IKIM.fm

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
IKIM.fm
Bandaraya lesen Kuala Lumpur
Kawasan penyiaran Malaysia
Slogan Pilihan Utama Anda
Frekuensi Berbeza-beza bergantung kepada kawasan (lihat Frekuensi)
Tarikh siaran pertama 6 Julai 2001; 17 tahun yang lalu (2001-07-06)
Bahasa Bahasa Melayu (utama)
Bahasa Inggeris
Bahasa Arab
Pemilik Institut Kefahaman Islam Malaysia
Tapak web https://www.ikimfm.my

IKIM.fm merupakan salah satu saluran radio yang terdapat di Malaysia. IKIM ialah singkatan kepada Institut Kefahaman Islam Malaysia, iaitu pengendali stesen radio ini. Ia dipancarkan menggunakan frekuensi 91.5 MHz (di Lembah Klang) dan dipancarkan ke seluruh negara. IKIM.fm boleh didengari di Singapura, Batam, Brunei dan selatan Thailand (Satun, Songkhla, Betong, Narathiwat dan Pattani) IKIMfm dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001. Frekuensi IKIM.fm dahulunya digunakan oleh RFM (kini Red FM), sebelum bertukar ke 104.9 MHz (di Lembah Klang), pada awal tahun 2000. Ia juga boleh diikuti melalui internet di laman webnya. Rancangan dan isi kandungannya adalah bercorak agama Islam. Stesen radio ini beroperasi selama 24 jam.

Sekitar 95% programnya dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak The Nielsen Company (Malaysia), sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap semua radio-radio di Malaysia dalam kajian terbaru mereka sepertimana yang dilaporkan dalam Gelombang 2, 2010 menunjukkan sekitar 786,000 pendengar di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

  • Carta Nasyid IKIM.fm
  • Belajar Bahasa Arab
  • Berita Dunia Islam
  • Ceramah/Kuliah Agama
  • Soal Jawab Agama

Penyampai radio[sunting | sunting sumber]

  • Mahathir
  • Erwan
  • Mona
  • Siti
  • Nik Hasnah
  • Fairuz
  • Maslina
  • Mazlina
  • Faiz
  • Nazri
  • Nurhayati

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Frekuensi Pemancar Kawasan
89.0 MHz Gunung Jerai Langkawi, Kangar, Alor Setar, Sungai Petani, Pulau Pinang dan Taiping
102.7 MHz Bukit Genting Balik Pulau (Barat Daya Pulau Pinang)
102.7 MHz Gunung Kledang Ipoh, Gopeng, Kampar dan Malim Nawar
89.8 MHz Bukit Panau Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan sebahagian Selatan Thailand
100.2 MHz Bukit Besar Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu
89.6 MHz Bukit Pelindung Kuantan, Pekan dan Rompin
91.5 MHz Gunung Ulu Kali Lembah Klang, Selatan Perak dan Barat Pahang
102.7 MHz Gunung Telapak Burok Seremban dan Port Dickson
89.5 MHz Gunung Ledang Melaka, Selatan Negeri Sembilan dan Utara Johor
106.2 MHz Gunung Pulai Johor Bahru, Pontian, Pengerang, Kota Tinggi dan Singapura
93.7 MHz Bukit Antu Kuching dan Kota Samarahan
104.0 MHz Tanjung Lobang Miri dan sebahagian Brunei
93.9 MHz Bukit Keratong Kota Kinabalu dan sebahagian Pantai Barat Sabah
107.3 MHz Gunung Silam Lanad Datu dan Felda Sahabat
100.7 MHz Gunung Andrassy Tawau dan sebahagian Pulau Sebatik

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]