa Sweden yang turut dipakai kebanyakan bahasa lain termasuk bahasa Melayu. Walau bagaimanapun, kebanyakan negara-negara yang menggunakan bahasa Inggeris lebih menggunakan sebutan kedua sepertimana menyebut perkataan idea dalam bahasa Inggeris.
  2. ^ "Ingvar Kamprad and IKEA." Harvard Business School Publishing, Boston, MA, 02163. 1996
  3. ^ a b "Inter IKEA Systems B.V. – IKEA franchisees". franchisor.ikea.com. 17 June 2019. Diarkib daripada yang asal pada 23 Disember 2018. Dicapai pada 23 Disember 2018.
  4. ^ "Satu jenama, banyak syarikat". IKEA. Dicapai pada 13 Ogos 2020.
  5. ^ "Archived copy". Diarkib daripada yang asal pada 22 September 2014. Dicapai pada 29 August 2014.
  6. ^ The Ikea Way: Swedish Heritage - The Ikea Group
  7. ^ "The Nudge – How IKEA's Store Layout Design Influences Your Spending – Thoughts on Wayfinding" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2019-10-29.
  8. ^ Higgins, Michelle (10 June 2009). "A Cheap Date, With Child Care by Ikea". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 19 December 2017.
  9. ^ Trask, Bailey. "Short Order: Ikea Restaurant". Columbus Monthly (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 December 2017.
  10. ^ "Ikea store takes shape in Oak Creek: Here's how it looks from the air—Slideshow – Milwaukee – Milwaukee Business Journal". www.bizjournals.com. Dicapai pada 1 December 2017.
  11. ^ "What, no meatballs? How Ikea caters to different global tastes". The Economic Times. 2018-08-09. Dicapai pada 2020-04-27.
  12. ^ Ciment, Shoshy. "IKEA food courts have different menus across the world. Take a look at 11 cuisines you can get outside the US". Business Insider. Dicapai pada 2020-04-27.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]