IKRAM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

IKRAM adalah singkatan kepada Institut Kerja Raya Malaysia yang telah ditubuhkan sebagai tempat melatih pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya Malaysia. Pada tahun 1997, Kerajaan Malaysia telah menswastakan badan ini dan telah diambil alih pengurusannya oleh Kumpulan Ikram Sdn. Bhd.

Di dalam syarat penswastaan tersebut, satu institusi pendidikan hendaklah ditubuhkan lalu tertubuhlah Kolej Ikram pada tahun 1998. Pada tahun 2001, Nama Kolej Ikram telah ditukar kepada Kolej Teknologi Ikram. Kemudian pada tahun 2003, telah dinaiktarafkan kepada status Kolej Universiti dengan nama barunya Kolej Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur. Pada tahun 2013 telah dinaiktaraf menjadi status universiti dengan nama Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

1. Kumpulan ikram Sdn. Bhd. [[1]]